Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Mei 2018

MCA Minta PM @chedetofficial Kaji keputusan tamatkan perkhidmatan 17,000 penjawat awam - Utusan Online

Kaji keputusan tamatkan perkhidmatan 17,000 penjawat awam - Nasional - Utusan Online

Kaji keputusan tamatkan perkhidmatan 17,000 penjawat awam


Wee Ka SiongWEE KA SIONG

JOHOR BAHRU 18 Mei - Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mahu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menimbangkan semula keputusan menamatkan perkhidmatan 17,000 penjawat awam berstatus kontrak kelmarin.

Menurutnya, langkah menamatkan kontrak mereka tidak kena pada waktunya terutama semasa umat Islam mula menyambut kedatangan Ramadan dan tidak lama lagi akan merayakan Aidilfitri.

"Saya boleh bayangkan ketidakcelaruan dalam benak fikiran mereka yang bergaji rendah ini untuk memikirkan masa depan keluarga masing-masing, apatah lagi untuk menyambut Ramadhan dan Syawal yang mendatang.

"Saya menghormati keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana saya memahami antara alasan penamatan kontrak itu adalah bagi tujuan menjimatkan kewangan kerajaan.

"Sungguh pun begitu saya merayu agar Y.A.B Perdana Menteri dapat memberi pertimbangan supaya penamatan kontrak itu dapat ditangguhkan sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri,"

katanya dalam entri terbaharu Facebooknya, sebentar tadi.

Menurut Mahathir dalam sidang akhbar, 17,000 penjawat awam berstatus kontrak itu ditamatkan perkhidmatan kerana merupakan pelantikan politik daripada pentadbiran kerajaan terdahulu.

Kata Perdana Menteri, pihaknya bagaimanapun akan mengkaji kedudukan penjawat-penjawat awam terbabit yang bergaji rendah dan bersifat sokongan.

Jelasnya, keputusan itu bagi mengelak pembaziran kerana terlalu ramai lantikan politik selain berhasrat menurunkan perbelanjaan kerajaan. - UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate