Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Februari 2018

iPhone users ramai masih tidak tahu fungsi lubang misteri ini | Astro Awani

Wahai iPhone users kenapa ramai masih tidak tahu fungsi lubang misteri ini | Astro Awani

Wahai iPhone 'users', kenapa ramai masih tidak tahu fungsi 'lubang misteri' ini!

Wahai iPhone 'users', kenapa ramai masih tidak tahu fungsi 'lubang misteri' ini!
Lubang yang terdapat pada telefon pintar anda sebenarnya berfungsi sebagai satu daripada tiga mikrofon.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Adakah anda sedar terdapat lubang di antara kamera dan pemancar cahaya (flash) pada telefon pintar jenama iPhone anda?

Tahukah anda mengapa terdapat lubang tersebut, atau anda hanya menganggap lubang tersebut sebagai satu bentuk hiasan atau atau fesyen terkini bagi teknologi mudah alih?

Atau anda tidak pernah mengambil kira bahagian tersebut dan tidak ambil tahu pun fungsi sebenar bahagian tersebut. Lubang yang terdapat pada telefon pintar anda sebenarnya berfungsi sebagai satu daripada tiga mikrofon.

Dua lubang yang berbaki boleh ditemui pada bahagian kamera hadapan dan pada bahagian bawah telefon (bersebelahan pembesar suara).

Penggunaan tiga mikrofon ini sebenarnya telah diperkenalkan pada pelancaran iPhone 5, tahun 2012 yang lalu.

Lubang-lubang ini juga berfungsi sebagai mikrofon nyahbunyi ("Noise Cancelling Microphone") yang membolehkan pengguna telefon pintar ini melakukan panggilan telefon dalam suasana bising.

Mikrofon utama terletak di bahagian bawah telefon berfungsi untuk menangkap suara anda sewaktu panggilan telefon.

Fungsi utama mikrofon kedua yang terletak pada bahagian kamera hadapan dan kamera utama adalah mengesan bunyi luaran atau suasana bising yang kemudiannya ditapis melalui sistem nyahbunyi.

Secara keseluruhan memberi anda keselesaan dan kualiti yang optimum sewaktu membuat panggilan telefon dan bunyi latar yang bising sewaktu menggambil video atau panggilan video.


Sent from my iPhone

13 Februari 2018

TPM @Zahid_Hamidi, empat lagi berjaya batal saman Hindraf Kepada Dr Zakir Naik | Harian Metro

TPM, empat lagi berjaya batal saman Hindraf | Harian Metro

TPM, empat lagi berjaya batal saman Hindraf

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan empat lagi, berjaya membatalkan saman pemula yang difailkan pengerusi Hindu Rights Action Force (Hindraf) P Waytha Moorthy bersama-sama 18 individu lain berkaitan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Ahmad Zahid, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan untuk membatalkan saman itu.

Peguam Adnan Seman yang mewakili Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali sebagai pencelah di dalam kes ini ketika ditemui berkata, mahkamah memutuskan permohonan itu sebagai remeh dan menyusahkan.

"Plaintif memohon perisytiharan penceramah terkenal itu sebagai ancaman terhadap ketenteraman rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini serta perlu ditangkap serta-merta.

"Bagaimanapun Hakim Azizah berkata, permohonan itu ditolak kerana plaintif tidak menamakan Dr Zakir sebagai pihak di dalam kes ini. Mahkamah mengingatkan dakwaan terhadap Dr Zakir ini adalah serius, oleh itu dia perlu dijadikan pihak di dalam kes ini, supaya dia boleh membela dirinya," katanya.

Berhubung dakwaan Dr Zakir tidak layak mendapat pemastautin tetap, beliau berkata, Hakim Azizah memutuskan bahawa plaintif tidak boleh mencabar status itu kerana seseorang perlu diberi hak untuk didengar.

Mahkamah memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM5,000 terhadap semua defendan.

Semua defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Khairul Nizam Mohd Kamal manakala semua plaintif diwakili peguam, S Karthigesan.

Sementara itu, Ibrahim ketika ditemui mengucapkan syukur dengan keputusan mahkamah itu dan ia sekaligus membuktikan bahawa pendakwah itu adalah salah seorang tokoh antarabangsa yang bersih.

"Selama ini cuba digemburkan oleh pihak tertentu dan memberi gambaran yang buruk kononnya ceramah beliau memberi rangsangan kepada golongan pengganas dan ini tidak benar sama sekali.

"Persepsi yang diwujudkan untuk memburukkan beliau adalah satu agenda tersirat oleh pihak tertentu. Dengan ini saya harap beliau dapat bergerak dengan bebas, memberi ceramah dan tidak digantung," katanya.

Beliau juga berpendapat, semua pihak boleh datang ke mahkamah untuk menuntut keadilan tetapi tidak boleh menyalahgunakannya untuk mencari publisiti.

Saman pemula difailkan pada 1 Mac 2017 oleh Waytha Moorthy bersama 18 yang lain terdiri daripada ahli politik, peguam dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dalam permohonan itu, mereka menuntut perintah perisytiharan penceramah terkenal itu adalah ancaman terhadap ketenteraman rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini serta perlu ditangkap serta-merta.

Plaintif turut mendakwa Dr Zakir menggalakkan keganasan, dihalang memasuki beberapa negara kerana disyaki bekerjasama dengan beberapa kumpulan pengganas selain memberi dorongan kepada warga asing di negara ini untuk mengganggu ketenteraman awam.



Sent from my iPhone

02 Februari 2018

TPM @Zahid_Hamidi difitnah tawar syurga jika derma tokong

Program Makan Malam Amal Pembelian Tanah untuk Tokong Peng Aun Keong di Bagan Datuk minggu lalu dianjurkan oleh penganut agama Buddha dan dihadiri pengikutnya.

Dengan jemputan kepada YAB TPM DS Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Namun sedang berlegar di media sosial berkenaan kenyataan TPM yang cuba dipusing pihak tertentu di video ini https://youtu.be/8-rJ8KDSLRg seolah YAB TPM mahu memberi syurga kepada penderma tokong tersebut.

Secara mudah kita dapat faham bahawa apabila pengikut agama melakukan kebajikan kepada agamanya maka mereka akan mendapat syurga.

Agama mana pun menggunakan terma 'syurga' walaupun di sisi Islam kita menganggap syurga kita untuk orang agama kita sahaja. Tidak berlaku musyrik akan masuk syurga bersama orang beriman.

Apabila TPM DS Ahmad Zahid Hamidi mengajak penderma untuk membantu tokong mereka agar berolah 'syurga' sudah tentu 'syurga' itu adalah 'syurga' mengikut fahaman agama mereka.

Bukan TPM mahu memberi 'syurga' kepada mereka yang menderma wang kepada tokong.

Agama Islam tidak menawarkan syurga kepada penganut agama Buddha dan begitulah sebaliknya.

Apa yang berlaku salah faham dan permainan media sosial pihak tertentu untuk memusing perkataan pemimpin no 2 negara kita di saat debaran menuju PRU14 makin terasa dengan parti pembangkang semakin bercelaru dan BN makin padu.

Kecil sahaja isu ini namun apakan daya pembangkang nampaknya makin ketandusan isu mahu dimainkan di saat Bagan Datuk makin maju dengan limpahan projek bernilai bilion ringgit telah dilulus dan sedang disiapkan dalam masa terdekat.


Sent from my iPhone

Cari Blog Ini

Translate