Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Disember 2017

Guna Media Sosial Untuk Menangi Hati, Fikiran Pengundi - Ahmad @Zahid_Hamidi

BERNAMA - Guna Media Sosial Untuk Menangi Hati, Fikiran Pengundi - Ahmad Zahid

Guna Media Sosial Untuk Menangi Hati, Fikiran Pengundi - Ahmad Zahid


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir bagi merasmikan Konvensyen Media Sosial UMNO peringkat negeri Sabah di Bangunan UMNO hari ini
KOTA KINABALU, 16 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu jentera pilihan raya UMNO dan Barisan Nasional (BN) menggunakan media sosial secara optimum untuk memenangi hati dan fikiran pengundi, khususnya pengundi muda pada Pilhan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata pendekatan itu perlu memandangkan media sosial amat berpengaruh dalam membentuk persepsi pengundi sekali gus mempengaruhi cara mereka membuat keputusan.

Tambahan lagi, Ahmad Zahid, yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, berkata media sosial juga begitu meluas digunakan sehingga 82 peratus maklumat dan berita kepada pengundi disampaikan melalui plaftorm itu.

"Pistol atau senjata-senjata lain tidak akan dapat digunakan untuk memenangi hati dan minda (pengundi). Senjata yang tajam hanya berada di hujung jari. Senjata-senjata dihujung jari inilah yang harus kita gunakan," katanya ketika berucap merasmikan Konvesyen Media Sosial UMNO Sabah, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, yang juga Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Tan Sri Musa Aman, Setiausaha Perhubunagan UMNO Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin dan Pengerusi Biro IT UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Mengambil iktibar daripada PRU12 dan 13 lepas, Ahmad Zahid berkata kerajaan BN hampir tewas pada pilihan raya berkenaan kerana ketidakupayaan jentera pilihan raya UMNO dan BN menangkis maklumat palsu dan fitnah yang ditularkan secara meluas parti pembangkang menggunakan media sosial.

Katanya, penyebaran pelbagai berita fitnah dan palsu secara bertubi-tubi berkenaan akhirnya mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan seolah-olah fitnah dan berita palsu berkenaan adalah benar.

Beliau berkata akibat daripada kegagalan menangkis fitnah dan berita palsu itu, kerajaan telah dihukum oleh mahkamah rakyat akibat persepsi tidak benar yang diwujudkan media sosial pembangkang.

Justeru, katanya, jentera pilihan raya UMNO dan BN perlu memerangi dan menangkis segala fitnah dan berita palsu parti pembangkang berkenaan menggunakan wadah media sosial bagi memastikan kegagalan media sosial UMNO dan BN pada pilihan raya lalu tidak berulang.

Bagaimanapun, kata Ahmad Zahid, tidak seperti parti pembangkang, UMNO tidak akan menggunakan media sosial untuk menyebarkan fitnah dan berita palsu sebaliknya akan menggunakan fakta yang benar dan sahih untuk tatapan rakyat.

Beliau turut memuji Biro IT UMNO Sabah yang disifatkannya sebagai antara yang terbaik dalam kalangan badan perhubungan UMNO negeri.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate