Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Oktober 2017

Kerajaan peruntuk RM10 juta kepada Istac untuk kaji peradaban Islam, Melayu @Zahid_Hamidi - Utusan Online

Kerajaan peruntuk RM10 juta kepada Istac untuk kaji peradaban Islam, Melayu - Nasional - Utusan Online


Kerajaan peruntuk RM10 juta kepada Istac untuk kaji peradaban Islam, Melayu



TPM
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat dewan pameran selepas merasmikan Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu di Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jalan Duta hari ini. Turut hadir Presiden UIAM yang juga Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim (kiri). - UTUSAN/FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Kerajaan memperuntukkan RM10 juta kepada Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) yang kini dijenamakan sebagai Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu, bagi membolehkan institut itu mempromosi ketamadunan Islam mengikut pandangan masyarakat Melayu dan Nusantara.  

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya menyambut baik penjenamaan semula institut itu memandangkan sumbangan besar masyarakat Melayu dan Nusantara kepada ketamadunan dan kemajuan Islam amat besar pada masa ini.

Katanya, sumbangan itu bukan sahaja dinilai dari segi populasi beragama Islam yang terdapat di Asia Tenggara, malah dari segi kemajuan ekonomi dan sosial yang dibuktikan berjaya di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.

"Peradaban dunia Islam kini bukan dipelopori oleh negara-negara rantau Arab sahaja, tetapi juga oleh dunia Islam di sebelah sini (Asia Tenggara).

"Istac yang dijenamakan semula ini diharap dapat menyelidik dan mempromosi ketamadunan Islam dan Melayu, supaya kita tidak bergantung kajian-kajian yang dihasilkan oleh penyelidik dan pemikir barat sahaja," katanya semasa merasmikan penjenamaan institut itu di sini hari ini.

Turut hadir ialah Penasihat Sosio-Budaya bagi Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim. - UTUSAN ONLINE  


https://m.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-peruntuk-rm10-juta-kepada-istac-untuk-kaji-peradaban-islam-melayu-1.543278



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate