Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Ogos 2017

Gambar MB Johor @Khalednordin Yang Sebenar Di Majlis Pernikahan Diraja #jdt

Fitnah tak akan berhenti.

Terutama di akhir zaman ini.

Ia akan disebarkan dan ditokok tambah atau diterima tanpa usul periksa hingga menjadi satu persepsi yang begitu jahat sekali.

Adakah kita mahu saham ke neraka ?

Fikirkan lah sebelum terlambat.

07 Ogos 2017

Blog Bigdotcom Dedah Keratan Akhbar NST Tahun 1953 Nama Asal Mahathir







Sent from my iPhone

Video 'Habib Dr Toha Al Jailani' Atas Pentas Pakatan Pembangkang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kelantan 2012




Bersama Tun Mahathir



Sent from my iPhone

Penjelasan Berkenaan Lelaki Iraq Gelaran Habib Abu Umar Atau Sheikh Toha Jilani - Sebarkan


Semalam penulis menerima tiga rakaman suara penjelasan berkenaan lelaki dikatakan berasal dari Iraq yang menggelar atau digelar Habib Abu Umar atau Sheikh Toha Jilani.

Rakaman didakwa bersumberkan dari pensyarah Darul Quran itu saya belum dapat kesahihan dan mungkin tepat atau separuh benar perlu diperiksa juga kerana hari ini banyak info yang diragukan kesahihannya.

Beberapa hari lalu viral rakaman video beliau ditahan dan dituduh merogol pelajar IPT yang dikatakan dikahwini mutaah. Selain dikaitkan dengan Syiah Imamiyah. 

Sebelum ini sudah ada laporan polis terhadap beliau namun mungkin belum ada dakwaan kukuh atau sebab lain kepada kes yang dituduh terhadap beliau sehingga tidak ditahan oleh pihak berkuasa.


Antara VVIP yang dirakam bersama beliau

Beberapa orang alim ulama yang ditanya juga menafikan 'Sheikh' atau nama sebenar Raed ini berasal dari keturunan Sheikh Abdul Qader Jilani.

Mereka mengatakan beliau seorang penipu dan tidak boleh dipercaya. Wallahu A'lam.

Kita menunggu pihak polis menyiasat dan mendedahkan bukti lanjut siapa sebenar 'Sheikh' ini.

Jika anda pernah menonton video solat hajat PAS di Stadium Sultan Muhammad Kota Bharu mungkin akan teringat wajahnya yang berada di belakang imam semasa melaungkan KO UMNO!






Teks diterima semasa memuat turun suara ini semalam dalam group whatsapp seperti berikut : 

dikongsikan penjelasan dari Syeikh Muhaimin al-Hafidz kpd Muhammad Abu Nibros terkait dengan isu lelaki Arab bertitle kan HABIB yang viral di sosmed.

Syeikh alMuhaimin adalah sahabat Muhammad Abu Nibros dan berkhidmad di Darul Quran Jakim

Moga ada manafaatnya..

Berikut terjemahan ringkas 3 rakaman suara yang diterima semalam.

Suara 1- berkenaan lelaki bergelar Habib Abu Umar.dia Syiah imamiyyah. Berselindung di sebalik jubah serban. Mengamalkan mutaah. Saya tidak terkejut kerana tahu banyak perkara tentang dia. Semoga Allah membongkar penipuan sebegini. Masalah orang Malaysia mudah tertipu dengan serban jubah. Kami mohon Allah membuka kisah sebenar kepada kita.


Suara 2- assalamualaikum. berkenaan soalan pekerjaan dia di Darul Quran - kami mendapat tahu dari orang yang pernah bersamanya di sini bahawa dia pernah kerja sekejap di Darul Quran. Ada juga hubungan meragukan dgn pelajar perempuan. Mereka diperingatkan jangan dekat kepadanya. 

Adalah dia Baca qiraat campur aduk dlm solat. Ketika ditanya kenapa Katanya dia diberi Allah akan ilham ilmu qiraat istimewa. 

Juga marah apabila ditanya apakah dia Syiah atau sunnah. Sebab itu dia tidak lama di Darul Quran. Ini dari aspek pekerjaan dia di sini. Ada orang berniaga dengan orang yang digelarkan habib namun mereka bukan habib.

Adalah dia mendekati pemimpin besar negara. Dia juga banyak masalah dengan perempuan . Kami pernah menyelamatkan perempuan yang dikenalinya dari terus berhubung dengannya. Perkara ini tidak pelik kerana dia seorang popular. Kerana ada juga yang membela orang seperti ini. Bukan maksud kami semua ahbab yakni keturunan Habib (nasab Nabi) ahli kejahatan namun kami kata ada orang berniaga dengan kalimah keturunan Habib atau Syarif atau Syed. 

Semoga Allah membongkar penipuan orang seperti ini. Syukur Allah membongkar penipuan ini.

Suara 3 - saya dihubungi Sheikh Ibrahim Ketua Bahagian Ilmu Quran di Darul Quran bahawa Sheikh Toha ada masalah banyak dengan perempuan dan baca bacaan qiraat bercampur. Bila ditanya adalah adalah dia sunni atau Syiah dia marah dan melarang bertanya soalan yang sama kepadanya lagi.

Antara VVIP yang pernah dirakam bergambar dengan beliau








Berkenaan beliau dilihat bersama Habib Syech ini penjelasan yang boleh dipercayai : 



'' ana ada di sebelah pentas utama waktu itu. Ana menjadi saksi penyamar menaiki pentas secara tiba2. Menyedari hal demikian Kemudian pihak penganjur menarik keluar ia dari pentas. Ia kemudiannya menghilangkan diri dengan segera meninggalkan majlis selawat tersebut di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. ''


Mohon pembetulan jika ada info tidak tepat di dalam tulisan di atas. Tertuduh dikira tidak bersalah selagi tidak dibuktikan di mahkamah. Namun kita perlu mengingatkan semua agar berhati-hati dalam menerima berita dan menilai luaran seseorang walau bertasbih berjubah berserban.

Kita berdoa tidak ada Fahaman Syiah akan berkembang di Malaysia seperti juga fahaman Wahabi atau Islam Liberal atau Atheis dan lain-lain.

Sent from my iPhone

06 Ogos 2017

Saya yakin @Zahid_Hamidi setia - @Najib_Razak | Berita Harian

Saya yakin Zahid setia - Najib

SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak berkata beliau yakin dengan kesetiaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Presiden UMNO itu berkata, beliau sudah berjuang bersama-sama Ahmad Zahid sejak 1986 lagi ketika mereka masih dalam ppergerakan Pemuda UMNO.

Pada masa ini, Ahmad Zahid adalah Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden.

Justeru, Najib berkata dakwaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, kononnya Ahmad Zahid pernah bertemu dengannya dan meminta sokongannya untuk menjadi Perdana Menteri, adalah tidak masuk akal.

Najib berkata, Dr Mahathir akan menggunakan apa saja cara dan 'senjata' untuk menjatuhkan sesiapa saja yang berbeza pendapat, termasuk dengan melaga-lagakan beliau dengan Ahmad Zahid.

"Beza pendapat biasa tetapi dalam sejarah siapa yang dia (Dr Mahathir) tak berbeza pendapat? Dari zaman Tunku Abdul Rahman, dengan Tunku dia bergaduh. (Tun) Hussein Onn yang lantik dia sebagai perdana menteri pun dia kutuk. Cuma tak bergaduh dengan Tun Hussein (tetapi) belakang dia kutuk.

"Tengku Razaleigh Hamzah dia gaduh, Tun Musa Hitam dia gaduh... siapa lagi? (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dia gaduh, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi). Tun Ghafar Baba dia kuis saja.

"Cuma Tun Abdul Razak Hussein saja dia tak sempat, dia tunggu anaknya. Semua tak betul. Takkan semua yang tak betul? Sekarang ini dia cuba pula nak lagakan saya dengan Zahid, Timbalan Perdana Menteri.

"Dia tak faham (hubungan) Zahid dengan saya bukan baru ini. Dia (Ahmad Zahid) sudah bersama saya sejak dari 1986, susah senang bersama. Saya pernah pertahankan Zahid di bahagiannya ketika dia menjadi ketua pemuda dan ketua bahagiannya nak lawan dia (dalam pemilihan)," katanya.

Najib berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Shah Alam di sini, petang ini.

Yang turut hadir Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azahari Shaari.

Najib berkata, Dr Mahathir pernah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Ahmad Zahid serta memaksanya melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika itu.

"Zahid satu ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia bertaraf Naib Presiden, dibawa masuk ISA.

"Dia (Dr Mahathir) hantar dua orang pegawai SB (Cawangan Khas). Dua orang pegawai itu kata kalau nak keluar dari tahanan ISA lebih awal lagi sain (tandatangan) surat letak jawatan Ketua (Pemuda). Ketua Pemuda yang perwakilan UMNO pilih dipaksa letak jawatan.

"Zahid terpaksa lepaskan jawatan. Selepas melepaskan jawatan, hari esok pegawai itu datang semula dengan satu lagi surat menyatakan Zahid letak jawatan dengan kerelaan hati tanpa dipaksa. Seperti letak pistol di kepala ibaratnya.

"Sebab itu tidak masuk akal selepas jadi Timbalan Perdana Menteri, dia jumpa Dr Mahathir minta gulingkan saya. Kepemimpinan UMNO hari ini kukuh. Saya tetap yakin dengan Timbalan saya," katanya.

http://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/08/309418/saya-yakin-zahid-setia-najib


Sent from my iPhone

@Zahid_Hamidi Orang Kepercayaan Saya - @Najib_Razak CC @Hishammuddinh20




Berita Harian : Mukhriz Bidas Mahathir Cuba Lagakan Pemimpin UMNO

03 Ogos 2017

TPM @Zahid_Hamidi mangsa keganasan politik kebencian melampau - Syed Ali | Astro Awani

TPM mangsa keganasan politik kebencian melampau - Syed Ali | Astro Awani

TPM mangsa keganasan politik kebencian melampau - Syed Ali

TPM mangsa keganasan politik kebencian melampau - Syed Ali
Syed Ali menegaskan kenyataan Ahmad Zahid berhubung nama 'kutty' yang mengaitkan Dr Mahathir bukan bermaksud satu penghinaan terhadap bekas Perdana Menteri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung nama 'kutty' yang mengaitkan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan bermaksud satu penghinaan terhadap bekas Perdana Menteri.

Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan, kenyataan Zahid membawa maksud bahawa parti itu menerima sesiapa sahaja asalkan bumiputera Melayu, walaupun berbeza susur galur keturunan.

Malah, katanya, kenyataan tersebut juga memberi gambaran jelas bahawa pemimpin UMNO walaupun bukan berdarah Melayu, berpeluang memegang jawatan penting dalam parti termasuk jawatan Perdana Menteri sepertimana pernah disandang Dr Mahathir sendiri.

"Malangnya kenyataan Zahid telah disalah erti oleh pihak berkepentingan dan ditularkan di media sosial seolah-olah beliau menghina Dr Mahathir kerana berketurunan India (Keralla) dengan panggilan 'kutty'.

"Jika diamati dan difahami maksud yang tersirat di sebalik kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu ternyata tidak membawa sebarang maksud dan pengertian negatif atau berupa penghinaan terhadap Dr Mahathir. "Dalam hal ini, masyarakat sewajarnya melihat secara positif dan tidak mudah terbawa-bawa dengan sentimen politik kebencian yang disemarakkan oleh parti pembangkang," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

Tegas Syed Ali, Zahid tidak menghina Dr Mahathir kerana hanya menyebut keturunan kutty daripada Keralla.

Tambah beliau, kenyataan Zahid secara terbuka di depan khalayak UMNO itu tidak menjuruskan kepada penghinaan atau mempertikaikan kewibawaan Dr Mahathir walaupun berketurunan India selaku bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

"Lagipun, pemimpin dan ahli-ahli UMNO diwakili oleh pelbagai kelompok masyarakat dan latar belakang keturunan berbeza tetapi matlamat perjuangan adalah untuk kepentingan agama Islam, orang Melayu dan negara.

"Saya sendiri berketurunan Arab, nenek moyang saya darah Arab, tetapi saya lahir di sini dan saya bersama UMNO, saya berjuang untuk membela rakyat terutama orang Melayu," tegasnya.

Justeru, kata beliau, tidak timbul asal usul keturunan dalam UMNO dan ia bukan satu isu yang perlu dipersoalkan, malah apa yang disuarakan Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, tidak membawa sebarang maksud jahat.

"Oleh sebab itu, saya tidak nampak di mana kesalahan Zahid apabila menyebut kutty yang mengaitkannya dengan Dr Mahathir," ujarnya.

Kata Syed Ali lagi, pembangkang sengaja memutarbelitkan kenyataan Zahid bagi membangkitkan kemarahan Dr Mahathir.

"Pembangkang seronok apabila Dr Mahathir mula bertindak balas dan menyerang Zahid serta UMNO, dan inilah yang telah berlaku bila sesama pemimpin Melayu bertelagah," tegasnya.

Beliau menyifatkan Zahid yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO sebagai menjadi mangsa keganasan politik kebencian melampau yang dilakukan pembangkang dan pihak berkepentingan.


Sent from my iPhone

Mahathir Akui Tiada Bukti @Zahid_Hamidi Miliki Wang RM 230 Juta @Youtube






02 Ogos 2017

Group offers RM1m bounty for info on Dr M’s ‘hidden’ riches (RM161 Bilion) | Malay Mail Online




From : Sudahlah Mahathir's Facebook Page 



KUALA LUMPUR, May 30 — A group calling itself Citizens of Accountable Governance Malaysia (CAGM) has offered rewards of up to RM1 million for anyone who can provide information leading to Tun Dr Mahathir Mohamad's alleged "hidden wealth and assets".

In its offer today, CAGM pledged to protect the identities of the whistleblowers "at all costs".

"The reward is worth up to RM1 million per individual based on substantiality, authenticity and importance of evidence that can be utilised by law enforcement agencies to recover these hidden wealth," said its chairman Md Zainal Abidin in a statement.

Md Zainal did not disclose the source of its funds.

Citing Wikipedia, CAGM claimed that Dr Mahathir — the country's longest-serving prime minister — was the second richest head of government after deposed Egyptian president Hosni Mubarak, with an estimated net worth of US$44 billion (RM161 billion).

CAGM said its own research has led it to believe that Dr Mahathir had managed to stay as prime minister for 22 years because of his alleged vast fortune, which the group claimed to be mostly hidden offshore through layers of companies, nominees and proxies.

Read more :

http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/group-offers-rm1m-bounty-for-info-on-dr-ms-hidden-riches


Sent from my iPhone

01 Ogos 2017

Zahid Md Arip Cucu Derhaka Ghaffar Baba Melenting Bila Mahathir dimalukan Zahid Hamidi

Zahid Md Arip Cucu Derhaka Ghaffar Baba Melenting Bila Mahathir dimalukan Zahid Hamidi



Bila Zahid dedah asal usul Mahathir DAP bangkit buat laporan polis


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/31/lagi-laporan-polis-terhadap-ucapan-kutty-zahid/0


Walhal Anwar sudah lama dedah Mahathir bukan asal Melayu.


https://youtu.be/1rwE7_qbNd8


DAP mudah lupa kerana Anwar kini bersama mereka.


Bila Zahid dedah asal keturunan Mahathir yang asal dari India semua bangkit mengutuk tindakannya atas nama perkauman.


Walhal Anwar masih belum menarik balik perkataannya menghina asal keturunan Mahathir dari India.


Kenapa Pakatan begitu marah didedahkan asal keturunan Mahathir ?


Kerana masa depan mereka bergantung kepada Mahathir yang membawa segerombolan bekas pemimpin UMNO masuk ke dalam pakatan pembangkang untuk menumbangkan UMNO.


Bila Mahathir diserang maka mereka cuak dan bangkit membela Mahathir yang pernah digelar dengan Mahafiraun oleh mereka satu masa dahulu.


Zahid dulu hingga kini pemimpin yang berani dan keberanian itu digunakan untuk menghentam Mahathir yang masih ghairah mahu mengejar kuasa politik demi kelangsungan politik dan masa depan anak beranak mereka.


Tidak cukup 22 tahun mencemuh Melayu mudah lupa dan baru sekarang kita mulai sedar bahawa yang dicemuh bukan keturunannya.


Melayu sejati tidak mudah lupa namun Mahathir sebenarnya yang mudah lupa dosanya menghumban Anwar ke penjara.


Mahathir mudah lupa bagaimana setia pemimpin UMNO mempertahan beliau ketika krisis dengan Anwar.


Mahathir juga mudah lupa bagaimana dosanya menghina sunnah Rasulullah saw hingga menggemparkan negara.


Mahathir mudah lupa bahawa beliau sejak dahulu hingga kini menolak hudud yang diperjuangkan PAS yang kini disokong oleh UMNO melalui pemerkasaan RUU355


https://youtu.be/HV2I8WPCypY


Mahathir lah yang membela Kassim Ahmad yang dikenali anti hadis dari dahulu hingga kini 


https://youtu.be/eLGTBuHsVO4


Siapa yang membebaskan Kassim Ahmad selepas menjadi Perdana Menteri Malaysia ? 


Baca Wikipedia di bawah jika anda mahu mengetahuinya 


https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kassim_Ahmad


Mahathir lah yang lupa bagaimana kuasa Raja diturunkan oleh beliau.


Mahathir juga mudah lupa bahawa banyak harta negara mengalir ke kantung keluarganya.


DAP jangan bersandiwara dan buatlah laporan polis terhadap Anwar juga yang menggelar Mahathir dari Kerala India.


DAP jangan mengutuk kuman di seberang laut sedangkan gajah di depan mata.


Kita cabar DAP buat laporan polis untuk Anwar Ibrahim dan jangan memalukan diri sendiri dengan mendiamkan diri dari bertindak terhadap beliau yang memperli keturunan Mahathir dalam ceramah politik pembangkang.


Kepada Zahid Md Arip jangan lupa bagaimana Anwar yang menjatuhkan Tun Ghaffar Baba yang kini sedang bekerjasama dengan Mahathir untuk menang pilihanraya...


Jika beliau menyokong Mahathir yang sanggup buat u-turn menggunakan Anwar untuk keuntungan politik maka beliau boleh dianggap 'bangsat' kerana membiarkan orang yang menjatuhkan datuknya kini menjadi sekutu Idola beliau.


Kata-katanya kepada Zahid Hamidi 'bangsat' adalah untuk dirinya yang sangat bangsat kerana begitu bangsat menyokong Mahathir yang berganding bahu dengan Anwar Ibrahim yang diketahui umum menjatuhkan nendanya dari kerusi no 2 negara.


Apakah ada kebangsatan sehebat beliau pernah kita lihat dalam sejarah politik Malaysia ? Rasanya tidak ada kecuali pada cucu Tun Ghaffar Baba ini.



Video Zahid Md Arip sebut Zahid bangsat : 


https://youtu.be/cTUV9M7pE60


Al Fatihah kepada Tun Ghaffar Baba yang pergi menemui Ilahi dalam keadaan terhormat dan dikasihi seluruh lapisan rakyat... 


Sent from my iPhone

Cari Blog Ini

Translate