Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Jun 2017

Ucapan Selamat Hari Raya 2017 YAB TPM @Zahid_Hamidi


NOTA : PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN BAS SECARA PERCUMA DISEDIAKAN DI MASJID PUTRA PUTRAJAYA DAN DI PUTRAJAYA SENTRAL.

05 Jun 2017

TPM @Zahid_Hamidi : Kerjasama tangani 3 isu di Kelantan | Berita Harian

Kerjasama tangani 3 isu di Kelantan

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini. - Foto Syamsi Suhaimi

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menangani tiga isu utama di negeri ini iaitu keselamatan, dadah dan pemulihan di penjara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kadar indeks jenayah di Kelantan menunjukkan penurunan sebanyak 13.5 peratus dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini sekali gus menjadikan ia satu perkembangan terbaik.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata pihaknya mengharapkan perkembangan ini akan berpanjangan melalui kerjasama kerajaan negeri dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bagi mewujudkan kelab pencegahan jenayah di seluruh Kelantan.

Katanya, isu keselamatan ini termasuk masalah sempadan dengan perbincangan perancangan jangka masa panjang bagi membina tembok kekal antara Malaysia termasuk Kelantan-Thailand.

"Di Kelantan juga didapati masalah penggunaan pil kuda tertinggi di Malaysia. Justeru, kerajaan negeri perlu melakukan program bersama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam melakukan pemulihan dengan menggunakan pendekatan agama.

"Kita juga akan bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dalam memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap penyalahgunaan pil kuda dan dadah sintetik yang mudah diperoleh dari negara jiran sama ada melalui darat atau laut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini.

Perjumpaan secara tertutup selama 30 minit itu turut disertai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad; serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, isu ketiga yang dibincangkan ialah masalah pemulihan kepada banduan yang berada di Penjara Pengkalan Chepa memandangkan penjara bukan saja tempat menjalankan hukuman, tapi pusat melakukan pemulihan.

"Kita akan meminta kerajaan negeri menggunakan pendekatan agama seperti mengajar bacaan al-Quran serta membetulkan solat terhadap banduan supaya mereka dapat dipulihkan sepenuhnya," katanya.



Sent from my iPhone

01 Jun 2017

Elak Rai Perbezaan Kecil Sehingga Mengundang Perpecahan - Ahmad @Zahid_Hamidi

Elak Rai Perbezaan Kecil Sehingga Mengundang Perpecahan - Ahmad Zahid


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bergambar bersama Anggota Jawatankuasa Masjid selepas menunaikan solat Isyak serta solat sunat Tarawih dan menghadiri moreh di Masjid Kota Damansara malam ini. Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar (kanan)
PETALING JAYA, 31 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa umat Islam untuk mengelak daripada terlalu meraikan perbezaan pendapat yang dianggap kecil, terutama ketika berada di masjid sehingga mengundang perpecahan dalam kalangan mereka.

Sebaliknya beliau berkata masyarakat Islam, perlu sentiasa berpegang kepada tiga prinsip iaitu penyatuan akal, hati dan tindakan yang menurutnya mampu menterjemah peribadi masyarakat Islam yang lebih baik.

"Dalam penyatuan pemikiran saya faham walau ada pelbagai 'warna-warna' yang kita minat, tapi demi Islam dan keturunan, kita ketepikan perbezaan.

"Prinsip kedua mesti ada penyatuan hati dalam kalangan kita, kalau pemikiran bersatu, tetapi hati tidak, seolah-olah ada keterpaksaan antara kita.

"Prinsip ketiga mesti ada penyatuan daripada tindakan dan perbuatan dalam menterjemah pemikiran kita untuk kita lakukan sesuatu dalam membentuk sesebuah negara yang aman damai," katanya dalam ucapan ringkas di jamuan moreh selepas menunaikan solat tarawih berjemaah di Masjid Kota Damansara, di sini, malam ini.

Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar, Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Tan Sri Badruddin Amiruldin dan Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat.

Ahmad Zahid turut mengumumkan akan berusaha mendapatkan dana bagi menaik taraf masjid berkenaan, antara lain memerlukan sebuah kuarters kakitangan yang baharu.

-- BERNAMA


Sent from my iPhone

Cari Blog Ini

Translate