Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Mei 2017

@Zahid_Hamidi janji berdiri teguh belakang Perdana Menteri - Politik - Utusan Online

Zahid Hamidi janji berdiri teguh belakang Perdana Menteri - Politik - Utusan Online

Zahid Hamidi janji berdiri teguh belakang Perdana Menteri

TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada majlis penutup Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2017 bertemakan 'Fiqh Wala' dan Taat : Peranannya Dalam Mensejahterakan Negara' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - UTUSAN ONLINE/FotoBERNAMA

PUTRAJAYA 4 Mei - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan akan sentiasa berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak biar pun pelbagai persepsi buruk dilemparkan kepada kepimpinannya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai orang nombor dua, beliau turut terkena tempias fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada kepimpinan negara.

Namun, tegasnya, setiap tohmahan dan fitnah tersebut hanya merupakan persepsi jahat untuk memberi gambaran buruk pada pemimpin negara.

"Perdana Menteri memberitahu beliau teruk difitnah dan sebagainya, sebagai orang nombor dua saya juga terkena tempiasnya.

"Saya menegaskan di sini bahawa akan berdiri teguh di belakang beliau dan tidak akan biarkan Perdana Menteri tinggal keseorangan menghadapi mehnah ini (ujian)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2017 di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar pembangkang yang membangkang dan menafikan setiap usaha dibuat kerajaan termasuk dengan memberi gambaran negatif.

"Gambaran yang diberikan seperti kerajaan yang ada tidak layak dihormati dan dihargai. Mereka sahaja yang baik dan mulia.

"Hakikatnya sebagai kerajaan yang amanah dan bertanggungjawab, kita melaksanakan segalanya atas dasar membawa kesejahteraan kepada semua," katanya. - UTUSAN ONLINE 



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate