Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Mei 2017

Sekolah pondok diminta beri kerjasama kepada bomba - @Zahid_Hamidi - Sinar Harian




BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pengurusan sekolah pondok supaya memberi kerjasama kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekiranya mereka datang untuk  membuat pemeriksaan di premis mereka.

Beliau berkata kehadiran anggota jabatan itu bukan untuk mencari kesalahan atau mendenda pemilik premis yang tidak mengikut peraturan ditetapkan, sebaliknya ia dilaksanakan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

"Cuba ketepikan pemikiran silo, kita mesti bertindak di luar pemikiran...kalau bomba datang bagilah kerjasama jangan tuduh mereka tidak bagi kerjasama," katanya ketika berucap melancarkan penubuhan Skuad Bomba Pondok (zon utara) di Sekolah Menengah Agama Irshafdiah Addiniah, di sini hari ini.

Skuad Bomba Pondok dirangka bersama Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia dan JPBM  yang berperanan sebagai ejen kecil menyampaikan mesej dan maklumat berhubung aspek pencegahan dan keselamatan kebakaran kepada komuniti sekolah pondok.

Menerusi kerjasama bertemakan 'Pondok Selamat Bersama Skuad Bomba Pondok' itu,  pengurus, guru dan pelajar sekolah akan diberi pengetahuan mengenai teknik menyelamat dan berkawad, penggunaan peralatan kebakaran serta latihan teori dan amali bagi menghadapi kecemasan dan atau bencana.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha membela dan memartabatkan institusi serta sekolah agama di negara ini termasuk sekolah pondok walaupun ada di antaranya terletak di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, kepedulian serta keprihatinan kerajaan itu terbukti apabila Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) telah membelanjakan sebanyak RM388 juta untuk sekolah Kelas al-Quran dan Fadru Ain (Kafa) setakat ini.

Malah, katanya keprihatinan itu turut diterjemahkan menerusi penubuhan Skuad Bomba Pondok yang pertama seumpamanya membabitkan sekolah pondok.

"Semuanya ada 993,000 pelajar serta 32,000 guru Kafa yang patut pembiayaan diberi oleh kerajaan negeri, tapi kerajaan Persekutuan melalui Jakim beri peruntukan itu.

"Ertinya ada kepedulian dan ia (kepedulian) terbukti menerusi penubuhan Skuad Bomba Pondok yang tidak ada di negara lain kecuali di Malaysia sahaja," katanya.

Timbalan perdana menteri turut memberi jaminan akan membawa ke perhatian Kabinet permintaan Ketua Pengarah JPBM,  Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim agar elaun-elaun tambahan diberikan kepada anggota bomba. –Bernama


http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/sekolah-pondok-diminta-beri-kerjasama-kepada-bomba-1.670677


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate