Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Mei 2017

Saya Komited Bantu PM, Kata Ahmad @Zahid_Hamidi

Saya Komited Bantu PM, Kata Ahmad Zahid



KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata beliau akan terus komited membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melaksanakan usaha-usaha kerajaan untuk menolong rakyat.

Ini, kata timbalan perdana menteri, bagi memastikan segala usaha yang buat dapat diterjemahkan dengan baik untuk manfaat rakyat.

"Saya akan membantu perdana menteri untuk menentukan komitmen beliau dan komitmen kerajaan diterjemahkan dengan baik. Saya bantu perdana menteri kerana perdana menteri ikhlas dalam membantu semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

"Beliau (perdana menteri) memerlukan orang nombor duanya komited dan saya akan melakukannya," katanya pada majlis pelancaran ulang tahun ke-35 Pusat Sri Murugan di sini.

Ahmad Zahid berkata beliau juga seorang yang setia kepada Najib dan mengenali beliau sejak 1982 lagi selain pernah berkhidmat sebagai setiausaha akhbar Najib pada 1987.

"Kesetiaan saya tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun," tegas beliau.

Ahmad Zahid berkata satu daripada perkara yang dipertanggungjawab kepadanya adalah membanteras kemiskinan bandar, dan melalui Jawatankuasa Kabinet Membanteras Kemiskinan Bandar yang dipengerusikannya itu, beliau akan memastikan usaha-usaha dilaksanakan untuk mencapai tujuan tersebut.

Katanya, beliau sering berbincang dengan menteri-menteri lain termasuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar Tan Sri Noh Omar untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah miskin bandar, khasnya yang melibatkan perumahan, kos makanan, pengangkutan dan pendidikan.

"Saya tidak melihat kepada warna kulit dalam usaha membasmi kemiskinan bandar. Dalam kemiskinan, sama ada orang Melayu, India ataupun Cina. Kemiskinan tetap kemiskinan dan ia perlu diatasi,"katanya.

-- BERNAMA


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate