Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Mei 2017

Rasuah Tiga ahli perniagaan dihukum penjara denda | Astro Awani

Rasuah: Tiga ahli perniagaan dihukum penjara, denda

Rasuah: Tiga ahli perniagaan dihukum penjara, denda
Ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan.
KUCHING: Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap tiga ahli perniagaan yang mengaku bersalah memberi suapan kepada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia pada November tahun lepas.

Ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam bahasa Hokkien oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh pertama, Lee Wei Luk,26, mengaku bersalah memberi rasuah kepada pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia Shareena Mohamad Shuib supaya tidak mengambil tindakan terhadap tujuh pekerja asing yang tidak memiliki permit kerja sah di Medan Selera Seventeen, Jalan Kuching-Serian pada 5.50 petang, 15 Nov 2016. Dia dijatuhkan hukuman tujuh hari penjara dan denda RM10,000 atau penjara dua bulan sekiranya gagal membayar dendanya itu.

Tertuduh kedua, Ng Hong Lee, 39, pula dituduh merasuah pegawai jabatan sama Diana Alin dengan menawarkan suapan RM5,400 di Huong Enterprise, Jalan Tai Shin, Kuching pada 6 petang, 11 Nov 2016 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap 18 pekerja asing yang tidak memilik permit kerja sah.

Dia dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM27,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh ketiga, Pang Kong Joo, 38, mengaku bersalah merasuah pegawai kanan jabatan sama Morshidi Marzuki sebanyak RM2,000 supaya tidak mengambil tindakan terhadap dua pekerja asing yang tidak memiliki permit di Jalan Kuching-Serian pada 6 petang, 22 Nov lepas.

Bagi kesalahan itu, hakim menjatuhi hukuman penjara lapan hari dan denda RM10,000 atau penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda terhadapnya.

Kesemua ahli perniagaan itu dituduh mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebih 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana nilai yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Katherine Nais dan Mohd Asri Abu Mansor.

-- BERNAMA



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate