Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Mei 2017

NTP: Kadar jenayah turun 47 peratus @Zahid_Hamidi | Berita Harian

NTP: Kadar jenayah turun 47 peratus

FOTO hiasan.

KUALA LUMPUR: Pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah dalam tempoh enam tahun dari 2010 hingga 2016 membanggakan apabila berjaya menurunkan indeks jenayah keseluruhan sebanyak 47 peratus.

Kes jenayah menurun dari 209,817 kes pada tahun 2009 kepada 112,354 pada tahun 2016.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata walaupun pengurangan indeks jenayah pada tahun lalu hanya 2.6 peratus berbanding sembilan peratus pada tahun sebelumnya dalam tempoh itu, ia bukan petunjuk insiden jenayah semakin meningkat.

"Sebaliknya, ia memberi gambaran bahawa semakin ramai rakyat yang melaporkan kejadian jenayah dan ini membuktikan rakyat semakin cakna dan waspada dalam usaha mengurangkan jenayah.

"Secara keseluruhannya, NKRA Mengurangkan Jenayah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebanyak 118 peratus, melebihi sasaran ditetapkan pada tahun 2016," katanya.

Fokus utama sasaran adalah pengurangan jenayah, pemulihan dadah, peningkatan kemahiran banduan, kepolisan komuniti dan program untuk meningkatkan persepsi orang ramai.

Berdasarkan Petunjuk Persepsi Jenayah (PCI) yang diperkenalkan pada tahun 2015, ia menunjukkan isyarat rakyat boleh berasa lebih selamat dengan keadaan keselamatan semasa.

Jumlah responden yang mengambil bahagian dalam tinjauan di sekitar Kuala Lumpur, meningkat kepada 14,393 iaitu peningkatan 3.4 kali ganda berbanding 4,200 pada tahun 2015.

Pada tahun 2015, PCI yang direkodkan ialah 80 peratus dan menurunkan kepada 61 peratus tahun lalu. 

Pengurangan itu melambangkan penurunan dalam kegusaran dan kebimbangan rakyat terhadap kemungkinan menjadi mangsa jenayah, sekali gus memberikan isyarat bahawa rakyat berasa lebih selamat.

Inisiatif pengurangan jenayah dirangka dengan mengambil kira trend jenayah yang sentiasa berubah serta perkembangan pesat demografi dan struktur sosio ekonomi Malaysia.

Salah satu cara NKRA Mengurangkan Jenayah ialah mengubah kaedah menangani jenayah melalui inisiatif Kepolisan Moden yang diterajui oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

NKRA Mengurangkan Jenayah turut berhasrat untuk memperkukuhkan keselamatan sempadan memandangkan ancaman dan kes keganasan di kawasan berkenaan semakin membimbangkan.

Ini berikutan peningkatan kes pemerdagangan manusia, penyeludupan dan pengedaran dadah serta penjualan senjata api yang dikategorikan sebagai jenayah rentas sempadan.

Justeru, pasukan keselamatan diarah untuk memfokuskan usaha pencegahan untuk mengekang jenayah pada peringkat antarabangsa dan rentas sempadan dengan matlamat bukan hanya untuk memastikan Malaysia selamat, tetapi juga melindungi keutuhan ekonomi negara.

http://www.bharian.com.my/node/285714?m=1


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate