Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 April 2017

Pejabat MB Kelantan dipecah masuk | Jenayah | Berita Harian

Pejabat MB Kelantan dipecah masuk

PINTU besar masuk ke Kompleks Kota Darul Naim, tempat pejabat Menteri Besar Kelantan yang dipecah masuk pencuri. - Foto Faris Zainuldin

KOTA BHARU: Pejabat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Kompleks Darul Naim, di sini dipecah masuk individu tidak dikenali kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

Setiausaha Sulit Menteri Besar, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan, 28, ketika dihubungi sebentar tadi berkata, kejadian itu disedarinya selepas beliau memasuki ke pejabat berkenaan pagi tadi.

"Sebaik sahaja saya tiba ke dalam pejabat pagi tadi, saya mendapati beberapa dokumen dan surat sudah berselerak di lantai selain terdapat beberapa kesan umpilan pada laci serta rak besi.

"Selain itu, bilik pegawai kerajaan dan kakitangan lain juga terdapat kesan cungkil pada pintu dan tingkap cermin pejabat mereka," katanya.

Berikutan kejadian itu, Ahmad Syazwan terus membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu pada jam 8.19 pagi.

Katanya, kakitangan di pejabat sama turut memaklumkan kehilangan sejumlah wang tunai dan dua bentuk cincin zamrud.

"Untuk membantu siasatan, saya juga menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepada pihak polis sebentar tadi," katanya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Saya meminta kerjasama pihak yang terbabit supaya membantu siasatan secara menyeluruh mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/272714?m=1


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate