Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 April 2017

Akta 164: Kerajaan utama kepentingan negara - @Zahid_Hamidi | Berita Harian

Akta 164: Kerajaan utama kepentingan negara

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan murid-murid ketika melawat The International Modern Arabic School (IMAS) di Putrajaya, hari ini. -Foto Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA: Semua pihak perlu berlapang dada mengenai apa juga keputusan kerajaan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan menghormati pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menggesa supaya pembentangan RUU itu ditangguhkan dan fatwa yang dikeluarkan mengenainya sebelum itu.

Bagaimanapun katanya, kerajaan akan melihat bahawa kepentingan negara mengatasi kepentingan lain.

"Kita menghormati agama dan hak semua kaum. Dalam soal ini, keputusan kerajaan berdasarkan kepentingan negara.

"Saya akan berbincang dengan Datuk Seri Azalina Othman (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang akan diberi tanggungjawab membentangkan RUU itu (berhubung gesaan Harussani)," katanya kepada media selepas melawat The International Modern Arabic School (IMAS) di sini, hari ini.

Semalam, Harussani menggesa kerajaan menangguhkan RUU berkenaan kerana ada pindaannya bertentangan dengan Perlembagaan dan hukum syarak serta dianggap memperlekeh dan menghina Islam.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau akan melihat semula alasan pembatalan debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang dibuat pihak polis Selangor dan Perak. 

Katanya, keputusan membatalkan debat itu dibuat sepenuhnya oleh Ketua Polis Selangor dan Pemangku Ketua Polis Perak secara operasi dan tidak merujuk kepada beliau.

http://www.bharian.com.my/node/267862?m=1


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate