Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 April 2017

Abdul Hadi bentang RUU355 | Semasa | Berita Harian

Abdul Hadi bentang RUU355

ABDUL Hadi membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355) di Dewan Rakyat. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tengah hari tadi membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355).

Ketika membentangkannya bermula jam 12.30 tengah hari, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, pindaan itu bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah dan meningkatkan hukuman jenayah sedia tanpa membabitkan masyarakat bukan Islam.

Beliau turut menegaskan yang akta itu hanya terpakai kepada orang Islam dan tidak membabitkan orang bukan Islam.

"Janganlah dengar (dakwaan) pindaan (Akta) 355 adalah pintu belakang untuk (pelaksaan) hudud di Malaysia. Hudud sukar untuk dilakukan. Kenapa RUU355 perlu dipinda? Ia adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

"Kita ingin menegaskan usul ini hanya terpakai kepada orang Islam di negara ini. Ia tidak terpakai kepada bukan Islam.

"Sejarah membuktikan sejak akta ini (Akta 355) diluluskan 52 tahun lalu, belum pernah ada orang bukan Islam didakwa mengikut jenayah syariah.

"Oleh itu kita memohon Ahli Yang Berhormat (YB) bukan Islam supaya tidak bimbang akan implikasi undang-undang ini kerana tidak ada seorang pun warga bukan Islam pernah disabitkan," katanya.

Abdul Hadi yang memakai kot dan baju melayu ungu muda serta bersamping mengambil masa kira-kira 30 minit untuk membentangkan usul berkenaan. Usul itu disokong untuk dibahaskan oleh Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu).

Pada 24 November lalu, Abdul Hadi membawa usul pindaan itu menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan maksimun 100 sebatan berbanding maksimum tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

Abdul Hadi membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat buat pertama kali pada 26 Mei 2016, tetapi menangguhkan perbahasan dan membentangkan versi yang disemak semula pada November 2016.

Pembentangan usul itu mencatat sejarah tersendiri kepada Dewan Rakyat kerana buat pertama kali RUU Persendirian dikemukakan Abdul Hadi dibentangkan dan dibahaskan untuk kelulusan.

http://www.bharian.com.my/node/268603?m=1


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate