Pengikut Blog Panglima

23 April 2017

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN: DAP DIBANTU KOMUNIS SEJAK PRU 1969 | MyMassa

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN: DAP DIBANTU KOMUNIS SEJAK PRU 1969 | MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN: DAP DIBANTU KOMUNIS SEJAK PRU 1969

Kami telah menerima sebuah buku baru bertajuk "DAP BAHAYA KEPADA MELAYU DAN ISLAM DI MALAYSIA" oleh kumpulan think-thank AIDC.


Pendedahan mengejutkan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Yuen Yuet Leng membayangkan bahawa Komunis telah membantu parti-parti pembangkang, termasuk DAP, untuk memenangi sebilangan besar kerusi pada PRU 1969.

Yuet Leng berkata Komunis menyusup masuk ke dalam pembangkang sebelum pilihan raya, yang membantu mereka menembusi kawasan yang sebelum ini dipegang oleh Perikatan kerajaan.

"Komunis itu telah menyusup masuk dalam banyak organisasi undang-undang, termasuk parti-parti politik, dan itulah yang membawa kepada pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum 1969," katanya dalam program "Cerita Tanah Airku" di Telekom Malaysia bersempena dengan Hari Malaysia.

Beliau berkata, rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 berpunca daripada provokasi oleh sesetengah masyarakat Cina yang menyambut kemenangan pembangkang dalam PRU itu dan disambut dengan 'aksi berlebihan' daripada masyarakat Melayu.

"Beberapa samseng Cina menjerit dengan kata-kata penghinaan perkauman yang melampau dan ini menjadikan orang Melayu sangat marah.

Saat sukar dalam masa 48 jam, dan pada akhir kejadian itu, lebih 200 orang terbunuh dan 43 ditembak oleh pihak polis," katanya.

Beliau berkata sentimen isu-isu perkauman yang ditiupkan parti politik hanya akan membawa kepada kemusnahan negara. "Ia memerlukan usaha tiga kaum utama untuk menamatkan rusuhan.

Saya hanya mahu hantar satu mesej kepada generasi muda hentikan perkauman. Kita tidak mampu menyelamatkan negara ini tanpa menghilangkan perkauman," katanya lagi. 


Menurut rekod, salah seorang pengasas DAP, Chan Kok Kit dan veteran parti, Chian Heng Kai telah ditahan ISA selama 57 bulan dari tahun 1976-1981 kerana didakwa terlibat dalam Communist United Front (CUF).

Kok Kit adalah salah seorang jawatankuasa pro-tem DAP pada tahun 1966. Manakala, Heng Kai menyertai DAP pada tahun 1967, setahun selepas parti itu diluluskan ROS sebagai parti berdaftar.

Kira-kira tujuh tahun selepas tragedi 13 Mei 1969, pada tahun 1976, Kok Kit dan Heng Kai telah ditahan ISA bersama lima tokoh lain yang diklasifikasikan sebagai CUF.

Ketika ditahan ISA, Kok Kit merupakan Penolong Bendahari DAP Kebangsaan, manakala Heng Kai pula adalah Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan yang juga merupakan Ahli Parlimen DAP Batu Gajah serta ADUN Pasir Puteh.

Kok Kit merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa CEC pertama DAP bagi sesi 1968/1969 bersama Dr Man Hin (Pengerusi) dan Kit Siang (Setiusaha Organisasi).

Tidak seperti Dr Man Hin yang menang di Parlimen Seremban Timur dan DUN Rahang serta Kit Siang menang di Parlimen Bandar Melaka pada PRU 1969, namun Kok Kit tidak bertanding pada PRU itu.

Kok Kit hanya bertanding pada PRU 1974 di DUN Bandar Kelang, namun tewas, tetapi dia tetap merupakan pemain utama parti di balik tabir.

Pada 4 Februari 1977, Ketua Polis Negara, Tan Sri Haniff Omar, berkata lima daripada enam pemimpin politik ditahan di bawah ISA itu telah membuat pengakuan bahawa mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti membantu CUF, namun dua daripada mereka tidak mahu membuat pengakuan terbuka kerana mahu menjaga karier politik mereka.


Mereka dituduh sebagai individu yang bertindak bagi kepentingan PKM di bawah pimpinan Chin Peng.

Kit Siang yang ketika itu merupakan Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung DAP mendakwa kenyataan Ketua Polis Negara yang merujuk kepada 'dua orang yang tidak mahu mengaku secara terbuka' itu merujuk kepada Heng Kai, Ahli Parlimen DAP Batu Gajah dan Kok Kit, Penolong Bendahari DAP Pusat.


Dapatkan banyak lagi pendedahan mengejutkan antaranya bagaimana Kit Siang membunuh karier Devan Nair, serta kata-kata nista ahli-ahli DAP ke atas orang Islam pada tahun 1969. Kumpulan think-thank AIDC yang menerbitkan buku tersebut menyatakan 99.9% isi kandungan buku tersebut adalah benar dan sahih antaranya dari sumber Cawangan Khas tahun 1969 serta pendedahan ahli-ahli DAP yang telah berpaling tadah.



Sent from my iPhone

18 April 2017

Zakir Naik: M'sia sedia bantu siasatan India - TPM @Zahid_Hamidi | Semasa | Berita Harian

Zakir Naik: M'sia sedia bantu siasatan India

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap di majlis pelancaran Persidangan Antarabangsa Ekologi Manusia (HEIC 2017) di Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah 

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia sedia beri kerjasama kepada kerajaan India untuk membantu siasatan terhadap penceramah bebas, Dr Zakir Naik berkaitan dakwaan hasutan keganasan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia sedia bekerjasama seandainya ada permintaan daripada pihak berkuasa India.

"Ini bukan soal menyerahkan dia (Zakir) tapi soal siasatan (berhubung dakwaan keganasan). Kita ikut sistem undang-undang dan rangka hubungan diplomatik dengan negara berkaitan.

"Malah siasatan tidak boleh dibuat pihak Malaysia tetapi oleh negara yang membuat dakwaan mahu siasatan dilakukan, tetapi bantuan perundangan bersama (MLA) boleh diperoleh jika negara itu mempunyai hubungan dengan Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Ekologi Manusia Antarabangsa anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Baru-baru ini Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) memutuskan untuk mendapatkan notis interpol terhadap Zakir bagi menghalang pergerakannya keluar dari Arab Saudi selepas ingkar saman berulang kali terhadapnya agar satu siasatan dibuat terhadapnya.

Zakir didakwa menghasut golongan muda Islam untuk terbabit dalam keganasan, dan menganjurkan permusuhan antara masyarakat berasaskan agama dan kaum.

Selain itu Ahmad Zahid turut mengesahkan bahawa Zakir bukan warga negara Malaysia, hanya berstatus penduduk tetap sejak lebih lima tahun lalu.

http://www.bharian.com.my/node/273025?m=1


Sent from my iPhone

17 April 2017

Pejabat MB Kelantan dipecah masuk | Jenayah | Berita Harian

Pejabat MB Kelantan dipecah masuk

PINTU besar masuk ke Kompleks Kota Darul Naim, tempat pejabat Menteri Besar Kelantan yang dipecah masuk pencuri. - Foto Faris Zainuldin

KOTA BHARU: Pejabat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Kompleks Darul Naim, di sini dipecah masuk individu tidak dikenali kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

Setiausaha Sulit Menteri Besar, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan, 28, ketika dihubungi sebentar tadi berkata, kejadian itu disedarinya selepas beliau memasuki ke pejabat berkenaan pagi tadi.

"Sebaik sahaja saya tiba ke dalam pejabat pagi tadi, saya mendapati beberapa dokumen dan surat sudah berselerak di lantai selain terdapat beberapa kesan umpilan pada laci serta rak besi.

"Selain itu, bilik pegawai kerajaan dan kakitangan lain juga terdapat kesan cungkil pada pintu dan tingkap cermin pejabat mereka," katanya.

Berikutan kejadian itu, Ahmad Syazwan terus membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu pada jam 8.19 pagi.

Katanya, kakitangan di pejabat sama turut memaklumkan kehilangan sejumlah wang tunai dan dua bentuk cincin zamrud.

"Untuk membantu siasatan, saya juga menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepada pihak polis sebentar tadi," katanya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Saya meminta kerjasama pihak yang terbabit supaya membantu siasatan secara menyeluruh mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/272714?m=1


Sent from my iPhone

14 April 2017

BERNAMA - @Zahid_Hamidi Yang Cadang @HishammuddinH20 - @NajibRazak



Zahid Yang Cadang Hishammuddin - Najib

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri selain menyandang jawatan Menteri Pertahanan, adalah atas saranan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Perdana Menteri, sebelum pelantikan itu diumumkan beliau pada Rabu lalu (12 April), ia telah dibincangkan dengan timbalannya itu yang juga Menteri Dalam Negeri selama berbulan-bulan.

"Sebab itulah saya nak beritahu, jangan ada yang nak lagakan Datuk Hisham (Hishammuddin) dengan Datuk Zahid (Ahmad Zahid).

"Bila saya umum Datuk Hisham jadi Menteri Pertahanan dengan (Menteri) Tugas-tugas Khas saya dah bincang dengan Datuk Zahid berbulan-bulan, malah Datuk Zahid yang cadangkan Datuk Hisham dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-tugas Khas," katanya ketika melancarkan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ahmad Zahid, pimpinan tertinggi UMNO dan sayap serta pemimpin parti-parti komponen BN.

Pelantikan Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO itu diumumkan Najib dalam satu kenyataan media, Rabu lalu.

Pelantikan itu akan membolehkan Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan.

Mengulas lanjut, Najib berkata kedua-dua pemimpin itu pada hakikatnya mempunyai hubungan yang amat baik.

"Tidak ada masalah, bila yang di atas ini padu, Wanita, Pemuda dan Puteri...kita juga ada konsensus dalam Barisan Nasional (BN). Pemukiman yang kita buat di Janda Baik baru-baru ini cukup berjaya, hidupkan semangat luar biasa. Kalau dulu buat program asing-asing, sekarang ni kita akan lebih banyak buat program atas semangat BN," katanya.

Jelasnya, barisan kepimpinan yang padu perlu dalam menjaga kekuatan parti dengan semua 'jeneral-jeneral' utama perlu berada dalam satu saf yang kukuh serta saling percaya mempercayai antara satu sama lain.

Jalinan Rakyat yang dilancarkan pada 7 Ogos 2009 bagi menggantikan Konsep Ketua 10 (K10) yang diguna pakai dalam Pergerakan Wanita UMNO, merupakan pendekatan lebih strategik bagi menjalin hubungan lebih rapat dan erat dengan rakyat.

JR Plus bakal menggabungkan jentera pilihan raya sayap UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri serta turut melibatkan penyertaan parti komponen BN dan sayap masing-masing dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1347715


Sent from my iPhone

12 April 2017

@Zahid_Hamidi sokong pelantikan @Hishamuddinh20 - Utusan Online

Zahid sokong pelantikan Hishamuddin

PUTRAJAYA 12 April - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyokong pelantikan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pelantikan itu amat sesuai dan beliau yakin Hishamuddin mampu melaksanakan tugas tersebut.

"Saya menyokong tugas baru diberikan untuk membantu Perdana Menteri dalam misi dan tugas-tugas khas bagi mengukuhkan hubungan dua hala serta juga tugas tertentu yang akan membawa kepada kelicinan pentadbiran kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Hishamuddin sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, berkuat kuasa hari ini.

Najib berkata, Hishammuddin masih kekal sebagai Menteri Pertahanan. - UTUSAN ONLINE

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/zahid-sokong-pelantikan-hishamuddin-1.468562


Sent from my iPhone

11 April 2017

KDN keluar surat tunjuk sebab kepada Nanyang Siang Pau | Berita Harian

KDN keluar surat tunjuk sebab kepada Nanyang Siang Pau

KETUA Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil ketua pengarang akhbar harian Nanyang Siang Pau Sdn Bhd hari ini, berhubung karikatur berunsur menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini, berkata perbuatan itu mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kerana menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian dan prasangka buruk terhadap orang atau kaum lain.

"Ia juga secara tidak langsung seolah-olah mempersendakan Parlimen dan agama Islam kerana Rang Undang-undang (RUU) 355 yang digambarkan dalam karikatur itu adalah berkait dengan hal ehwal agama Islam. 

"Sehubungan itu, satu surat tunjuk sebab bertarikh hari ini (11 April 2017) dikeluarkan kepada akhbar harian berkenaan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984. 

"Penerbit Nanyang Siang Pau Sdn Bhd diberi tempoh tiga hari untuk menjawab surat tunjuk sebab ini dan tindakan selanjutnya akan diambil berdasarkan peraturan serta prosedur yang ditetapkan," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/270539?m=1


Sent from my iPhone

Fakta salah tentang P. Ramlee - Selebriti - Utusan Online


Fakta salah tentang P. Ramlee

AHMAD NAWAB menunjukkan album kenangan dirinya bersama P. Ramlee.3
AHMAD NAWAB menunjukkan album kenangan dirinya bersama P. Ramlee.

Membelek kembali sejarah seniman negara, Tan Sri P. Ramlee semasa hayatnya, ada kisah yang mengatakan dirinya miskin ketika di akhir kehidupannya.

Dipulau oleh industri dan filemnya tidak mendapat sambutan dek kerana kegemilangan yang sudah mati selepas seniman itu berhijrah ke Kuala Lumpur, dikatakan antara sebab mengapa P. Ramlee jatuh miskin dan meninggal dalam serba kedaifan pada 29 Mei 1973.

Mega baru-baru ini bertemu dengan seorang lagi seniman negara, Datuk Dr. Ahmad Nawab di rumahnya di Taman Melewar, Gombak, Selangor. Kedutan di wajahnya langsung tidak meluputkan ingatannya terhadap kenangan-kenangan indah ketika bersama P.Ramlee.

Penting untuk pembaca ketahui, dalam sedia untuk ditemubual, Ahmad Nawab memberikan satu syarat penting kepada Mega untuk dipatuhi. Syarat itu ialah, kami perlu membetulkan semula beberapa fakta yang sama sekali salah tentang seniman legenda itu, yang selama ini telah dianggap sebagai sesuatu yang benar oleh masyarakat.

"Banyak cerita tentang P. Ramlee adalah tidak benar sama sekali. Saya kecewa kerana ia telah menjadi rujukan banyak orang pada hari ini. Saya mahu apa yang tidak betul itu ditulis semula oleh wartawan seperti kamu," kata Ahmad Nawab kepada penulis, sebelum menyatakan kesediaannya untuk berkongsi cerita dari sudut pandangan peribadinya.

Menyatakan bahawa dia bertanggungjawab untuk memperbetulkan kepincangan fakta tentang P. Ramlee, Ahmad Nawab tidak mahu seniman negara itu terus dikenang dengan cara yang salah.

Sejak P. Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dari Jalan Ampas, Singapura pada 1964, Ahmad Nawab adalah orang pertama yang dicari P. Ramlee untuk membantu perkembangan kerjayanya di Kuala Lumpur. Nah, di situ kita sudah sedia maklum bagaimana rapatnya dua insan ini dalam ikatan persahabatan, bagai saudara tidak terpisah.

"Sejak dia berhijrah ke Kuala Lumpur, sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya, kami berkawan rapat. Sepanjang perkenalan itu, banyak hal yang berlaku antara kami. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan cerita mengatakan P. Ramlee berada dalam keadaan susah pada saat-saat kematiannya. Kenyataan bahawa seniman itu miskin dan melarat di akhir hayatnya memang sesuatu yang tidak logik sama sekali," katanya, berterus terang.

Banyak yang tidak tahu bahawa P. Ramlee adalah satu-satunya seniman yang dibayar gaji secara bulanan oleh Shaw Brothers sepanjang perkhidmatannya dengan syarikat tersebut. Sekitar tahun 1973, P. Ramlee berhenti dari Merdeka Studio dan mengambil keputusan untuk membuat filem dan studio sendiri. Ahmad Nawab pada ketika itu bersama dengan P. Ramlee telah berjumpa dengan L. Krishnan (kini Datuk L Krishnan), di Titiwangsa untuk bercerita mengenai perkara tersebut.

"L. Krishnan adalah orang yang bertanggungjawab menaikkan nama P. Ramlee sewaktu di Singapura. Pertemuan itu adalah untuk berbincang mengenai penubuhan sebuah studio, tetapi disebabkan beberapa kekangan selepas itu, perancangan itu gagal.

"Sehinggalah P. Ramlee berjumpa dengan HM Shah, rakan baiknya yang juga seorang ahli perniagaan dan sedia membantu seniman itu dari segi kewangan. Turut sama ketika itu ialah Jins Shamsudin dan Salleh Ghani. Tetapi Jins mahu menjadi ketua ketika itu, tetapi jika dia yang mengetuai, siapa pula yang hendak memberi sumber kewangan?

"Lantas hasrat P. Ramlee untuk menubuhkan Rumpun Melayu Filem ketika itu gagal dan akhirnya dia kembali ke Merdeka Studio untuk menghasilkan filem Air Mata Di Kuala Lumpur tetapi telah terlebih dahulu dipanggil Ilahi," jelasnya.

Bayaran gaji yang diterima oleh P. Ramlee bukanlah sedikit. Untuk sebuah filem sahaja, seniman itu dibayar RM25,000. Sekitar tahun 60-an, sudah semestinya wang sebanyak itu bukanlah satu jumlah yang sedikit.

Malah, P.Ramlee adalah satu-satunya individu yang dibayar gaji setiap bulan dan bukannya pembayaran mengikut filem seperti penggiat seni yang lain.

"Jadi, apa logik kalau hendak kata P.Ramlee miskin? Takkan wang yang diterima saban bulan habis begitu sahaja?


Sepenuhnya sila baca : 

http://m.utusan.com.my/hiburan/selebriti/fakta-salah-tentang-p-ramlee-1.208862


Sent from my iPhone

100 Kes Pemerdagangan Orang Berjaya Disabitkan Tahun Lepas - Ahmad Zahid

100 Kes Pemerdagangan Orang Berjaya Disabitkan Tahun Lepas - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Sebanyak 100 kes pemerdagangan orang dan kes yang mempunyai unsur pemerdagangan orang telah disabitkan di mahkamah sepanjang tahun lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata jumlah itu merupakan peningkatan yang memberangsangkan berbanding hanya tujuh sabitan direkodkan pada tahun 2015.

"Bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2017, sebanyak 13 sabitan kes pemerdagangan orang telah dicapai," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata mesyuarat kali ini telah menumpukan kepada pencapaian negara berkaitan aspek-aspek kritikal yang disarankan oleh pihak Amerika Syarikat sebelum ini menjelang penilaian Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) 2017 yang dijangka diumumkan pertengahan tahun ini.

"Aspek-aspek kritikal ini merangkumi komponen-komponen penting dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang merangkumi aspek polisi, pencegahan, penguatkuasaan, pendakwaan dan perlindungan mangsa," katanya.

Ahmad Zahid berkata pada mesyuarat tersebut, kerajaan juga bersetuju untuk bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) berkelayakan untuk mengendalikan rumah perlindungan bagi mangsa pemerdagangan orang bermula bulan ini.

Sebelum ini, mangsa hanya ditempatkan di rumah perlindungan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Keputusan ini adalah selaras dengan pindaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang telah diluluskan di Parlimen pada Julai 2015 dan dikuatkuasakan sepenuhnya pada November 2015," katanya

Katanya, kerajaan juga bersetuju melantik 12 individu daripada kalangan NGO untuk menjadi pegawai pelindung kepada mangsa yang diperdagang berbanding sebelum ini ia dijalankan oleh pegawai pelindung daripada Jabatan Pembangunan Wanita dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja.

Beliau berkata, kerajaan juga akan melanjutkan tempoh pengoperasian Pasukan Petugas Khas ATIPSOM sehingga Disember 2018.

"Malaysia menyambut baik sokongan dan kerjasama berterusan yang diberikan oleh Kedutaan Besar Amerika Syarikat dalam usaha negara untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang.

"Sehubungan itu, Malaysia berharap supaya kerjasama erat sebegini akan dapat menambah baik inisiatif negara bagi membanteras jenayah pemerdagangan orang, sekaligus membantu Malaysia memperbaiki kedudukan dalam JNAS mengenai pemerdagangan orang bagi tahun 2017," katanya.

-- BERNAMA


Sent from my iPhone

07 April 2017

BERNAMA - Pembentangan RUU 164 Ditangguhkan - Ahmad @Zahid_Hamidi

BERNAMA - Pembentangan RUU 164 Ditangguhkan - Ahmad Zahid

Pembentangan RUU 164 Ditangguhkan - Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 6 April (Bernama) -- Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164 ditangguhkan pada persidangan Parlimen sekarang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata langkah menangguhkan pindaan Akta 164 itu untuk memastikan ia tidak bercanggah dengan fatwa dan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau yang juga Ketua Whip Barisan Nasional berkata pindaan Akta 164 itu akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk membuat penelitian semula (berdasarkan maklum balas) yang diperoleh daripada pakar-pakar agama, badan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan individu.

"Walaupun penelitian sebelum itu telah dilakukan tetapi kerajaan berpendirian pindaan Akta 164 itu harus dilihat semula bagi menentukan ia tidak terus menjadi polemik yang akhirnya membawa kemudaratan kepada negara secara keseluruhan," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas status Akta 164 dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini menggesa kerajaan menangguhkan pindaan Akta 164 itu kerana ada pindaannya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan hukum syarak serta dianggap memperlekeh dan menghina Islam.

Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa kerajaan bukan beralah dalam isu berkenaan dan sentiasa komited dalam menjaga kepentingan dan hati semua kaum.

Ditanya jangka masa untuk akta itu siap diteliti, Ahmad Zahid berkata: "Itu terserah kepada Peguam Negara untuk meneliti aspek perundangan daripada pelbagai orang yang mempunyai komitmen untuk melihat akta itu."

Kerajaan juga menyerahkan kepada Peguam Negara untuk menyelesaikannya dan dimuktamadkan sebelum dibentang ke Kabinet untuk kelulusan bagi membolehkan ia dibentangkan di Parlimen, katanya.

-- BERNAMA


Sent from my iPhone

06 April 2017

RUU355: Dewan Gamat Speaker arah bahas sesi depan

Sidang Dewan Rakyat 6 April 2017 Sesi Petang - Pakatan Meroyan

Abdul Hadi bentang RUU355 | Semasa | Berita Harian

Abdul Hadi bentang RUU355

ABDUL Hadi membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355) di Dewan Rakyat. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tengah hari tadi membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355).

Ketika membentangkannya bermula jam 12.30 tengah hari, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, pindaan itu bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah dan meningkatkan hukuman jenayah sedia tanpa membabitkan masyarakat bukan Islam.

Beliau turut menegaskan yang akta itu hanya terpakai kepada orang Islam dan tidak membabitkan orang bukan Islam.

"Janganlah dengar (dakwaan) pindaan (Akta) 355 adalah pintu belakang untuk (pelaksaan) hudud di Malaysia. Hudud sukar untuk dilakukan. Kenapa RUU355 perlu dipinda? Ia adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

"Kita ingin menegaskan usul ini hanya terpakai kepada orang Islam di negara ini. Ia tidak terpakai kepada bukan Islam.

"Sejarah membuktikan sejak akta ini (Akta 355) diluluskan 52 tahun lalu, belum pernah ada orang bukan Islam didakwa mengikut jenayah syariah.

"Oleh itu kita memohon Ahli Yang Berhormat (YB) bukan Islam supaya tidak bimbang akan implikasi undang-undang ini kerana tidak ada seorang pun warga bukan Islam pernah disabitkan," katanya.

Abdul Hadi yang memakai kot dan baju melayu ungu muda serta bersamping mengambil masa kira-kira 30 minit untuk membentangkan usul berkenaan. Usul itu disokong untuk dibahaskan oleh Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu).

Pada 24 November lalu, Abdul Hadi membawa usul pindaan itu menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan maksimun 100 sebatan berbanding maksimum tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

Abdul Hadi membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat buat pertama kali pada 26 Mei 2016, tetapi menangguhkan perbahasan dan membentangkan versi yang disemak semula pada November 2016.

Pembentangan usul itu mencatat sejarah tersendiri kepada Dewan Rakyat kerana buat pertama kali RUU Persendirian dikemukakan Abdul Hadi dibentangkan dan dibahaskan untuk kelulusan.

http://www.bharian.com.my/node/268603?m=1


Sent from my iPhone

Video Penuh Sidang Dewan Rakyat 6 April 2017 Sesi Pagi


BERNAMA - Perlu Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal - @Zahid_Hamidi

Perlu Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal - Zahid
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Pengiktirafan bersama pensijilan halal perlu digalakkan dalam kalangan pelbagai badan pensijilan di seluruh dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mencadangkan perkara ini berdasarkan kemungkinan agak sukar untuk mempunyai satu standard pensijilan yang seragam.

Timbalan perdana menteri menarik perhatian bahawa terdapat lebih 200 badan pensijilan di seluruh dunia yang mengeluarkan sijil dan logo halal masing-masing.

"Kita patut menggalakkan pengiktirafan bersama pensijilan masing-masing. Saya benar-benar berharap kita meneliti secara serius akan kemungkinan penyelesaian ini," kata Ahmad Zahid semasa merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Ketiadaan pensijilan yang seragam merupakan satu cabaran, katanya, selain memelihara integriti status halal itu.

Ahmad Zahid berkata Malaysia telah memasuki fasa ketiga dan fasa akhir pelaksanaan Pelan Induk Industri Halal dengan penekanan diberikan terhadap memperluaskan syarikat tempatan dan pengantarabangsaan industri halal.

Beliau berkata kerajaan Malaysia fokus terhadap pendekatan yang lebih holistik ke arah mewujudkan ekosistem halal untuk menjadikan negara sebuah hab halal global terkemuka.

Pendekatan itu, katanya, menekankan kepda peningkatan aktiviti melalui rangkaian pembekalan.

"Selain produk halal dan menyediakan perkhidmatan berkaitan halal, rangkaian pembekalan halal juga termasuk perbankan dan kewangan Islam, logistik, pelancongan, takaful dan perkhidmatan sokongan berkaitan halal yang lain," katanya.

Ahmad Zahid juga berkata beberapa negara Arab telah menyatakan minat mereka untuk membina ekosistem halal dengan Malaysia.

Dari segi pembangunan ekonomi, Ahmad Zahid berkata produk halal Malaysia terus mendapat perhatian kukuh dalam kalangan pelanggan di seluruh dunia, dengan jumlah eksport meningkat daripada RM23.9 bilion dalam tahun 2011 kepada RM39.3 bilion tahun lepas.

"Kita melihat ini hasil daripada promosi agresif produk dan perkhidmatan halal kita melalui acara seperti Mihas serta misi dagangan kita di luar negara," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata China ialah antara destinasi utama bagi eksport halal Malaysia bersama Singapura, Amerika Syarikat dan Jepun.

Beliau berkata produk utama yang dieksport ialah makanan dan minuman yang diikuti dengan bahan halal serta terbitan minyak sawit.

Adalah diunjurkan menjelang 2020, eksport halal tahunan Malaysia akan melebihi RM50 bilion.

Tahun ini, MIHAS 2017 menempatkan 580 pempamer dari 33 negara termasuk negara anggota ASEAN, Palestin, Iran, Emiriah Arab Bersatu, Turki, Brazil, Afrika Selatan, China, Jepun dan Taiwan.

-- BERNAMA


Sent from my iPhone

04 April 2017

Akta 164: Kerajaan utama kepentingan negara - @Zahid_Hamidi | Berita Harian

Akta 164: Kerajaan utama kepentingan negara

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan murid-murid ketika melawat The International Modern Arabic School (IMAS) di Putrajaya, hari ini. -Foto Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA: Semua pihak perlu berlapang dada mengenai apa juga keputusan kerajaan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan menghormati pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menggesa supaya pembentangan RUU itu ditangguhkan dan fatwa yang dikeluarkan mengenainya sebelum itu.

Bagaimanapun katanya, kerajaan akan melihat bahawa kepentingan negara mengatasi kepentingan lain.

"Kita menghormati agama dan hak semua kaum. Dalam soal ini, keputusan kerajaan berdasarkan kepentingan negara.

"Saya akan berbincang dengan Datuk Seri Azalina Othman (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang akan diberi tanggungjawab membentangkan RUU itu (berhubung gesaan Harussani)," katanya kepada media selepas melawat The International Modern Arabic School (IMAS) di sini, hari ini.

Semalam, Harussani menggesa kerajaan menangguhkan RUU berkenaan kerana ada pindaannya bertentangan dengan Perlembagaan dan hukum syarak serta dianggap memperlekeh dan menghina Islam.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau akan melihat semula alasan pembatalan debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang dibuat pihak polis Selangor dan Perak. 

Katanya, keputusan membatalkan debat itu dibuat sepenuhnya oleh Ketua Polis Selangor dan Pemangku Ketua Polis Perak secara operasi dan tidak merujuk kepada beliau.

http://www.bharian.com.my/node/267862?m=1


Sent from my iPhone

Ketepikan perbezaan, wujudkan budaya Quranik - TPM | Berita Harian


Ketepikan perbezaan, wujudkan budaya Quranik - TPM

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada perasmian Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1438H / 2017M di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

AYER KEROH: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam di negara ini untuk bersatu dan mengenepikan segala perbezaan politik bagi mewujudkan budaya Quranik dalam ummah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kepemimpinan ulama harus memainkan peranan, seterusnya mengajak umat Islam menjadikan budaya Quranik iaitu al-Quran serta hadis sebagai rujukan utama dalam setiap perkara.

"Apabila umat Islam dapat membentuk akal Quranik dalam ummah, ia sekali gus mewujudkan sahsiah atau keperibadian Quranik, yang akhirnya ummah Quranik diwujudkan.

"Al-Quran perlu dijadikan tapak tasawwur yang visinya jauh berpandangan ke hadapan dan akan menentukan ummah bukan untuk tiga hari atau 30 tahun tapi untuk tempoh jangka masa panjang," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1438H/2017M di Dewan Seri Negeri, di sini malam ini.Yang hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan isteri, Datin Seri Fadilah Abdullah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha.

Seramai 107 peserta qari dan qariah akan memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran Majlis tilawah dan menghafaz berlangsung selama enam hari bertemakan Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah bermula semalam sehingga Sabtu ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, antara perkara yang mengancam perpaduan rakyat masa kini adalah perbezaan fahaman dalam kalangan umat Islam serta penyalahgunaan media sosial seperti penyebaran berita palsu, provokasi, fitnah dan sebagainya.

Beliau berkata, kemajuan teknologi maklumat ini hendaklah digunakan sebaik-baiknya yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, perpecahan dalam kalangan umat Islam di negara ini memberi ruang kepada pihak lain mengambil kesempatan untuk menggugat kesucian agama Islam.

"Dalam Perlembagaan kita, agama Persekutuan adalah Islam. Menjadi tanggungjawab kita untuk menentukan hala tuju serta meletakkan hukum agama berlandaskan al-Quran dan hadis," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/267664?m=1


Sent from my iPhone

01 April 2017

Malaysia tak tutup kedutaan di Korea Utara - TPM @Zahid_Hamidi | Berita Harian

Malaysia tak tutup kedutaan di Korea Utara - TPM

TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua Polis Negara merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Khalid Abu Bakar, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye dan ahli jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) beramah mesra pada Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) ke-24 di Subang Jaya. - Foto Aizuddin Saad

SUBANG: Malaysia tidak akan menutup pejabat kedutaannya di Korea Utara susulan pembunuhan Kim Jong-nam, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia juga tidak mempunyai hasrat untuk memutuskan hubungan dengan Korea Utara walaupun wujud polemik di antara kedua-dua negara sejak kebelakangan ini.

"Menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN), kita izinkan rakyat Korea Utara untuk pulang ke negara asal mereka berdasarkan hubungan bilateral Malaysia-Korea Utara.

"Mereka (rakyat Korea Utara) yang berada di depoh Jabatan Imigresen pula akan diuruskan untuk dihantar pulang ke negara berkenaan.

"Selain itu, rakyat Korea Utara yang masih berada di Malaysia adalah tertakluk dengan akta Imigresen, justeru perkara itu tiada perubahan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Ke-24, di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang juga Timbalan Pengerusi MCPF; Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Mengulas pemalsuan kenyataan bersama yang didakwa dikeluarkan Wisma Putra dan Republik Korea Utara, Ahmad Zahid berkata, sebarang keputusan dibuat Kementerian Luar adalah kenyataan rasmi kerajaan.

"Semua tatacara yang tertakluk kepada keputusan (mengenai hubungan Korea Utara-Malaysia) dibuat Kementerian Luar," katanya.

Semalam, satu kenyataan bersama didakwa dikeluarkan Wisma Putra dan Republik Korea Utara tersebar menerusi aplikasi WhatsApp sebaik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkembangan mengenai usaha membawa balik sembilan rakyat Malaysia.

Antara kandungan kenyataan itu ialah menarik balik larangan perjalanan keluar masuk rakyat di kedua-dua negara; mengambil usaha untuk memperkenalkan semula Program Pengecualian Visa (VWP) dan memperkuhkan hubungan Malaysia-Korea Utara.

http://www.bharian.com.my/node/266729?m=1


Sent from my iPhone