Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Februari 2017

Lelaki dakwa larangan perjalanan Trump punca kematian ibu | Dunia | Berita Harian


Mike Hager. DETROIT: Seorang penduduk Detroit menyalahkan larangan perjalanan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadi punca kematian ibunya yang uzur selepas wanita itu dihalang menaiki pesawat dari Iraq. 

Media tempatan melaporkan, Mike Hager, warga negara AS kelahiran Iraq, cuba menaiki penerbangan ke Amerika Syarikat bersama ibunya, Naimma, 75 dan tiga ahli keluarganya yang lain pada Jumaat lalu. Hanya dia dibenarkan untuk menaiki pesawat tetapi ibunya dan tiga ahli keluarga yang lain dihalang kerana mereka hanya pemenang kad hijau. 

Ibunya yang dibawa ke negara itu untuk mendapatkan rawatan susulan meninggal dunia sehari kemudian dan ia benar-benar mengecewakan ahli perniagaan yang menetap di Michigan bersama keluarganya sejak 1995. 

"Saya pergi bersama keluarga tetapi kembali berseorangan. Mereka menghancurkan keluarga kami. Jika mereka membenarkan ibu saya masuk pasti dia dapat diselamatkan," katanya. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/243019?m=1


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate