Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Februari 2017

Jong nam mati diracun 'VX ejen saraf' : @kbab51 - Kosmo! Online

Kosmo! Online - Terkini


TERKINI

24/02/2017 9:45am



Kenyataan akhbar Ketua Polis Negara pagi ini.



KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan racun jenis ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau dikenali sebagai 'VX ejen saraf' digunakan untuk membunuh pemimpin buangan Korea Utara, Kim Jong-nam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, jenis racun yang diguna pakai didedahkan berdasarkan hasil laporan awal analisa dari Jabatan Kimia Malaysia.

"Keputusan itu diperoleh selepas Pusat Analisis Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia menjalankan analisa awal ke atas beberapa spesimen hasil pengesatan kapas kering (dry swab) pada mukosa mata dan muka si mati.

"Bahan kimia VX itu disenaraikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997," katanya dalam satu kenyataan akhbar sebentar tadi.

Jong-nam abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2(KLIA2) pada 13 Februari lalu. - K! ONLINE



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate