Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Januari 2017

Wafa Nafi Kritikal Akibat Kanser Usus - Kosmo! Online



KUALA LUMPUR – Pelakon filem Azizah The Legend, Wafa Abdul Kadir, 51, menafikan dirinya sedang menghidap kanser usus dan dalam kea­daan kritikal seperti digembar-gemburkan setengah pihak sebelum ini.

Wafa berkata, dia berasa sedikit terkilan kerana perkhabaran tidak benar tersebut telah memberikan impak dan kegelisahan kepada keluarga serta teman-teman rapatnya.

"Sebenarnya, saya menghidap kanser peritoneal. Kanser tersebut merupakan susulan daripada diagnosis pertama kanser ovari yang pernah saya hidap dahulu. Biarpun telah menjalani pembedahan dan rawatan kemoterapi, sel kanser tersebut masih ada.

"Buat masa ini, saya masih menjalani rawatan kemote­rapi bagi melawan sel kanser yang menyerang," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4XH4hTNEl 
Hakcipta terpelihara 

Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate