Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Januari 2017

Kerajaan Lulus RM800 Juta Atasi Banjir Di Kelantan – TPM @Zahid_Hamidi | UMNO Online


JOHOR BAHRU, 6 Jan – Kerajaan meluluskan sebanyak RM800 juta untuk melaksanakan dua projek penyelesaian jangka panjang masalah banjir di
Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, daripada peruntukan itu, sebanyak RM300 juta disediakan untuk projek tebatan banjir fasa pertama di Sungai Golok.

Projek tersebut yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dijangka dilaksanakan pada Jun tahun ini, kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

"Projek seterusnya pula sedang direka bentuk oleh JPS di bawah fasa kedua bagi memastikan isu banjir diatasi bagi tempoh jangka panjang," katanya.

Ahmad Zahid berkata peruntukan selebihnya melibatkan RM500 juta pula diberi untuk projek pengorekan muara Sungai Kelantan dan pembinaan tambak di sungai terbabit.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, menziarahi pesara komando tentera, Abu Bakar Md Ahmad, 66, yang menghidap strok sejak dua bulan lalu, di kediaman pesara itu di Taman Bukit Senang, Senai, dekat sini.

http://www.umno-online.my/2017/01/06/kerajaan-lulus-rm800-juta-atasi-banjir-di-kelantan-tpm/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate