Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Januari 2017

CCTV tak sepadu lengahkan usaha tangani jenayah - TPM @Zahid_Hamidi | Berita Harian

CCTV tak sepadu lengahkan usaha tangani jenayah - TPM

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama media Malaysia di Kunming pada hari terakhir lawatan kerja beliau ke China.. - Foto BERNAMA

KUNMING: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sistem kamera litar tertutup (CCTV) secara bersepadu membabitkan polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak swasta di Malaysia perlu dilaksanakan segera bagi menangani jenayah dengan lebih berkesan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kini semua CCTV yang dipasang PBT atau pihak syarikat di premis masing-masing tidak dihubungkan terus kepada bilik kawalan polis menyebabkan tindakan segera tidak dapat diambil jika berlaku jenayah.

Katanya, pihak PBT dan syarikat yang memasang CCTV tidak mahu hak ke atas peralatan itu diserahkan kepada polis dan masih beranggapan ia adalah aset mereka.

"Tindakan kedua-dua pihak itu menyebabkan setiap kali berlaku jenayah di premis masing-masing, mereka perlu menghubungi polis kerana mereka tidak mempunyai kuasa menahan suspek.

"Jika sistem dihubungkan terus dengan polis, mudah pihak berkuasa bertindak tanpa menunggu laporan," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media di sini hari. Beliau mengakhiri lawatan ke China enam hari, hari ini. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau akan mencadangkan kepada kerajaan supaya peruntukan tambahan diberi untuk meningkatkan jumlah pemasangan CCTV seperti yang dilaksanakan di China.

Katanya, hasil lawatan itu beliau mendapati di setiap 50 meter kawasan panas bandar raya China akan dilengkapkan dengan CCTV berdefinisi tinggi (HD) serta sistem mengesan, sekali gus berjaya menyelesaikan kes jenayah dalam masa singkat.

Selain itu, katanya pihak swasta yang terbabit sama dalam pengeluaran serta pemasangan CCTV di China, juga turut menyumbang CCTV di kawasan panas sebagai sebahagian tanggung jawab sosial.

Timbalan Perdana Menteri, berkata sudah sampai masanya pihak PBT dan swasta membeli CCTV HD dan sistem mengesan kerana peralatan yang digunakan kini menggunakan sistem analog yang teknologinya agak ketinggalan.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate