Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Ogos 2016

Tuduhan Seksual Pelajar Disiar FB Wardina Safiyyah Cemar Nama Pendakwah Terkenal Dato Kazim Elias

Memang kita diharamkan menabur fitnah.

Atau membuka cerita kurang jelas untuk memburukkan nama manusia yang belum disabitkan kesalahan.

Jika kita sengaja menyiarkan cerita yang dihantar hingga diikuti media lain dan membuat andaian sehingga merosak reputasi pendakwah masyhur seperti DUKE dan pusat pendidikannya maka ia tidak jauh beza dengan fitnah.

Kita mungkin boleh menyiarkan cerita pihak dikatakan dianiaya anaknya namun selagi belum selesai siasatan polis maka sebarang andaian perlu dijauhkan untuk menjaga nama baik individu yang di tohmah terutamanya jika beliau seorang yang sangat dikenali di tv dan Alam maya.

Wardina atau Syed Azmi bukan hari ini menimbulkan kontroversi namun apakah motif tulisan mereka kali ini kita belum nampak lagi.

Bahaya jika kita menulis guna rasa hati bukan ikut akal pemikiran yang waras.

Dah ramai ditangkap apabila silap menggunakan media sosial dan kita tidak mahu kebebasan bersuara dibiar sehingga mengguris nama baik manusia yang tidak bersalah.

Bebas ada batas beb.....

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate