Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Ogos 2016

Lawatan kerja TPM @Zahid_Hamidi Ke #Thailand #harikedua #azh

BANGKOK 5 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini memulakan lawatan kerja hari kedua dengan mengadakan mesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wissanu Krea-ngam di Kompleks Kerajaan, di sini.

Mesyuarat yang berlangsung selama satu jam itu turut dihadiri Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan para delegasi dari Malaysia.

Beliau seterusnya menghadiri satu lagi mesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan di Kementerian Pertahanan.

Selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Haroon beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Iman Besar Abdul Ahad. - UTUSAN

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/ahmad-zahid-hadiri-dua-mesyuarat-kerja-di-bangkok-1.366833#sthash.unpugMuO.dpuf

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate