Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Julai 2016

Tidak Benar @Zahid_Hamidi Beri Saya Kerakyatan- Mohd Amin Nor

Petaling Jaya — Ahli Perniagaan, Dato' Sri Mohd Amin bin Abdul Nor, hari ini, tampil menafikan beliau mendapat kewarganegaraan secara "fast-track" daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam perbualan bersama Suara.tv, Mohd Amin yang berasal dari Bangladesh memberitahu bahawa beliau telah tinggal di negara ini sejak 28 tahun lalu, belajar bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu dan menjalankan perniagaan di negara ini.

"Saya telah tinggal di negara ini sejak 28 tahun lalu. Berkahwin dengan orang tempatan dan mempunyai anak. Dan menjalankan perniagaan sejak 90 an lagi di negara ini.

Sebelum menetap di Malaysia Mohd Amin pernah merantau ke beberapa negara termasuk Jepun dan Singapura sebelum membuat keputusan menetap di Malaysia pada sekitar 90-an. Sejak itu beliau menjalan perniagaan berasaskan pembekalan sumber manusia sehingga sekarang.

Dalam wawancara tersebut juga Mohd Amin menegaskan "Lebih penting ialah dakwaan saya mendapat kewarganegaraan melalui Datuk Seri Ahmad Zahid tidak benar kerana pada ketika saya mendapat kewarganegaraan, beliau belum menjadi Menteri KDN apatah lagi Timbalan Perdana Menteri."

Nama Mohd Amin muncul dalam radar politik negara sejak setahun lalu apabila dituduh mempunyai kaitan rapat dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Nama beliau menjadi tumpuan apabila beberapa pihak tidak berpuas hati dengan kemunculan Bestinet Sdn Bhd sebagai salah satu penyedia aplikasi dalam talian Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing untuk KDN.

Pengerusi Eksekutif Bestinet, Tan Sri Azmi Khalid sebelum ini turut menafikan syarikat terbabit mengenakan caj berlebihan ke atas pekerja asing atau terbabit dalam peningkatan kemasukan pekerja asing.

Bukan Kenalan mahu pun Proksi Zahid

Dakwaan bahawa beliau merupakan proksi dan kenalan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sehingga membolehkan sebuah syarikat Bestinet Sdn Bhd mendapat kontrak menyediakan aplikasi permohonan dalam talian untuk kemasukan pekerja asing juga merupakan satu kesalahan fakta.

Menurut Mohd Amin, syarikat beliau Bestinet Sdn Bhd telah dibenarkan membagunkan sistem dan menjalankan ujian keberkesanan sistem oleh Menteri Dalam Negeri sebelum Zahid dan Perdana Menteri sebelum Mohd Najib.

"Jadi tidak timbul saya proksi kepada Ahmad Zahid atau isteri Perdana Menteri." – Suara.tv

http://www.mykmu.net/2016/07/tidak-benar-zahid-hamidi-beri-saya-kerakyatan-mohd-amin/

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate