Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Jun 2016

TPM @Zahid_Hamidi : Penganugerahan projek HSR ambil kira pulangan kerajaan, rakyat

Zahid: Penganugerahan projek HSR ambil kira pulangan kerajaan, rakyat

31 Mei 2016 5:02 PM

TOKYO 31 Mei- Pemberian tender Projek Kereta Api Laju (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura bukan berlandaskan tawaran harga dan spesifikasi semata-mata, tetapi ia turut meliputi aspek sampingan lain yang akan memberi pulangan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pertemuannya dengan rakan sejawat, Taro Aso, dan berapa menteri negara matahari terbit tersebut, 'sangat berstruktur' yang turut menunjukkan mereka bersedia menawarkan pakej timbal balik kepada Malaysia.

Beliau berkata, Jepun cukup serius dalam mempromosikan produknya yang mempunyai rekod keselamatan yang baik.

"Mereka juga mempunyai teknologi yang tinggi serta berinovasi dan mereka yakin dengan adanya HSR ini, ianya akan merubah ekonomi Malaysia, terutama ia usaha sama antara Malaysia dan Singapura.

"Aspek-aspek begitu menjadi asas kepada mereka dalam menawarkan perkhidmatan dan produk di samping beberapa pakej kewangan dan program penyeimbangan.

"Tawaran terbaik bukan hanya berdasarkan harga dan spesifikasi, tetapi juga manfaat kepada kerajaan dan rakyat," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.

Terdahulu Ahmad Zahid mengadakan perjumpaan tertutup dengan Taro Aso, yang juga Menteri Kewangan serta perjumpaan dengan ahli Parlimen daripada Persatuan Persahabatan Parlimen Jepun-Malaysia.

Ditanya mengenai pakej timbal balas yang ditawarkan Jepun, beliau bagaimanapun enggan memperincikannya tetapi berkata, 'Malaysia amat memerlukan program penyeimbangan.'

Berhubung pendirian Malaysia mengenai pemberian projek, beliau menegaskan ia akan dibuat secara tender terbuka dan proses wajar juga akan dilakukan secara terbuka selepas perjanjian HSR itu di muktamadkan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menzahirkan hasrat untuk melihat Shinkansen, kereta api laju yang merupakan simbol kemegahan Jepun dalam bidang kejuteraan pengangkutan, untuk beroperasi di bumi Malaysia.

Semalam, Ahmad Zahid merasai sendiri pengalaman menaiki kereta api laju tersebut ke Sendai, menerusi perjalanan selama 90 minit dari Tokyo.

Perkhidmatan Shinkansen itu merangkumi laluan kira-kira 2,400 kilometer yang merentasi Jepun. - BERNAMA

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/zahid-penganugerahan-projek-hsr-ambil-kira-pulangan-kerajaan-rakyat-1.337066#sthash.ONyLKEce.dpuf

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate