Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Jun 2016

Pas kutuk gambar badut Abdul Hadi - Politik - Sinar Harian

BANDAR KUALA KANGSAR - Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria menyelar tindakan pihak menampal poster Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diubah suai menjadi badut.

Tegasnya, provokasi tersebut merupakan tindakan terdesak bagi memburukkan Pas sempena kempen PRK Kuala Kangsar.

Menurutnya, tidak perlu melakukan perkara sedemikian kerana bukannya Abdul Hadi bertanding di Kuala Kangsar.

"Provokasi ini semuanya bermula daripada pemasangan 'billboard' semalam. Macam-macam mereka kata, cakap kita bersama Umno.

"Kalau kita mahu bersama Umno, kita tidak akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Macam mana boleh kata kita sokong Umno?

"Sekarang zaman politik matang. Kerja-kerja burukkan individu itu cerita lama," katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ditanya adakah beliau tahu pihak yang melakukan provokasi itu, Razman menegaskan beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak.

Ujarnya, semua pihak seharusnya mengelak melakukan provokasi seperti itu kerana ia akan menimbulkan suasana tidak harmoni.

"Kita menyelar tindakan pihak melakukan provokasi seperti ini. Nampak mereka ini terdesak untuk meraih sokongan.

"Mereka bimbang dengan sokongan diterima Pas jadi mereka cuba lakukan pelbagai cara untuk cetus provokasi seperti ini," ujarnya.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pas-kutuk-gambar-badut-abdul-hadi-1.530481

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate