Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Jun 2016

Kafir Harbi : Mufti Pahang vs Dr Maszlee IKRAM klon IRC JIM

Pandangan Dr. Maszlee Terhadap Kenyataan Mufti Pahang - Satu Ulasan.

Satu pemerhatian yang saya dapat lihat pada pandangan Dr Maszlee Malik, seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dan merangkap ahli Syura Pertubuhan Ikram (Ikram) berhubung kenyataan Mufti Pahang sebagaimana yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini (https://www.malaysiakini.com/news/346461) ialah kecepatan beliau mengulas dan merumuskan isu tersebut yang titik hujungnya berakhir dengan ISIS.

Saya tidak akan menyentuh tentang isu kafir harbi (yang lebih sesuai dibahaskan oleh pakar-pakar yang lebih berwibawa) di sini. Akan tetapi, isu ini melucur laju dari beliau tanpa upaya pengesahan dari Sahibus Samahah Mufti Pahang sendiri akan maksud atau konteks sebenar yang beliau ingin sampaikan.

Dan di sinilah, pada pandangan saya, satu kesalahan "fatal" telah dilakukan oleh Dr Maszlee, yang kesarjanaannya tercemar apabila merujuk kepada satu portal berita yang memuatkan satu berita yang dikutip dari sumber berita lain pula. Sahibus Samahah Mufti Pahang seolah-olah digambarkan sebagai seorang Muslim yang berjawatan tinggi dan menjadi rujukan masyarakat Islam di dalam sebuah institusi Islam yang penting, tetapi mempunyai pendirian yang menyokong keganasan!

[Satu catitan sampingan: Umum mengetahui bahawa Dr Maszlee adalah salah seorang anggota senior Ikram yang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Parti Amanah Negara (PAN), sekutu rapat (malah ada yang menyifatkan PAN sebagai proksi) kepada DAP. Bukan lagi satu rahsia bahawa penubuhan PAN sendiri berkait rapat dengan Ikram (dahulunya dikenali sebagai IRC/JIM) di mana ramai pimpinan dan ahli Ikram telah "graduate" dari Ngo ini untuk terlibat sepenuh masa dengan PAN. Ikram sendiri (menurut satu sumber dalaman) mempunyai rancangan untuk menghantar lebih kurang 20% daripada kekuatan keahliannya untuk terlibat dengan PAN.

Pilihanraya Kecil di Kuala Kangsar baru-baru ini juga menyaksikan seorang bekas pimpinan Ikram yang dikenali sebagai "strategist" Ikram tampil sebagai calon PAN mewakili gabungan parti-parti pembangkang untuk bertanding di dalam pilihanraya tersebut. Timbalan Presiden PAN sendiri juga merupakan mantan Naib Presiden Ikram.

Analisis pasca-pilihanraya kecil di Kuala Kangsar di Kuala kangsar dan Sungai Besar mendapati calon PAN mendapat undi terbanyak dari para pengundi Cina dan terlalu sedikit daripada pengundi-pengundi Melayu.

Poinnya ialah terdapat persamaan agenda yang sangat banyak antara Ikram dan PAN serta satu "ikatan" politik yang amat rapat antara PAN dan DAP.]

Justeru itu saya tidak hairan Dr Maszlee akan mengambil pendirian yang cenderung kepada agenda politik PAN.

Walau bagaimanapun, mengaitkan kenyataan yang belum dikenalpasti kesahihan dari sumber primer lalu menyentuh aspek perang atas bukan-Islam, kehalalan darah mereka dan ancaman ISIS adalah, pada pandangan saya, satu buah fikiran yang tidak bertanggung jawab, tergesa-gesa, berprejudis dan tidak melambangkan nilai kesarjanaan seorang pensyarah tersohor dari Universiti Islam Antarabangsa, apatah lagi sebagai anggota senior pertubuhan Ikram.

Lebih-lebih lagi dalam suasana negara Malaysia yang sedang diancam oleh agenda merbahaya ISIS secara terbuka dan "real".

Beliau telah terjatuh ke dalam perangkap pemikiran orientalis liberal yang sejak berkurun-kurun lamanya sepanjang sejarah Islam telah menggambarkan sudut-sudut negatif dan menakutkan di sebalik istilah Jihad. Hakikat bahawa ISIS adalah kumpulan penyeleweng yang menyalahgunakan ugama tidak dapat dinafikan dan tidak ada seorang Muslim yang siuman yang akan menyokong mereka. Mereka tidak mewakili Islam atau mewarisi perbendaharaan ilmu dan kefahaman tentang apa itu pengertian Jihad yang sebenarnya di dalam Islam.

Bagaimanapun, Dr Maszlee telah "opened the floodgates"(membuka laluan) pertama kepada serangan bertali arus terhadap institusi-institusi Islam, upaya memperkasakan kedaulatan sistem keadilan dan kehakiman Islam dan inisiatif umat Islam untuk menuntut kembali hak-hak yang telah dirampas dari mereka secara licik, tipu muslihat dan tipudaya oleh para kolonialis dan penjajah British. Golongan bukan-Islam yang anti pada Islam tentunya tidak akan melepaskan peluang ini.

Tidak ada apa yang pelik, merbahaya atau mengejutkan dari kenyataan-kenyataan Sahibus Samahah Mufti Pahang. Bantahan terawal, keras dan spontan parti rasis cauvinis DAP terhadap Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanyalah satu contoh klasik ciri-ciri penentangan mereka terhadap suatu perkara yang menyentuh kepentingan umat Islam semata-mata.

Kalau kita kumpulkan dan senaraikan semua episod penentangan terhadap Islam, institusi-institusi Islam dan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan umat Islam sebelum ini bukan sahaja oleh DAP, malah oleh MCA, Gerakan, MIC dan seumpamanya, kita akan dapati bahawa kenyataan Mufti Pahang adalah berasas dan ada rasionalnya. Sebutlah apa sahaja isu melibatkan Islam, institusi-institusinya dan kepentingan umat Islam, kalau bukan parti rasis DAP itu yang memulakannya, DAP pasti akan masuk campur kemudiannya, secara langsung mahupun tidak langsung.

Jadi, Sahibus Samahah Mufti Pahang hanya memberi respon kepada senario penentangan terhadap RUU yang dimulakan sendiri oleh parti rasis cauvinis DAP itu!

Yang jadi mangsa di sini bukanlah DAP! Bahkan parti itulah yang paling konsisten dan agresif dalam menyuarakan bantahan dan penentangan mereka. Dan lazimnya, akan muncullah suara-suara yang senada dengan parti rasis cauvinis itu dari MCA, Gerakan atau pihak-pihak yang sentiasa suka "cari pasal".

Janganlah demi "mempertahan"kan parti rasis cauvinis DAP atau "mengambil hati" kawan, kita membelakangkan objektiviti dan kesarjanaan ilmu kita.

Perlu juga diingatkan bahawa pengertian dan maksud dari Jihad bukan sesempit "pembunuhan" dan "halal darah" sepertimana yang cuba dinisbahkan oleh Dr Maszlee. Terdapat di sana "Jihad" dalam politik yang saya boleh gambarkan sebagai satu gerakerja massa secara tersusun dan terancang untuk memenangkan agenda Islam dan menegakkan kedaulatan umat, memberi perlawanan kepada gerakan-gerakan atau perjuangan yang membawa agenda kufur, liberal, anti-ugama, evangelis, Syiah dan seumpamanya.

Jihad yang telah disempit dan disepitkan hari ini sudah bertukar menjadi satu kalimah yang meng "khunsa"kan semangat kepahlawanan dan meruntuhkan maruah seseorang Muslim. Maka jadilah satu senario di mana apa sahaja bentuk penentangan dari pihak bukan-Muslim dan kafirin cuba dirasionalkan atau dilunakkan melalui dalil dan nas Syarak.

Lebih mengejutkan lagi, apabila terdapat  sebahagian umat Islam sendiri yang akan bersusah payah untuk menjadi "first line of defence" (barisan pertama pertahanan) yang akan men"dindingi" pihak bukan-Islam dan kafirin dari "serangan-balas" (yang munasabah dan tabii sebenarnya) dari masyarakat Islam secara umummya terhadap keceluparan dan usaha untuk campurtangan dalam urusan-urusan yang melibatkan kepentingan Islam dan umatnya.

Keadaan menjadi lebih parah apabila terdapat sebilangan kecil dari umat Islam yang meletakkan "pertarungan" politik antara Islam dan bukan-Islam di luar radar dan pengertian Jihad. Sedangkan wilayah politik adalah antara sempadan yang paling senang dicerobohi oleh hawa nafsu. Wilayah politik adalah sama perlu kepada garispanduan dari Syarak, sebagaimana amalan-amalan ibadah lain juga akan tertolak sekiranya bercanggah dengan Syarak.

Maka, Syarak jugalah yang menjadi penentu kepada hubungan antara parti politik, antara interaksi sesama Muslim-bukan-Muslim dan dalam menentukan nilai Wala' dan Barra' (kesetiaan dan berlepas diri). Ia tidak akan membenarkan hawa nafsu yang menjadi kayu pengukur kepada hubungan kesetiaan atau kerjasama di antara kumpulan Islam dengan kumpulan bukan-Islam, hatta kepada hubungan politik antara parti-parti politik sekalipun.

Halal atau haramnya hubungan politik antara parti-parti tidak ditentukan oleh strategi atau maslahat politik, atau agenda perjuangan yang serupa, atau personaliti, atau warna, lambang, logo dan slogan parti, atau sejarah atau bilangan keahlian parti tersebut.

Pada setiap masa dan fasa, baik di awal atau akhirnya adalah ditentukan oleh Syarak. kalau tidak, ia hanya diurustadbir dan dikawalselia oleh hawa nafsu semata-mata. "Good governance" ialah bagaimana semua itu beroperasi di dalam eko-sistem yang menepati Syarak.

Justeru itu, saya ingin menasihati Dr Maszlee dan kawan-kawannya di dalam Ikram supaya jangan terlalu obses dengan "form" (aspek luaran), akan tetapi lihatlah kepada "substance" (hakikatnya).

Janganlah semangat baru yang timbul apabila memiliki platform politik sendiri menjerebukan pandangan dan jangkauan retina terhadap "the  elephant in the room" (hakikat besar yang terpampang di depan mata) yang ingin menghakis saki baki keaslian perjuangan Islam yang masih berbaki pada kalian.

DAP (dan sudah tentu MCA dan Gerakan) secara "substance" nya memang anti-Islam, walaubagaimana hebat sekali seseorang atau kumpulan itu ingin menafikannya.

"Crocodile tears" Lim Kit Siang pun tidak akan memadamkan hakikat ini.

*******************************

Nota kaki: Saya menyarankan para pembaca semua meneliti hujah-hujah dari Al Fadhil Ustaz Fauzi Asmuni, ahli Jawatankuasa ISMA Pusat tentang "track record" cemerlang parti rasis cauvinis DAP ini terhadap Islam dan umat Islam di negara kita:

http://satuperkongsian.com/2016/06/26/zimmi-la-sangat/

Semoga bermanfaat.

#SyarakPenentuSegala
#TolakDAP
#TolakPAN
#TolakPersekongkolanAntiIslam
#FahamiSubstance
#TolakCrocodileTears

26 Jun 2016

#OHI #501Awani Obviously Harith Iskander With DPM Datuk Seri @Zahid_Hamidi, Butch Bradley, Dasha Logan (Full Episode)


Click for full video

http://www.obviouslyharith.com/video-detail/118458#.V2_t9FrfeLY.mailto

Annuar Musa: Najib took almost a year to expel Muhyiddin, Mukhriz

Umno president Datuk Seri Najib Tun Razak took almost one year before conceding to the pressure by the supreme council to expel former deputy prime minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and former Kedah mentri besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, said Tan Sri Annuar Musa (pix).

The Umno information chief said the supreme council had repeatedly recommended that the duo be expelled after breaching party discipline on numerous occasions, but Najib was patient and had refused to take any action. 

"The Barisan Nasional later was faced with the Sarawak state election, but the two individuals continued to collaborate with the Opposition and went against the spirit of party solidarity. 

"Eventually, Umno had to face the by-elections in Sungai Besar and Kuala Kangsar, which were very important to the party. But their attitude had not changed, and instead, became more passionate," he said in a statement here Saturday, adding that they campaigned together with the Opposition openly and "quietly" to defeat Umno.

However, he said, their efforts failed and the people chose to give Umno and Barisan double victory.

After the by-elections, as expected, the issue of violating party discipline again cropped up. The disciplinary committee submitted its findings on the case involving Muhyiddin and Mukhriz and found there was a prima facie case against them, but left it to the supreme council to make a decision, he said.

Annuar said although the supreme council had repeatedly urged the party president to take action against the duo, Najib still asked whether the decision made by the council was unanimous.

"Eventually, the supreme council made a unanimous decision," he said.

Annuar said no one should be bigger than the party, including former premier Tun Dr Mahathir Mohamad himself.

Puteri Umno also supported the proposal that action be taken against Muhyiddin and Mukhriz, as well as the decision to suspend the membership of vice-president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal until the supreme council had received the report from the party disciplinary committee.

Its head Datuk Mas Ermieyati Samsudin said such action should have been taken a long time ago because they had done so much to taint the party's image.

"The move is seen to be appropriate as Umno is beginning to close ranks because if nothing is being done to overcome their action, it could develop into something more serious," she said. – Bernama

http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/06/26/annuar-musa-najib-took-almost-a-year-to-expel-muhyiddin-mukhriz/

Saya Tetap Setia Kepada Parti Walaupun Pernah Jadi Tahanan ISA - Ahmad @Zahid_Hamidi

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengupas kisah hidupnya termasuk minatnya terhadap motosikal berkuasa tinggi, pendirian politik serta keluarganya dalam program 'Obviously Harith Iskander (OHI)' terbitan Astro Awani, malam ini.

Memasuki set rangkaman dengan menunggang motosikal Harley Davidson, Timbalan Perdana Menteri berkongsi keghairahannya terhadap superbike bersama penonton dalam rancangan bual bicara bersantai selama sejam.

"Saya mula menunggang motosikal pada tahun 1973 ketika mendaftar di Universiti Malaya. Motosikal pertama saya ialah Yamaha 250cc, hadiah daripada arwah ayah saya.

"Malah apabila tamat pengajian, saya tidak membeli kereta tetapi motosikal jenis scrambler. Teman wanita yang kini isteri saya sangat berminat dengan kedua-duanya....motosikal dan saya," katanya, sambil menambah beliau adalah presiden Persatuan Superbike Malaysia (SAM).

Menjawab soalan Harith mengenai pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Tun Dr Mahathir daripada UMNO semalam, naib presiden UMNO itu berkata ahli UMNO perlu setia kepada parti.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau setia kepada parti walaupun pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998.

"Saya sabar, ikut arus dan setia kepada parti dan kini saya berada di sini...kesetiaan adalah penting," katanya.

Menurutnya arena politik masa kini lebih canggih dengan cabaran baharu perlu diberi perhatian terutama melibatkan generasi muda.

"Perubahan minda berlaku dan emosi mereka juga berubah kerana golongan ini kini lebih cerdik, pandangan yang lebih kritikal...ini apa yang kita panggil Gen Y dan Z,' katanya. Semasa segmen tersebut, Ahmad Zahid dihadiah kek sempena sambutan Hari Bapa oleh tujuh orang cucunya kerana beliau tidak sempat menyambutnya pada hari berkenaan kerana sibuk dengan jadual tugasnya.

Rancangan bual bicara itu turut menampilkan artis komedi pentas, Butch Bradley dan Dasha Logan, anak perempuan vokalis kumpulan Alleycats, mendiang Loganathan Arumugam.

-- BERNAMA

https://t.co/2dezHTM8sC

25 Jun 2016

Mufti Pahang Isytihar Parti DAP Kafir Harbi Wajib Ditentang Umat Islam

*DAP tergolong kafir harbi wajar ditentang.*

KUALA LUMPUR 23 Jun - DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk me­nubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.

Kata beliau, politik kebencian yang diamalkan oleh DAP jika dijalankan secara berterusan dibimbangi boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

"Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama de­ngan mereka.

"Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk berbaik-baik dengan golongan bukan Islam. Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Utusan Malaysia hari ini me­laporkan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moha­mad sanggup menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang nyata menjadi musuh Islam.

Kata Haron, tindakan Dr. Mahathir mencabuli prinsip yang dipegangnya selama ini akan me­ngundang banyak perkara negatif.

Sehubungan itu, Abdul Rahman meminta Dr. Mahathir segera meninggalkan DAP dan kembali ke landasan yang benar apatah lagi tindakan beliau menjurus kepada usaha untuk menjatuhkan sebuah negara Islam.

"Pas dahulu buat kesilapan dengan bersekongkol dengan DAP sebelum mereka menyedari bahawa parti berkenaan memusuhi Islam. Saya harap Dr. Mahathir perbanyakkan istighfar dan hentikan jalin kerjasama dengan DAP," katanya.

http://m.utusan.com.my/berita/politik/dap-tergolong-kafir-harbi-wajar-ditentang-1.346464#sthash.ZQR8S4ZJ.dpuf

16 Jun 2016

TPM @Zahid_Hamidi Bidas @RafiziRamli Takut Berdepan Pihak Didedahkan Oleh Beliau

Pengundi Atas Pagar Diminta Tidak Terpengaruh Dakyah Pembangkang

KUALA KANGSAR, 15 Jun – Pengundi atas pagar di Kuala Kangsar dinasihat supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) di sini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata pihak pembangkang pastinya akan melakukan pelbagai percubaan pada hari-hari terakhir kempen untuk menggoyahkan sokongan dan dukungan pengundi terhadap Barisan Nasional (BN).

Orang ramai tidak perlu mendengar apa-apa khabar angin yang dilontarkan pihak-pihak tertentu yang boleh menggoyahkan kepercayaan mereka terhadap kerajaan.

"Saya, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Menteri Besar (Datuk Seri Zambry Abd Kadir) serta seluruh jentera di Kuala Kangsar mengharapkan apa yang kita jadikan sebagai akujanji akan dilaksanakan," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas majlis Himpunan Sahabat Amanah Ikhtiar (AIM) Parlimen Kuala Kangsar serta ulang tahun Kelab Usahawan AIM kawasan Parlimen Kuala Kangsar di sini hari ini.

Selain itu, Ahmad Zahid turut meminta jentera BN agar bersiap sedia dengan kemungkinan pelbagai serangan pembangkang termasuk provokasi.

PRK kawasan Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan 18 Jun ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lepas.

Ia menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas.

Ditanya mengenai tindakan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mempertikaikan kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Istanbul, Turki dengan menaiki jet peribadi, Ahmad Zahid berkata pemimpin pembangkang itu perlu bersikap 'berani kerana benar, takut kerana salah'.

"Ini merupakan satu manifestasi bahawa orang yang dipanggil tokoh (Rafizi) yang berani mendedahkan penyelewengan, skandal tapi sebenarnya tidak ada keberanian.

"Beliau sepatutnya berani berdepan dengan media atau wakil kepada individu yang dituduh itu," katanya.

Ahmad Zahid mengulas insiden pegawai khas kepada isteri Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor yang dihalang daripada menyertai sidang media Rafizi mengenai isu jet itu hari ini.

http://www.umno-online.my/2016/06/15/pengundi-atas-pagar-diminta-tidak-terpengaruh-dakyah-pembangkang/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter

14 Jun 2016

Proton bakal pulih selepas berakhirnya campur tangan Mahathir - PM

14 Jun 2016 4:00 PM

PUTRAJAYA 14 Jun - Zaman keemasan Proton Holdings Bhd (Proton) dijangka pulih selepas berakhirnya campur tangan politik Tun Dr Mahathir Mohamad dalam syarikat pengeluar kereta nasional itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, terlalu banyak campur tangan politik berlaku dalam pengurusan strategi Proton termasuk yang membabitkan pekerja dan model perniagaannya ketika bekas perdana menteri itu menjadi pengerusi Proton.

"Kini, saya dengan sukacitanya ingin menyatakan bahawa terdapat perubahan besar di peringkat atasan Proton. Era campur tangan politik Tun Mahathir sudah pun berakhir.

"Kita dapat lihat akibatnya awal tahun ini. Sebuah syarikat pengeluar, yang sepatutnya menjadi kebanggaan negara, telah menghadapi keadaan yang amat menyulitkan," katanya pada majlis pelancaran generasi keempat Proton Perdana di sini, hari ini.

Berkuat kuasa 30 Mac lepas, Dr Mahathir berundur sebagai pengerusi Proton, jawatan yang beliau sandang sejak 2014.

Najib berkata, kerajaan sekali lagi terpaksa campur tangan untuk melindungi pekerjaan dan keluarga rakyat Malaysia yang bergantung kepada Proton, selain menjaga pendapatan dan mata pencarian rakan kongsi perniagaan syarikat itu.

"Kerajaan terpaksa campur tangan kerana kesejahteran rakyat sentiasa menjadi keutamaan kami. Kerajaan akan sentiasa memberi sokongan kepada pekerja dan pembekal Malaysia. Kami akan selalu berjuang untuk memastikan tiada siapa yang tercicir," kata beliau.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata, sekarang adalah masanya untuk mengambil iktibar daripada perkara yang telah berlaku, serta melaksanakan langkah dan pembaharuan serius supaya Proton kembali berada di landasan betul untuk merealisasikan potensi sebenarnya sekali lagi.

"Saya dimaklumkan bahawa menjelang pelancarannya, sebanyak 900 unit Perdana telah ditempah - ini menunjukkan bahawa orang ramai yakin dengan model baharu ini dan berhasrat melihat Proton berjaya.

"Pengurusan baharu Proton juga memberitahu saya bahawa mereka yakin pelanggan bukan sahaja akan menyukai penampilan menawan Perdana, malah akan tertarik dengan pemanduannya.

"Saya pun tidak sabar untuk cuba memandunya sendiri!" kata Najib sambil disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

Beliau seterusnya berkata: "Biarlah kereta baharu ini dan pengurusan baharu Proton dihakimi melalui merit mereka.

"Saya tahu, kita semua ingin melihat mereka berjaya meningkatkan jualan, menerajui inovasi dan memastikan syarikat ini mempunyai masa depan yang cerah dari segi produk dan kesejahteraan warganya yang begitu gigih bekerja," kata perdana menteri.-BERNAMA

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/proton-bakal-pulih-selepas-berakhirnya-campur-tangan-mahathir-pm-1.342479#sthash.GyF3NqOH.dpuf

13 Jun 2016

Kisah Menarik Artikel Menyambut Kehadiran Ramadan | @NajibRazak .com

Dari Abu Hurairah R.A., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila datang bulan Ramadan, dibukalah pintu-pintu Syurga, ditutuplah pintu-pintu Neraka dan Syaitan-syaitan dibelenggu." – Hadis Riwayat Muslim

Alhamdulillah, kita telah seminggu berada di dalam bulan Ramadan yang di dalamnya terdapat pelbagai kelebihan dan keberkatannya yang tersendiri.

Sepertimana dalam sabda Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, bulan Ramadan inilah bulan di mana pintu syurga dibuka seluas-luasnya bagi umat Islam untuk berlumba dan berlari ke arahnya, melalui amal dan ibadah yang tulus dan ikhlas kerana Allah SWT.

Seusai minggu pertama kita berpuasa kali ini, saya gembira melihat di bazar-bazar Ramadan sekitar negara, bahawa para pengunjung yang hadir di bazar tidak terhad kepada umat Islam semata-mata, tetapi suasana bazar turut dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat tidak mengira bangsa atau agama.

Inilah keindahan kepelbagaian dan kemajmukan yang hanya terdapat di Malaysia, bazar Ramadan bukan sekadar tempat peniaga mencari rezeki dan pengunjung mencari juadah berbuka, malah turut menjadi medan merapatkan silaturahim sesama kita tanpa mengira agama mahupun kepercayaan.

Saya teringat akan kisah yang berlaku tidak berapa lama dahulu di dalam bulan Ramadan, melibatkan seorang gadis beragama Islam yang bertugas di kaunter pembayaran dengan jumlah pelanggan yang ramai beratur panjang. Meskipun azan Maghrib telah berkumandang, gadis ini masih terus gigih bekerja sebelum pelanggan di depannya, seorang yang bukan beragama Islam, menawarkan sebotol air beliannya kepada gadis tersebut sambil menyatakan, "Tidak mengapa, berbukalah dahulu, kami tunggu."

Ini cuma satu daripada pelbagai kisah dan peristiwa menarik yang berlaku di bulan Ramadan yang boleh dijadikan teladan dan membuktikan bahawa sifat toleransi dan pemahaman antara agama dan kepercayaan berbeza masih teguh dipegang oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.

Sesungguhnya dalam kita berlumba-lumba dan berkejar-kejaran meraih pahala dan mencari syurga Allah SWT di dalam bulan Ramadan ini, ingatlah juga bahawa amalan dan ibadah kita tidak terhad semata-mata kepada hubungan kita dengan Allah SWT seperti solat, berpuasa dan sebagainya, tetapi juga amalan dan ibadah kita sesama manusia.

Semoga sama-sama kita menyambut kehadiran Ramadan ini dengan memperbaiki kedua-duanya, Insya-Allah.

https://www.najibrazak.com/bm/blog/menyambut-kehadiran-ramadan/?lang=bm

Penduduk Berang @RafiziRamli Mahu calon PAN Bom Parlimen

Published on 13 Jun 2016

Wakil penduduk Kuala, Mohd Halim Mohd Ali, 37 berkata, kenyataan Rafizi itu berunsur ancaman dan ia tidak seharusnya diucapkan.

Kuala Kangsar, 13 Jun--Mohd Halim Mohd Ali, 37 (tiga dari kiri) menunjukkan laporan Polis berkaitan kenyataan Setiausaha Agung Pkr, Rafizi Ramli yang membuat kenyataan mendesak calon Pan, Dr Ahmad Termizi Ramli menghasilkan sebutir bom untuk diletupkan di dalam Bangunan Parlimen di sini pagi ini. - Foto : MediaUMNO

"Di Kuala ini amat damai.. jangan buat perangai buruk di sini. Orang Kuala tidak suka perangai buruk. Boleh bercakap buat apa sahaja dalam keadaan aman di Malaysia khususnya di Kuala tapi janganlah sampai nak bunuh orang.. bakar orang… bom orang.. itu tidak boleh.

"Oleh itu saya dan beberapa orang rakan telah membuat laporan polis berdasarkan apa yang diviralkan di laman sosial.

"Saya tidak mewakili mana-mana NGO atau parti. Saya hanya penduduk dan pengundi di sini. Semalam empat laporan polis telah dibuat dan hari ini akan ada lagi laporan yang akan dibuat," ujarnya dalam sidang media di pusat media Kuala Kangsar hari ini.

Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan dalam ceramah kempen pilihan raya PAN di Kuala Kangsar didakwa telah mengeluarkan kenyataan mahu calon PAN yang merupakan seorang pakar nuklear membuat sebutir bom atom untuk dibaling dan diletupkkan di sidang parlimen. – MediaUMNO

https://m.youtube.com/watch?utm_medium=twitter&utm_source=dlvr.it&v=fFEb8JW1ZXA

Karikatur Dilema Calon PAN di #PRKSungaiBesar #PRKKualaKangsar

Anggota RELA Capai Hasrat Buka Pintu Kereta TPM @Zahid_Hamidi Sebelum Meninggal Kemalangan #PRKKualaKangsar

BANDAR KUALA KANGSAR - "Arwah begitu bersemangat sehingga sanggup membeli sarung tangan baru untuk membuka pintu kereta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi."

Demikian cerita Pegawai Rela Kuala Kangsar, Jasni Md Isa ketika menceritakan detik terakhir beliau bertugas bersama anggotanya, Zainul Fuad Zahar, 50, yang maut dalam kemalangan di Kampung Ketior, petang tadi.

Menurut Jasni, sebaik mengetahui Timbalan Perdana Menteri mahu berkunjung ke Kuala Kangsar, arwah bersungguh-sungguh meminta supaya dia ditugaskan di sana.

Tambahnya, dia keberatan untuk membenarkan pada mulanya namun kerana melihatkan semangat arwah, Jasni akhirnya berlembut hati dan membenarkan arwah bertugas di sana.

"Bila jumpa dia di Manong, arwah tunjukkan sarung tangan baru dibelinya. Dia kata itu istimewa untuk buka pintu kereta Timbalan Perdana Menteri.

"Saya rasa sangat terkilan kerana membenarkan dia bertugas di Manong. Namun, saya lega kerana hasrat terakhirnya tercapai juga.

"Mungkin sudah tertulis ajalnya begini tetapi rasa terkilan dan sedih tetap ada," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Kuala Kangsar, di sini, malam tadi.

Ujar Jasni, dia kehilangan seorang anggota yang sangat rajin serta komited dengan tugasnya meskipun terpaksa bekerja hingga lewat malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd Haq mengesahkan menerima laporan kejadian ketika dihubungi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha dipandu mangsa memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta.

"Mangsa dari Manong menghala ke Kuala Kangsar. Setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa mengubah haluan dan masuk ke laluan bertentangan.

"Sebuah Proton Exora yang berada di laluan bertentangan tidak sempat mengelak lalu berlanggar dengan motosikal mangsa.

"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

10 Jun 2016

Pas kutuk gambar badut Abdul Hadi - Politik - Sinar Harian

BANDAR KUALA KANGSAR - Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria menyelar tindakan pihak menampal poster Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diubah suai menjadi badut.

Tegasnya, provokasi tersebut merupakan tindakan terdesak bagi memburukkan Pas sempena kempen PRK Kuala Kangsar.

Menurutnya, tidak perlu melakukan perkara sedemikian kerana bukannya Abdul Hadi bertanding di Kuala Kangsar.

"Provokasi ini semuanya bermula daripada pemasangan 'billboard' semalam. Macam-macam mereka kata, cakap kita bersama Umno.

"Kalau kita mahu bersama Umno, kita tidak akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Macam mana boleh kata kita sokong Umno?

"Sekarang zaman politik matang. Kerja-kerja burukkan individu itu cerita lama," katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ditanya adakah beliau tahu pihak yang melakukan provokasi itu, Razman menegaskan beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak.

Ujarnya, semua pihak seharusnya mengelak melakukan provokasi seperti itu kerana ia akan menimbulkan suasana tidak harmoni.

"Kita menyelar tindakan pihak melakukan provokasi seperti ini. Nampak mereka ini terdesak untuk meraih sokongan.

"Mereka bimbang dengan sokongan diterima Pas jadi mereka cuba lakukan pelbagai cara untuk cetus provokasi seperti ini," ujarnya.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pas-kutuk-gambar-badut-abdul-hadi-1.530481

07 Jun 2016

Kemaluan kanak-kanak tersepit pada eskalator di Bagan Serai


07 Jun 2016 1:33 AM

BAGAI SERAI 6 Jun – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila kemaluannya tersepit pada eskalator di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa dipercayai duduk di atas eskalator yang sedang bergerak sehingga menyebabkan seluar dan kemaluannya tersepit.

Jurucakap bomba berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika mangsa Mohd. Rohaizad Abdul Rahman sedang menaiki eskalator bersama bapanya di pasar raya tersebut.

"Bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 8.06 malam dan sepasukan anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan 'crow bar' untuk mengumpil bahagian eskalator untuk menyelamatkan mangsa.

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyelamatkan mangsa dan operasi selesai sepenuhnya pada pukul 8.50 malam," katanya.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan namun pihaknya tidak menolak kemungkinan seluar dan kemaluan mangsa tersepit ketika duduk di atas eskalator yang sedang bergerak.

Katanya, setakat ini keadaan kecederaan mangsa tidak dapat dipastikan dan bahagian kema­luan mangsa yang tersepit berlaku pendarahan.

"Mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut," katanya.

BN tidak minat layan kerenah pembangkang – TPM @Zahid_Hamidi

06 Jun 2016 1:23 AM

SABAK BERNAM 5 Jun – Barisan Nasional (BN) tidak berminat melayan kerenah serta masalah dalaman pakatan pembangkang yang telah banyak menimbulkan masalah kepada rakyat negeri ini sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang bermula hari ini.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, BN sebaliknya lebih berminat untuk mendekati dan memahami keperluan rakyat sekali gus mencari jalan merungkai permasalahan yang dihadapi mereka.

Malah, kata beliau, BN turut mengambil kira kepentingan seluruh penduduk Sungai Besar dalam melaksanakan apa yang te­lah dirancang berdasarkan rekod kerja parti dan kepemimpinan di kawasan Parlimen itu sebelum ini.

"Kita (BN) tidak takbur, riak dan insya-Allah kita akan terus berada di barisan hadapan. Me­ngenai masalah dengan parti lawan, itu masalah mereka dan kita tidak mahu melayaninya.

"Kita akan bersama menjaga rakyat dan saya harap rakyat memberikan kepercayaan kepada BN," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas penamaan calon PRK Parlimen Sungai Besar di pekarangan Dewan Seri Bernam di sini hari ini.

PRK Parlimen Sungai Besar yang dijadual 18 Jun ini menyaksikan pertandingan sengit tiga penjuru melibatkan calon BN, Budiman Mohd. Zohdi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, ADUN Meru, Dr. Abdul Rani Osman serta calon PAN, Azhar Ab. Shukur.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, BN akan melakukan segmentasi isu kepentingan rakyat dalam PRK Parlimen berkenaan meliputi isu tempatan, isu kepartian serta nasional yang akan di­terjemahkan oleh jentera-jentera parti itu menerusi pendekatan ceramah dan sebagainya.

Malah, pihaknya juga yakin Budiman yang diamanahkan mewa­kili parti itu akan meneruskan kesinambungan kecemerlangan BN di kawasan Parlimen Sungai Besar.

Ketika ditanya mengenai PRK Parlimen Kuala Kangsar, Perak, Ahmad Zahid memberitahu, setakat ini perkembangan di kawasan itu cukup positif walaupun calon parti itu, Datin Mastura Mohd. Yazid tidak dapat muncul di khalayak ramai untuk berkempen.

"Kita yakin kepada hukum (idah) dan calon (Mastura) tak muncul di khalayak. Justeru, kita guna pendekatan multimedia de­ngan menyediakan bahan rakaman dan penyiaran akan dibuat kepada kumpulan sasaran yang telah dikenal pasti," ujarnya.

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/politik/bn-tidak-minat-layan-kerenah-pembangkang-8211-tpm-1.339210#sthash.6tfXayDO.dpuf

02 Jun 2016

Sultan Nazrin titah masjid anjur tarawih 20 rakaat

Sultan Nazrin titah masjid anjur tarawih 20 rakaat

SAYED HESHAM IDRIS
01 Jun 2016 4:09 PM

IPOH 1 Jun - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan semua masjid di negeri ini melaksanakan solat tarawih 20 rakaat di sepanjang bulan Ramadan.

Setiausaha Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) Dr. Aminuddin Muhamad berkata, ini untuk memenuhi keperluan dan niat para penduduk di sesuatu kariah yang berhajat menunaikan solat tarawih 20 rakaat.

Menurut beliau, bagaimanapun makmum yang berhasrat menunaikan solat tarawih kurang daripada 20 rakaat boleh berbuat demikian mengikut pilihan masing-masing.

"Semua masjid di negeri ini wajib memenuhi tanggungjawab untuk menyediakan imam dan bilal bagi memimpin solat tarawih 20 rakaat pada setiap malam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aminuddin berkata, Sultan Nazrin juga menitahkan supaya solat tarawih diutamakan dan dilaksanakan selepas solat sunat rawatib, iaitu solat sunat yang mengiringi solat isyak.

"Oleh itu program tazkirah adalah dilarang ketika solat sunat rawatib, solat tarawih serta di antara rakaat-rakaat semasa mengerjakan solat tarawih," katanya. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/sultan-nazrin-titah-masjid-anjur-tarawih-20-rakaat-1.337439#sthash.qULopeKu.dpuf

Menantu TPM @Zahid_Hamidi Meninggal Dunia - Al Fatihah


PETALING JAYA: Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, menantu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggal dunia pada Rabu malam.

Berdasarkan maklumat awal, suami kepada Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid itu dikatakan meninggal dunia akibat kehilangan oksigen.

Jenazah kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Nurulhidayah turut memuat naik gambar hitam putih beliau bersama Allahyarham suaminya itu di laman Instagram bagi memaklumkan mengenai berita sedih berkenaan.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/06/01/menantu-tpm-meninggal-dunia/

01 Jun 2016

PAS Kini berbaju Adat Melayu dan Bertanjak di Muktamar - Watch "PAS sedia timbang cadangan agihan semula kerusi PRU" on YouTube


Penampilan baru ini oleh Tuan Man dan Nik Abduh menunjukkan perubahan PAS selepas talak tiga dengan DAP.

Ciri Kemelayuan yang ditampilkan begitu drastik namun saya yakin ia akan mendapat respon bagus di peringkat pemerhati politik.

Perubahan dari PAS for All kepada PAS Melayu Islam  mungkin memudahkan pengikut PAS untuk menerima kehadiran UMNO.

Selepas beribu tan makian diterima akhirnya PAS kembali ke dasar baru yang menunjukkan kesediaan PAS untuk berubah mengikut pandangan Majlis Syura.

Ia juga berjaya terhasil selepas perpecahan besar menimpa PAS dengan Mat sabu telah berjaya menjadi Presiden sebuah parti baru bernama Parti Amanah Nasional atau PAN.

Meskipun begitu perpecahan ini membawa hikmah yang besar dan menjadi titik tolak pembersihan dalaman PAS dari golongan liberal sehingga golongan ulama kembali menguasai parti seperti dahulu.

Diharap hubungan intim PAS UMNO akan membawa kebaikan kepada Melayu Islam dan dijauhkan dari perpecahan dalaman yang diatur musuh yang bencikan perpaduan sesama Islam.

Kekuatan islam tidak akan membahayakan agama lain kerana kita sentiasa melaungkan slogan Islam ialah rahmat ke seluruh alam dan itulah amalan sebenar kita sebagai umat Islam mengikut ajaran Nabi Muhammad saw.

Saksikan video sidang media pemimpin PAS di bawah.

https://youtu.be/YPhoNW27Zao

TPM @Zahid_Hamidi : Penganugerahan projek HSR ambil kira pulangan kerajaan, rakyat

Zahid: Penganugerahan projek HSR ambil kira pulangan kerajaan, rakyat

31 Mei 2016 5:02 PM

TOKYO 31 Mei- Pemberian tender Projek Kereta Api Laju (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura bukan berlandaskan tawaran harga dan spesifikasi semata-mata, tetapi ia turut meliputi aspek sampingan lain yang akan memberi pulangan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pertemuannya dengan rakan sejawat, Taro Aso, dan berapa menteri negara matahari terbit tersebut, 'sangat berstruktur' yang turut menunjukkan mereka bersedia menawarkan pakej timbal balik kepada Malaysia.

Beliau berkata, Jepun cukup serius dalam mempromosikan produknya yang mempunyai rekod keselamatan yang baik.

"Mereka juga mempunyai teknologi yang tinggi serta berinovasi dan mereka yakin dengan adanya HSR ini, ianya akan merubah ekonomi Malaysia, terutama ia usaha sama antara Malaysia dan Singapura.

"Aspek-aspek begitu menjadi asas kepada mereka dalam menawarkan perkhidmatan dan produk di samping beberapa pakej kewangan dan program penyeimbangan.

"Tawaran terbaik bukan hanya berdasarkan harga dan spesifikasi, tetapi juga manfaat kepada kerajaan dan rakyat," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.

Terdahulu Ahmad Zahid mengadakan perjumpaan tertutup dengan Taro Aso, yang juga Menteri Kewangan serta perjumpaan dengan ahli Parlimen daripada Persatuan Persahabatan Parlimen Jepun-Malaysia.

Ditanya mengenai pakej timbal balas yang ditawarkan Jepun, beliau bagaimanapun enggan memperincikannya tetapi berkata, 'Malaysia amat memerlukan program penyeimbangan.'

Berhubung pendirian Malaysia mengenai pemberian projek, beliau menegaskan ia akan dibuat secara tender terbuka dan proses wajar juga akan dilakukan secara terbuka selepas perjanjian HSR itu di muktamadkan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menzahirkan hasrat untuk melihat Shinkansen, kereta api laju yang merupakan simbol kemegahan Jepun dalam bidang kejuteraan pengangkutan, untuk beroperasi di bumi Malaysia.

Semalam, Ahmad Zahid merasai sendiri pengalaman menaiki kereta api laju tersebut ke Sendai, menerusi perjalanan selama 90 minit dari Tokyo.

Perkhidmatan Shinkansen itu merangkumi laluan kira-kira 2,400 kilometer yang merentasi Jepun. - BERNAMA

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/zahid-penganugerahan-projek-hsr-ambil-kira-pulangan-kerajaan-rakyat-1.337066#sthash.ONyLKEce.dpuf

Cari Blog Ini

Translate