Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Januari 2016

BERNAMA - TPM @Zahid_Hamidi Sertai Solat Jenazah Kapten Hasman Hussin


Zahid Hamidi Sertai Solat Jenazah Kapten Hasman Hussin


ALOR GAJAH, 6 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kira-kira 300 yang lain hari ini menyertai solat jenazah Allahyarham Kapten Hasman Hussin di Surau Sekolah Agama Imtiaz Ulul Albab, Masjid Tanah di sini.

Solat jenazah diimamkan Pegawai Agama Angkatan Tentera Malaysia Mejar Wan Efendi Wan Mamat itu turut disertai Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Jenazah yang tiba kira-kira pukul 5.30 petang di masjid itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Solok Air Batu di sini yang terletak kira-kira 150 meter dari masjid tersebut.

Terdahulu jenazah Hasman tiba di Masjid As-Syuhada Kem Terendak di sini kira-kira 4.30 petang menaiki van jenazah dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Keranda jenazah sebaluti bendera Malaysia disambut lebih 1,500 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jenazah Allahyarham kemudiannya dipindahkan ke dalam keranda ATM dan disusuli dengan solat jenazah diimamkan Ketua Pengarah Kor Agama Angkata Tentera Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat.

Allah Yarham Hasman, 33, yang meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya hanyut dalam kejadian banjir di Missouri, Amerika Syarikat, tiba di tanah air kira-kira 1.18 tengah hari di KLIA sebelum dibawa ke Melaka.

-- BERNAMA


http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1204788


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate