Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 November 2015

Malaysia capai 95% Pulih Pengganas - TPM @Zahid_Hamidi #CHOGM

VALLETTA: Kejayaan Malaysia dalam melaksanakan pemulihan atau proses 'deradikalisasi' terhadap pengganas dan golongan ekstremis sudah mencapai tahap 95 peratus, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, kejayaan Malaysia dalam menangani pengganas sejak era komunis mendapat pengiktirafan dunia dan banyak negara menyatakan hasrat untuk mempelajari pengalamannya.

"Saya telah berkongsi fakta-fakta mengenai kejayaan kita mencegah, membanteras dan memulih pengganas pada Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) dan mereka mahu mempelajari cara kita melakukan deradikalisasi," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri CHOGM di sini, semalam. Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata, Malaysia menjemput rakan CHOGM untuk menghadiri Persidangan Deradikalisasi yang akan dianjurkan Kuala Lumpur pada 25 dan 26 Januari depan.

"Di situ kita akan berkongsi pengalaman kita. Malah kita juga menjemput beberapa negara Asean untuk berkongsi pengalaman mereka," katanya.

Ahmad Zahid berkata, selain Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara, kerajaan juga memutuskan untuk membabitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), golongan ulama dan pakar psikologi untuk memerangi serta memulih pengganas dan golongan ekstremis di Malaysia.

"Saya yakin program deradikalisasi di Malaysia boleh mencapai kejayaan 100 peratus dalam tempoh terdekat dengan usaha yang dilakukan pihak berkuasa," katanya.

Ahmad Zahid berkata, beliau juga berkongsi mengenai beberapa akta yang digubal Malaysia untuk mencegah dan memulihkan pengganas, termasuk Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan pencegahan pengganas luar negara dan pindaan kepada Kanun Keseksaan berkaitan keganasan, yang diterima baik pemimpin Komanwel.

Katanya, pemimpin Komanwel menganggap Malaysia sebagai negara Islam yang mengamalkan kesederhanaan.

"Saya memaklumkan semua akta itu bertujuan mengawal dan memerangi pengganas yang menerima latihan di luar negara, pengganas luar negara yang datang ke Malaysia, selain pengganas rakyat Malaysia yang menerima latihan di luar negara dan pulang untuk melakukan keganasan di dalam negara. "Pemimpin Afrika juga bercakap mengenai kumpulan Bako Haram di negara mereka.

Di Nusantara, khususnya kumpulan yang bertapak di Selatan Thailand dan Filipina mempunyai hubungan dan jaringan antarabangsa. "Ini kita khuatir. Jadi perlu ada langkah-langkah pencegahan drastik untuk mengawal mereka daripada melebarkan kegiatan di Nusantara dan ASEAN," katanya.

Ahmad Zahidi berkata, selain isu keganasan, pemimpin CHOGM juga banyak membincangkan isu imigran yang dihadapi banyak negara ketika ini. Beliau berkata, satu tata atur sedang diteliti untuk menangani isu imigrasi ini.

"Malaysia ada peraturan imigresen yang baik, termasuk bagaimana kita menerima pelarian dari Myanmar dan komitmen kita untuk menerima 3,000 pelarian Syria.

"Saya juga jelaskan kita ada pengalaman ketika menerima pelarian dari Bosnia-Herzegovina. Jadi, kita jadikan pengalaman itu sebagai acuan dalam pengurusan pelarian baru," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/100826?m=1

26 November 2015

Dakwaan Suresh melampau: Peguam Negara | Harian Metro

Dakwaan Suresh melampau: Peguam Negara

Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menafikan dakwaan adik kepada Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais bahawa kematian abangnya ada kaitan dengan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohamed Apandi berkata dakwaan Charles Suresh Morais itu melampau dan tidak masuk akal.

"Ketika Kevin Morais dipindahkan kembali ke Pejabat Peguam Negara pada awal Julai 2004, belum ada laporan berhubung 1MDB.

"Saya tegaskan Charles cuba menganggu proses mahkamah apabila dia memberi bayangan mereka yang kini sudah dihadapkan ke mahkamah, bukan orang membunuh Kevin Morais," katanya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS) daripada Nanning, China.

Mohamed Apandi berkata demikian mengulas dakwaan Charles melalui akuan bersumpah dalam permohonannya untuk mayat mendiang abangnya disimpan di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) sehingga bedah siasat kali kedua dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada :
Khamis, 26 November 2015 @ 3:29 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/95962?m=1#sthash.281en2KT.dpuf

http://www.hmetro.com.my/node/95962?m=1

24 November 2015

@TianChua jangan jawab menerusi media - Ahmad @Zahid_Hamidi

Tian Chua jangan jawab menerusi media - Ahmad Zahid
23 November 2015 6:46 PM

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua supaya memberi penjelasan dan keterangan kepada polis dan mahkamah berhubung dakwaan menjadi dalang mengatur pertemuan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H.Kiram.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Tian Chua tidak perlu menafikan pembabitannya dalam pertemuan Nurul Izzah dengan anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013, melalui media.

"Saya menasihatkan beliau tidak perlu menafikan melalui media, sila jawab kepada polis apabila kenyataan diminta daripada beliau dan sila beri keterangan dan penafian di mahkamah kalau beliau tidak terlibat," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Pada sidang media itu, Zahid turut mempertahankan kenyataan yang dibuat tengah hari tadi dan tidak akan menarik balik kenyataan itu.

"Beliau jawablah kerana hanya beliau sahaja yang tahu penglibatan beliau dalam penganjuran majlis di Manila dan juga pertemuan YB Lembah Pantai (Nurul Izzah) di Manila atas penganjuran beliau.

"YB Tian Chua telah menafikan penglibatan beliau dalam penganjuran majlis di Manila dan mengatur pertemuan dengan Jacel. Sekali lagi saya sebutkan beliau jangan menafikan melalui media. Jawab kepada polis dan menafikan di mahkamah," katanya.

Terdahulu, pada satu majlis hari ini, Ahmad Zahid mendedahkan bahawa Tian Chua bertanggungjawab dalam pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel.

"Anggota Parlimen Batu Tian Chua (adalah) orang yang bertanggungjawab menjalankan tindakan cara halus untuk menghubungkan apa yang dipanggil sebagai Kesultanan Sulu yang kononnya mahu menuntut semula wilayah kesultanan itu hingga ke Sabah.

"Jadi, saya harap Tian Chua berhati-hati dalam perbuatannya. Tian Chua harus lebih teliti dalam mengatur program untuk pemimpin-pemimpin partinya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China di sini.

Tian Chua menafikan dakwaan itu, dan menegaskan beliau dan Nurul Izzah berada di Filipina atas undangan pelbagai pihak termasuk parti politik negara itu. - BERNAMA

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/tian-chua-jangan-jawab-menerusi-media-ahmad-zahid-1.161589#sthash.uULTwyZq.dpuf

KU NAN NAFI MUHYIDDIN DIPECAT HARI INI

21 November 2015

Dr Zakir Naik: Teori Homoseks Dari Genetik Dicipta Oleh Pengkaji Juga Homoseks @Youtube

TPM @Zahid_Hamidi - Kertas Siasatan pertemuan Nurul Izzah | Harian Metro

Siasat pertemuan Nurul Izzah

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

Putrajaya: Kerajaan akan mengemukakan kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk melihat aspek perundangan yang boleh digunapakai untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang bertemu dengan puteri Jamalul Kiram III.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada segi kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen, terdapat beberapa tatacara yang boleh diambil oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat sekiranya terdapat usul untuk mengambil tindakan terhadap beliau.

"Secara operasi saya serahkan kepada pihak polis. Kerajaan berpendapat pertemuan itu sangat tidak dialu-alukan seolah-olah mencabar dan meletakkan orang Sabah sebagai mangsa kepada perbuatan oleh keluarga Kesultanan Sulu khususnya Jamalul Kiram III.

"Tindakan itu seolah-olah memberi pengiktirafan kepada pihak pencerobohan," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Luhut Binsar Panjaitand di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

http://www.hmetro.com.my/node/94475?m=1

08 November 2015

Gambar-Gambar Perasmian #ZikirPerdana 2015 Semalam di #Putrajaya

Perasmian Majlis Zikir Perdana 2015 dan Persatuan Tarekat Muktabar Malaysia @ PERTAMA oleh Menteri Wilayah Persekutuan Dato Seri Tengku Adnan Mansor mewakili TPM DS Dr Ahmad Zahid Hamidi disaksikan Menteri di JPM DS Jamil Khir Baharom semalam di Masjid Putra, Putrajaya.

Turut hadir KP Jakim Dato Othman Mustapha.

Berita Utusan Malaysia :

Susun atur kumpulan tarekat

HAKIMI ISMAIL
08 November 2015 12:52 AM

PUTRAJAYA 7 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru setiap kumpulan tarekat di Malaysia disusun atur supaya bukan sahaja menepati hak ilmu tetapi lebih dinamik serta progresif dalam memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan agama.

Ahmad Zahid berkata, setiap pejabat agama di setiap negeri juga perlu mencontohi Jabatan Mufti Negeri Sembilan dalam mewujudkan Jalsah Tarekat Sufiyyah yang bertanggungjawab mewujudkan enakmen tarekat untuk mengawal dan memantau aktiviti kumpulan tersebut.

Beliau berkata, pada 11 September lalu, Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (Pertama) telah didaftarkan secara rasmi sebagai pertubuhan yang sah di bawah Akta Pertubuhan 1966, ini merupakan sejarah bagi nama tarekat apabila telah berjaya membentuk satu badan organisasi yang sah di bawah undang-undang negara.

"Saya juga berharap Pertama dapat bersama-sama membantu dan bekerjasama dalam menangani fahaman yang terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti syiah, sekularisme, liberalisme dan lain-lain dengan meningkatkan cinta kepada Allah dan Rasul serta berpegang teguh dengan salah satu daripada empat Mazhab iaitu Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali.

"Kerjasama daripada semua pihak amat penting bagi memben­dung fahaman yang menyimpang daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengekalkan keharmonian dalam negara," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Zikir Perdana 2015 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga merupakan Ahli Parlimen Putrajaya.

Yang hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dan Yang Dipertua Pertama, Datuk Ashari Ibrahim.

Ahmad Zahid merangkap Menteri Dalam Negeri berkata, rakyat Malaysia terkenal dengan adab tatasusila yang diwarisi turun temurun daripada nenek moyang, namun hari demi hari budaya adab di negara ini terutama golongan Melayu semakin menurun akibat pengaruh budaya luar.

"Malahan menjadi kebimbangan bagi saya terhadap gejala-gejala sosial seperti penagihan dadah, keruntuhan akhlak dan moral, pembuangan anak, zina dan sebagainya yang melanda dalam masyarakat kita sekarang ini.

"Oleh itu, saya menyarankan agar semua pihak termasuk Pertama dapat bersama menyumbang tenaga dalam membendung isu-isu ini, saya difahamkan terdapat pelbagai golongan yang ada di dalam pertubuhan ini seperti guru pondok dan madrasah, pensyarah, ahli perniagaan dan lain-lain lagi," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mendoakan agar Pertama dapat membuat pembaharuan dan pembetulan dalam memainkan peranan positif ke arah membina insan madani sekaligus mewujudkan satu institusi yang tersohor di dalam pembangunan dakwah dan kerohanian di negara ini.

Zikir Perdana 2015 yang dianjurkan oleh Pertama dan Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (Budi) itu mendapat sambutan yang menggalakkan, terdahulu pada sebelah pagi pertubuhan tersebut turut menganjurkan Simposium Tarekat Tasawuf.

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/susun-atur-kumpulan-tarekat-1.155851#sthash.LsqFqdfI.dpuf

ZIKIR PERDANA #PUTRAJAYA DISERTAI 20 RIBU JEMAAH

Zikrullah 20,000 jemaah [VIDEO]

Oleh Siti A'isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my

Putrajaya: Suasana malam di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini, bergema dengan alunan zikir menerusi penganjuran Majlis Zikir Perdana, di Masjid Putra.

Biarpun hujan lebat sejak 5 petang, ia tetap tidak mematahkan semangat mereka untuk datang lebih awal malah berjalan sejauh hampir satu kilometer untuk turut serta mengimarahkan masjid.

Pada masa sama, majlis berkenaan dianggap sebagai 'Himpunan Ahli Zikir Terbesar di Malaysia' serta dihadiri ulama antarabangsa daripada 10 negara di serata dunia.

Selepas solat Maghrib secara berjemaah, majlis bermula dengan Ratib Al-Attas, Asma Ul-Husna sebelum berhenti untuk solat Isyak secara berjemaah.

Kemudian, ia diteruskan dengan Selawat Nariyah, Khatam Khawajagan, Zikir Munajat, ceramah perdana, Doa Merdeka, Doa Imam Ghazali dan doa penutup.

Program berkenaan dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, serta dihadiri kira-kira 20,000 umat Islam daripada pelbagai peringkat usia seluruh negara.

Beliau turut merasmikan Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) pada majlis berkenaan.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) Datuk Othman Mustapha dan Yang Dipertua PERTAMA, Datuk As'ari Ibrahim.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91533?m=1#foto

06 November 2015

Senarai Ulama kita & Ulama Dunia Akan Sertai #ZikirPerdana Esok di #Putrajaya

Dato'/Datin/Tuan/Puan/Cik/Saudara/Saudari

atas keizinan Allah SWT, sehingga kini, senarai Ulama' yang akan hadir bersama kita di Majlis Zikir Perdana pada 7 November 2015 ini dan akan berarak adalah seperti berikut:

1. Malaysia
- sahibuh samahah Dato' Seri Dr Haji Abd Rahman Bin Haji Osman
- Dato' Hj Othman Bin Mustapha
- Ariff Billah Tuan Guru Abd Hamid(Pak Su Mid ) kedah
- Tuan Guru Dr Jahid Sidek
- Habib Husin Alwi Al-Attas
- TG Sheikh Abdul Raof
- Habib Ali Zainal Abidin
- Tun Sakaran Dandai
- Dato' Haji Mohd Murtadza Bin Haji Ahmad
- TG Syeikh Hj Mohammad Sabri
- Ustaz Dr Zamihan bin Mat Zin Al-ghari
- Maulana Wan Aswadi Mujaddidi DB
- Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al-Hamid
- Maulana Juhari
- Moulvi Othman
- Maulana Wan Helmi
- Ustaz Mohd Gunawan
- Prof Madya Dr Syed Hadzrullatfi Bin Syed Omar
- Dr Ahmad Najaa' Bin Mokhtar
- Dr Abdul Rahman Bin Mahmod
- Dr Mahyuddin Bin Ismail
- S.S Datuk Mohd Suhaili Said
- S.S Dato' Hj Yahya Bin Ahmad
- Hj Ahmad B Hj Tunggal
- Dato' Sheikh Harun Bin Sheikh Ismail

Dan para ulama lain

2. Indonesia

- Sheikh Rohimuddin Nawawi albantani
- Dr Kh Muhammad Dhiyauddin Khuswandi
- Dr Kh. Ahmad Fauzi Tidjani MA
- Dr. Kh. Hamdan Muin MA
- Kh. Moh. Shopandi Nawawi
- KH Mas'udi Busyeri
- Prof Dr. Abdul Hadi
- Dr Abdullah zaenal abidin
- Dr Hamdi Abdillah Husin
- Kh Nuril Anwar

3. Patani

-  Tn gr baba hj.Moohamad Hayeesama                      
-  Tn gr hj.Gazali Uka-ah
-  Tn gr hj.Dolloh Seniman
-  Tn gr hj.Abdulloh More
- Tn gr hj.Ma Kuteh (p.Makmawi) nitanjung
- Sheikh Baba Hj. Abdul Karim Hj. Isa Al Fatoni

4. Canada
- Sheikh Faisal Hamid Abdur Razak

5. USA
- Sayyid Subhani Mohammed Tajuddin

6. Turkey
- Assoc Prof Dr Dilaver Selvi
- Prof Dr Muhammad Hamza
- Fatih Capadag
- Ali Fiat Karaman
- Atil Yalcin
- Maulana Yakub Alarcin

7. Syria
- Sheikh Mahyuddin As-Syazzuli

8. Yaman
- Sheikh Samih Al Kuhaali
- Habib Musthofa Al Had an
- Sheikh Niyaz Hishomudin
- Dr Umar Baghus

9. Bangladesh
- Maulana Muhammad Mujaddidi DB

10. Mesir
- Dr Ashraf Saad Al Masri

11. Singapura
- Ustaz Abu Zaki Yusof Al-Singafori

Hadir bersama kami ke "Himpunan Ahli-Ahli Zikir terbesar di Malaysia."

#ZIKIRPERDANA
Masjid Putra, Putrajaya
7hb November 2015
5.00 ptg - 10.00 mlm

Terbuka untuk semua muslimin dan muslimat.

Sh Abd Kareem b Said Khadaied
SUA
PERTAMA
5 NOV 2015. 10pagi

Untuk mengikuti secara live streaming sila ikut langkah di bawah.

.................Bismillah .........................
l Online Majlis Ilmu Siaran Langsung l
Zikir Perdana l Sabtu l 7 November 2015 l

In Sha Allah,jika berkelapangan dan di beri izin penganjur dan pehak Masjid, ada 3 sesi yg jangka akan di buat rakaman dan livestreaming.

LiVe 4.40pm [07112015] Majlis Zikir Perdana & Perasmian Pertubuhan Tariqat Muktabar Malaysia@Masjid Putra,Putrajaya

Tonton di https://www.youtube.com/watch?v=q84XrdVA1rI

LiVe 7.40pm [07112015] Majlis Zikir Perdana & Perasmian Pertubuhan Tariqat Muktabar Malaysia@Masjid Putra,Putrajaya

Tonton di https://www.youtube.com/watch?v=yrL0IvYTckk

LiVe 9pm [07112015] Majlis Zikir Perdana & Perasmian Pertubuhan Tariqat Muktabar Malaysia@Masjid Putra,Putrajaya

Tonton dihttps://www.youtube.com/watch?v=fkoCRLYsATs

BANTU ADMIN..DNG 3 LANGKAH MUDAH..

[1]subscribe [langgan] channel youtube ADMIN,

[2]LIKE setiap video yg diterbitkan.

[3]Share video via Facebook atau twetter

Mari bersama-sama niat azam untuk menghadirkan diri bersama-sama berada di Taman-taman SyurgaNya.
atau sekurang2nya hebahkan pada rakan2 yg lain. Barakallohu lakum

Kandungan Perjanjian TPPA di portal MITI

Kandungan Perjanjian TPPA sudah boleh diakses di portal MITI

http://fta.miti.gov.my/index.php/pages/view/267

Teks TPPA dihebahkan umum dalam 24 jam

05 November 2015 1:50 PM

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Teks kandungan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan dihebahkan kepada umum dalam tempoh 24 jam ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebentar tadi.

Menurut beliau, kandungan perjanjian berkenaan bakal dimuat naik dalam laman web kementeriannya dan beliau juga akan mengeluarkan kenyataan mengenainya.

"Kerajaan berpendapat apabila perjanjian ini dihebahkan kepada umum dan kita juga ada kajian analisis perbandingan serta ada banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ini akan menjadi input untuk ahli-ahli Parlimen membuat perbahasan kelak," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Mustapa, berdasarkan perancangan kerajaan, TPPA akan dibentangkan di sidang Dewan Rakyat dalam tempoh tiga bulan ini untuk dibahaskan dan dibuat keputusan. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/teks-tppa-dihebahkan-umum-dalam-24-jam-1.154923#sthash.y3Phybd2.dpuf

05 November 2015

Kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh tidak bermotif keuntungan - TPM @Zahid_Hamidi #dszh

Kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh tidak bermotif keuntungan

04 November 2015 7:54 PM

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyangkal dakwaan bahawa hasrat kerajaan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh adalah bermotifkan 'keuntungan perniagaan'.

Beliau berkata, sebaliknya keputusan itu dibuat berdasarkan permintaan daripada persatuan majikan sendiri yang lebih terdorong memilih pekerja asing dari Bangladesh.

"Setakat ini daripada profil pekerja, tidak ada prejudis, kesetiaan pekerja Bangladesh lebih baik daripada pekerja negara-negara lain, lebih amanah misalnya menjaga kaunter dan stesen minyak.

"Jangan mudah nak tuduh ini adalah mengenai wang, ini adalah perhambaan moden ... kerajaan memang sentiasa berusaha mencari jalan agar keadaan ini tidak berlaku," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat.

Beliau juga memberitahu dewan bahawa kemasukan 1.5 pekerja asing warga Bangladesh itu masih belum berlaku kerana tiada sebarang perjanjian berkaitan perkara itu telah ditandatangani pihak kerajaan.

Pada 25 Jun lepas, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan berkata sebanyak 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.

Beliau juga dilaporkan berkata usaha untuk membawa masuk pekerja asing dari Bangladesh sebanyak 1.5 juta orang itu hanya akan dilakukan selepas menghantar pulang pekerja asing tanpa izin yang berada di negara ini.

Mengenai keganasan, Ahmad Zahid berkata, setakat ini, 179 orang yang terlibat dengan elemen-elemen keganasan, termasuk 136 daripadanya terlibat dengan elemen kumpulan militan IS, telah ditahan polis sejak 2013 hingga 2 November lalu.

Katanya, daripada itu, 15 orang adalah penjawat awam dan anggota Angkatan Tentera Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, kejayaan Malaysia dalam menderadikalisasi individu-individu yang terlibat dalam keganasan militan dan keganasan turut mendapat tumpuan negara lain.

Katanya, Malaysia telah memulakan program pemulihan ke atas bekas anggota-anggota komunis sejak 1948 dan tidak kurang daripada 97 peratus daripada mereka ini telah dapat dipulihkan.

Kini program itu digunakan untuk memulihkan mereka yang terlibat dengan keganasan militan dan terrorism, kata beliau.

"Program deradikalisasi kita telah menjadi contoh kepada banyak negara," katanya.

Ahmad Zahid berkata, kejayaan negara dalam aspek ini juga diiktiraf oleh negara lain apabila Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Persidangan Deradikalisasi pada 25 dan 26 Januari depan. - Bernama

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/kemasukan-1-5-juta-pekerja-bangladesh-tidak-bermotif-keuntungan-1.154481#sthash.qugqlDY5.dpuf

Panglima dah tengok statistik jumpa info Bangladesh masuk Malaysia anggaran yang normal seperti sebelum ini.

Lebih penting ialah jumlah pekerja asing ditentukan oleh jawatankuasa kabinet.

Paling penting kedatangan mereka selepas pendatang tanpa izin diusir keluar negara.

Pengalaman kita juga mendapati Bangladesh lebih bagus banding dengan yang lain.

#ZikirPerdana di #Putrajaya Sabtu ini | Berita Harian

Zikir Perdana di Putrajaya Sabtu ini

RABU, 4 NOVEMBER 2015 - 12:52 PM

Oleh Syed Azwan Syed Ali syedazwan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Lebih 200 ulama dan tokoh agama dari dalam dan luar negara dijangka hadir pada majlis Zikir Perdana yang akan diadakan di Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya, Sabtu ini. Himpunan terbesar ahli zikir itu dijangka mengumpulkan lebih 30,000 hadirin.

Sekurang-kurangnya 30 ulama besar termasuk dari Makkah, Turki, Syria, Indonesia, Pakistan, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada mengesahkan untuk hadir.

Majlis zikir bertemakan "Selamat Datang ke Taman Syurga di Dunia" itu dianjurkan Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA).

Setiausaha Agung PERTAMA, Sheikh Abd Kareem S Khadaied, berkata himpunan zikir itu diadakan julung-julung kalinya dan mendapat sokongan penuh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Majlis ini terbuka untuk semua pihak. Kita mohon untuk para hadirin datang selepas Asar serta membawa sejadah masing-masing kerana dijangka ramai yang hadir," katanya pada sidang media di Publika, Solaris Dutamas di sini, hari ini.

Katanya, majlis zikir itu akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ditanya mengenai tuduhan sesetengah pihak kononnya majlis zikir itu melalaikan, Sheikh Abd Kareem berkata: "ia melalaikan kita daripada membuat maksiat".

Majlis Zikir Perdana itu akan bermula jam 5 petang hingga 10 malam dimulakan dengan perarakan ulama dan tokoh agama dari dalam dan luar negara.

"Harapan kami semoga majlis zikrullah ini diredhai Allah dan turunkan rahmat ke atas negara ini," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/94270?m=1

04 November 2015

PDRM jalin kerjasama dengan 28 NGO - TPM @Zahid_Hamidi

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan 28 badan bukan kerajaan (NGO) pencegahan jenayah yang telah ditubuhkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara selamat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,  kesemua NGO berkenaan ditubuhkan berlandaskan objektif yang sama dengan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) iaitu bagi membantu menurunkan kadar jenayah di negara ini.

Menurut beliau, sejak empat tahun kebelakangan ini, kadar jenayah di Malaysia telah mencatatkan penurunan sebanyak 40 peratus dan untuk pertama kali pada tahun lalu, peratusan jenayah curi kenderaan juga turut mencatatkan penurunan sebanyak 20 peratus.

“Kejayaan penurunan ini adalah berikutan kerjasama dengan agensi-agensi terlibat seperti PDRM, Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK), dan Jabatan Penjara yang berusaha dalam menjadikan Malaysia sebuah negara selamat,”katanya ketika sidang media selepas merasmikan Persidangan Meja Bulat Kearah Menuju Malaysia Selamat yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby.
 
Penjelasan Majlis Fatwa Kebangsaan Isu Zikir Menari Untuk Mufti Perlis @RealDrMaza Teliti

Rujuk durasi minit 2 berhubung pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan yang tidak menegah pergerakan badan ketika berzikir.
 
Namun keputusan ini cuba dinafikan oleh Mufti Perlis. Dan dilihat selari dengan kenyataan  Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Al Bakri yang disebut dalam tulisan Asri di sini http://drmaza.com/home/?p=2857

Tulisan Mufti Wilayah Persekutuan cenderung dengan  pandangan Dr Asri anda boleh baca di sini http://www.muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=236:penjelasan-berhubung-hukum-zikir-menari&catid=42&Itemid=334

Mereka bersandar kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tahun 2000 seperti yang dipetik oleh Utusan Malaysia melalui kenyataan Ketua Pengarah JAKIM 15 April 2015 di sini  http://www.utusan.com.my/berita/nasional/islam-larang-zikir-sambil-menari-8211-jakim-1.81090

Percanggahan antara Majlis Fatwa dan KP JAKIM telah mengelirukan rakyat, maka ada pihak telah mengkaji hujah yang dikemukakan dan anda boleh membacanya di sini.

Analisis Ilmiah 10 Kesilapan dalam Artikel Dr. Zulkifli Bakri Isu Zikir Menari 
http://www.aswj-rg.com/2015/04/analisis-ilmiah-10-kesilapan-dalam-artikel-dr-zulkifli-bakri-isu-zikir-menari.html

atau  
 
baca sahaja pandangan Mursyidul AM PAS TG Dr Harun Din seorang yang dikenali umum mahir bab tasauf / zikir ini http://www.harakahdaily.my/pandangan-haron-din-berkenaan-zikir-sambil-menari

Kita percaya kekeliruan KP Jakim barangkali kerana laporan pegawai bawahan yang tidak sama dengan pandangan Jawatankuasa Fatwa. Perbezaan ilmu antara pakar rujuk bertaraf Prof / Ulama di Majlis Fatwa dan pegawai JAKIM lulusan agama Timur Tengah atau dalam negara, menatijahkan kekeliruan ini di tengah masyarakat.

Diharap pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu dirujuk semua pihak bukan membuat pandangan peribadi sehingga mengelirukan ramai pihak. Ini selari  berdasarkan kaedah IJMAK ULAMA merupakan pegangan kita selepas Al Quran dan Hadis Nabi saw. Majoriti ulama menerima pergerakan badan semasa alunan zikir bukan menolaknya.
 
Menari semasa berzikir bukan sama menari di disko atau majlis tari menari maksiat. Menari menggerakkan badan kerana mengingati Allah bukan kerana hawa nafsu syaitan laknatullah.

Think global, Zahid tells SMEs By TASNIM LOKMAN - 4 November 2015 @ 10:29 AM KUALA LUMPUR: Internationalisation holds the key towards greater resilience for Small and Medium Enterprises (SME), and will open more opportunities for resources such as investment, innovation and diversification, says Deputy Home Minister Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. He said research suggests that SMEs with internalisation tend to report higher turnover growth and demonstrate higher employment growth. "Even for SMEs that are designed to serve only their domestic market, it is still very important for them to have a global perspective in order to gain a competitive edge. "While there is no doubt that, becoming internationally active is good for business, I am also aware of the various challenges facing SMEs aspiring to internationalise. "Apart from access to funding, the top five barriers to SME internalisation have been information-related, such as access to new markets, and identifying foreign business opportunities," he said at the 11th World Islamic Economic Forum (WIEF) today. Zahid said SMEs make up more than 95 per cent of total business establishments across Asean and generate 50 to 85 per cent of total domestic employment. SMEs, he noted, contributes 20 to 50 per cent of Gross Domestic Product across Asean nations. 113 reads Deputy Home Minister Datuk Seri Dr Zahid Hamidi (fourth from left) arriving at the 11th World Islamic Economic Forum (WIEF) in Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Pix by Aizuddin Saad

Read More : http://www.nst.com.my/news/2015/11/think-global-zahid-tells-smes

Cari Blog Ini

Translate