Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Disember 2015

@Zahid_Hamidi Harap Perhimpunan Muhyiddin Diadakan Dalam Bentuk Silaturrahim - Utusan Online


Ahmad Zahid harap perhimpunan Muhyiddin diadakan dalam bentuk silaturahim

THOMAS CHONG
07 Disember 2015 2:01 PM

PUTRAJAYA 7 Dis. - Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap perhimpunan yang akan diadakan bersama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam ini akan dijalankan dalam bentuk silaturahim.

Ahmad Zahid berkata, beliau berharap, perhimpunan yang dianjurkan tidak menjadi platform untuk menghentam mana-mana individu.

Beliau juga yakin Muhyiddin tidak berhasrat untuk menjadikan UMNO berpecah dengan menganjurkan perhimpunan itu tetapi sekadar untuk melontarkan pandangan dan pendapat.

"Perjumpaan seperti ini dibenarkan mengikut perundangan tetapi mungkin tidak harus diadakan dalam segi tata etika UMNO. Saya bagaimanapun faham kerana mungkin tiada ruang yang secukupnya sehingga mereka mencari alternatif untuk melontarkan pendapat.

"Saya harapkan ahli UMNO gunakan perhimpunan agung untuk membentuk silaturahim dan tidak menggunakan platform lain untuk membentuk atau mengukir peta baharu dalam landskap politik di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Menteri Perundangan Australia, Michael Keenan di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Muhyiddin dijadual mengadakan suatu perhimpunan untuk menyampaikan amanatnya di ibu negara pada malam ini. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/ahmad-zahid-harap-perhimpunan-muhyiddin-diadakan-dalam-bentuk-silaturahim-1.166595#sthash.1Gux7Sne.dpuf

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate