Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 November 2015

#ZikirPerdana di #Putrajaya Sabtu ini | Berita Harian

Zikir Perdana di Putrajaya Sabtu ini

RABU, 4 NOVEMBER 2015 - 12:52 PM

Oleh Syed Azwan Syed Ali syedazwan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Lebih 200 ulama dan tokoh agama dari dalam dan luar negara dijangka hadir pada majlis Zikir Perdana yang akan diadakan di Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya, Sabtu ini. Himpunan terbesar ahli zikir itu dijangka mengumpulkan lebih 30,000 hadirin.

Sekurang-kurangnya 30 ulama besar termasuk dari Makkah, Turki, Syria, Indonesia, Pakistan, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada mengesahkan untuk hadir.

Majlis zikir bertemakan "Selamat Datang ke Taman Syurga di Dunia" itu dianjurkan Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA).

Setiausaha Agung PERTAMA, Sheikh Abd Kareem S Khadaied, berkata himpunan zikir itu diadakan julung-julung kalinya dan mendapat sokongan penuh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Majlis ini terbuka untuk semua pihak. Kita mohon untuk para hadirin datang selepas Asar serta membawa sejadah masing-masing kerana dijangka ramai yang hadir," katanya pada sidang media di Publika, Solaris Dutamas di sini, hari ini.

Katanya, majlis zikir itu akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ditanya mengenai tuduhan sesetengah pihak kononnya majlis zikir itu melalaikan, Sheikh Abd Kareem berkata: "ia melalaikan kita daripada membuat maksiat".

Majlis Zikir Perdana itu akan bermula jam 5 petang hingga 10 malam dimulakan dengan perarakan ulama dan tokoh agama dari dalam dan luar negara.

"Harapan kami semoga majlis zikrullah ini diredhai Allah dan turunkan rahmat ke atas negara ini," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/94270?m=1

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate