Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 November 2015

PDRM jalin kerjasama dengan 28 NGO - TPM @Zahid_Hamidi


Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan 28 badan bukan kerajaan (NGO) pencegahan jenayah yang telah ditubuhkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara selamat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,  kesemua NGO berkenaan ditubuhkan berlandaskan objektif yang sama dengan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) iaitu bagi membantu menurunkan kadar jenayah di negara ini.

Menurut beliau, sejak empat tahun kebelakangan ini, kadar jenayah di Malaysia telah mencatatkan penurunan sebanyak 40 peratus dan untuk pertama kali pada tahun lalu, peratusan jenayah curi kenderaan juga turut mencatatkan penurunan sebanyak 20 peratus.

“Kejayaan penurunan ini adalah berikutan kerjasama dengan agensi-agensi terlibat seperti PDRM, Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK), dan Jabatan Penjara yang berusaha dalam menjadikan Malaysia sebuah negara selamat,”katanya ketika sidang media selepas merasmikan Persidangan Meja Bulat Kearah Menuju Malaysia Selamat yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby.
 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate