Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Mei 2015

Kenyataan Penuh KP JAKIM Isu Laporan Khas Tiga Hari Utusan Malaysia

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
ISU TAREKAT (MERUJUK LAPORAN EKSKLUSIF UTUSAN MALAYSIA)

1. Amalan tasawuf sememangnya dituntut dalam Islam kerana dengan mengamalkannya dapat membersihkan jiwa, mengamalkan akhlak terpuji dan boleh membuang amalan yang dikeji. Salah satu cara untuk mengamalkan tasawuf adalah melalui tarekat. Suka Jakim menyatakan bahawa semua tarekat adalah adalah dibenarkan kecuali setelah dikaji, dibuktikan dan diputuskan ia bertentangan dengan syariat Islam. Secara keseluruhannya Jakim menganggap semua tarekat adalah baik selagimana tiada salah faham terhadap konsep-konsep tertentu dalam tarekat. (Para wajib)

2. Jakim bersama-sama dengan Jabatan Agama Islam Negeri sentiasa memantau isu-isu berkenaan dengan tarekat berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai termasuklah isu habaib. Walau bagaimanapun, sebagaimana kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan; Tan Sri Prof Dato' Dr Abdul Shukor Hussin pada 20 April 2015 yang lalu, kumpulan habaib tidak boleh dikaitkan dengan kumpulan Tarekat Naqsyabandiah Al A'liyyah selagi belum dapat dibuktikan. (Para wajib)

3. Sebelum sesuatu keputusan diambil dan diputuskan di peringkat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Jakim akan memastikan setiap keputusan yang diambil adalah berasaskan kajian terperinci dan mekanisme yang telah ditentukan. Setiap hasil laporan kajian yang dibuat oleh Jakim akan dibentangkan dalam Panel Pakar Akidah (PPA) sebelum dibawa kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

4. Panel Pakar Akidah Jakim adalah terdiri daripada 15 orang pakar dari pelbagai disiplin ilmu khususnya dalam bidang aqidah, tasawuf dan aliran pemikiran.

5. Bagi menentukan kesahihan sesuatu ajaran dalam tarekat tersebut, Panel Pakar Akidah akan memanggil ketua atau wakil dari kumpulan tarekat berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dengan amalan-amalan yang terdapat dalam tarekat tersebut.

6. Ini bermakna, Jakim tidak mengambil mudah dalam membuat sesuatu keputusan dan jawatankuasa menimbang sesuatu perkara dengan begitu teliti termasuklah memanggil dan bertemu dengan wakil kumpulan berkenaan beberapa kali serta melihat sendiri amalan mereka sehinggalah kita benar-benar berpuas hati.

7. Sehubungan dengan itu, saya menasihati orang ramai agar merujuk kepada pihak berautoriti agama dalam memastikan setiap maklumat yang diterima adalah tepat dan tidak mengelirukan.                                                                                                                                    
Sekian dimaklumkan, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

'Saya Yang Menurut Perintah'
DATO' HAJI OTHMAN MUSTAPHA
25 Mei 2015

Namun yang disiarkan hanyalah sekerat dan tidak sepenuhnya...

Apa agenda sebenar Utusan Malaysia ni?

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate