Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Mac 2015

@KPPenjara @PenjaraMalaysia Ulas Layanan Kepada Banduan Nama @anwaribrahim - Utusan CC @kdnputrajaya @zahid_hamidi @najibrazak

Nasional - Utusan Online
Panglima telah beberapa kali menjawab berhubung lontaran kemusykilan penulis alam maya berkenaan layanan terhadap Anwar Ibrahim di penjara.

Setiap kali persoalan timbul maka panglima dan rakan-rakan akan berusaha mencari jawapan dari pihak bertanggungjawab untuk memeriksa kesahihan dakwaan mereka utarakan.

Didahului dengan penafian bahawa Anwar mendapat layanan istimewa oleh Menteri dalam Negeri kemudian diikuti penjelasan Ketua Pengarah Penjara sendiri.

Semua ini bagi memberikan penjelasan walaupun kita sedar bukan mudah memuaskan hati orang.

Bukan sedikit yang menimbulkan persoalan ini namun ahmadulillah satu persatu dapat dijawab dengan harapan ia mampu mengelakkan kita bertelingkah akibat hasutan pihak PKR yang mahu menjadikan penjara sebagai mangsa keadaan.

Terima kasih atas kesudian anda membantu menjelaskan perkara sebenar. Jasa anda akan dibalas oleh Allah sebagaimana janjiNya yang disebut dalam Al Quran bahawa perkara baik akan dibalas dengan baik.


Layanan, kemudahan Anwar di penjara saksama

"Laporan mesti dilakukan secara bertulis kepada pegawai yang menjaga banduan berkenaan, malah hasil pemeriksaan dan syor pakar perubatan Anwar adalah untuk menempatkannya di Hospital Penjara Sungai Buloh. Penempatan itu telah dilaksanakan sebelum pertemuannya dengan Mohamed Azmin pada 25 Februari lalu," ujarnya.

Tambahnya, tentang pertukaran Pegawai Penjara yang bertanggungjawab melaksanakan kawalan keselamatan Anwar pula, ia dilakukan setiap bulan.

"Pertukaran pegawai berlaku setiap bulan yang dilakukan atas kepentingan perkhidmatan dan kebajikan pegawai terlibat, malah Pengarah Penjara tidak mempunyai sebarang kuasa terhadap pertukaran tersebut," katanya.

"Bagi kawalan semasa perhimpunan solidariti yang berlangsung setiap malam di hadapan penjara, ia bertujuan menjaga keselamatan, sekali gus bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang mampu menjejaskan keselamatan penjara," katanya.




Penjelasan KP Penjara sebelum ini:


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate