Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Februari 2015

Kes Sirul - Menteri Imigresen Australia Peter Dutton enggan ulas - Nasional - Utusan Online

Nasional - Utusan Online


Ahmad Zahid Hamidi berjabat tangan dengan Petter Dutton ketika

PUTRAJAYA 26 Feb. - Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang melarikan diri ke Australia boleh dibawa balik jika diberi pengampunan, dengan hukuman gantung ditukar kepada penjara seumur hidup.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika pengampunan diberikan, maka kerajaan mungkin boleh membawa balik Sirul Azhar melalui perjanjian ekstradisi yang ada antara Malaysia dengan Australia.

"Kalau pengampunan diberikan iaitu daripada hukuman gantung kepada penjara seumur hidup, maka kita ada hak untuk minta Sirul Azhar dibawa balik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Imigresen dan Kawalan Sempadan Australia, Peter Dutton di Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dutton enggan memberi ulasan tentang soal ekstradisi Sirul Azhar walaupun di­tanya berkali-kali oleh pemberita.

Ketika diajukan pertanyaan tentang Sirul Azhar, beliau sekadar berkata, pihak Australia akan meneliti dan mempertimbangkan sebarang permohonan untuk ekstradisi.

"Undang-undang berhubung pri­vasi di Australia sangat ketat dan menghalang saya berbicara tentang kes individu. Proses perundangan Australia perlu diikuti dan kadang­kala mungkin mengambil masa yang lama," katanya.

Ditanya sama ada Sirul Azhar akan didakwa di Australia dan tentang visa rakyat Malaysia itu, Dutton sekali lagi enggan mendedahkan sebarang maklumat.

"Saya tak mahu komen tentang kes individu, perkara itu tertakluk kepada undang-undang di Austra­lia," katanya.

Mahkamah Persekutuan pada bulan lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota UTK iaitu Sirul Azhar dan Azilah Hadri selepas mereka didapati bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu kira-kira sembilan tahun lalu.

Walaupun sudah ditahan pegawai Imigresen di Queensland, Australia, pihak berkuasa negara itu bagaima­napun dilaporkan tidak akan meluluskan permohonan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang Sirul Azhar.

Media Australia melaporkan Jabatan Peguam Negara Australia tidak akan memenuhi permohonan Malaysia kerana ia melibatkan hukuman mati.



Sent from my iPhone

Australia Akan Timbang Permohonan Ekstradisi Sirul - Dutton | mStar



PUTRAJAYA: Kerajaan Australia akan 'menimbang' semua permohonan ekstradisi, termasuk melibatkan Koperal Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan kerana membunuh, kata seorang menteri Australia. 

Menteri Imigresen dan Perlindungan Sempadan, Peter Dutton berkata perkara berkaitan Sirul Azhar itu ditimbulkan pada perjumpan beliau dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, Khamis. 

Dutton bagaimanapun, menegaskan bahawa perkara itu melibatkan proses undang-undang yang ketat. Ketika mengesahkan kepada wartawan bahawa penghantaran pulang Sirul Azhar adalah antara topik yang dibangkitkan pada perjumpan dengan Ahmad Zahid, Dutton berkata: "Perkara ini boleh memakan masa yang panjang. Kami menghormati sepenuhnya negara anda, kedaulatan undang-undang anda. Namun, ia perlu melalui satu sistem undang-undang yang amat ketat." 

Sirul Azhar ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan, ketika mengubah keputusan Mahkamah Rayuan, mendapatinya dan Cif Insp Azilah Hadri, bersalah kerana membunuh model sambilan Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada 2006.  

Mahkamah Persekutuan kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadap Sirul Azhar.   

Pada 20 Jan, Sirul Azhar dilaporkan ditangkap pihak berkuasa imigresen di Queensland, Australia, kerana melakukan kesalahan imigresen. 

Laporan itu juga menyebut bahawa dia ditahan di pusat tahanan imigresen. 

Pada 16 Januari lepas, the Sydney Morning Herald melaporkan bahawa kerajaan Australia tidak akan melayan permintaan kerajaan Malaysia supaya menghantar balik Sirul Azhar. |

Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seseorang itu diekstradisi bagi menghadapi kesalahan yang membawa hukuman mati. 

Dutton juga dihujani soalan oleh pemberita tentang bagaimana Sirul Azhar boleh membuat dan menerima panggilan telefon berikutan dakwaan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar bahawa beliau berjaya menghubungi bekas anggota unit tindakan khas itu.

Bagaimanapun, Dutton berkata beliau tidak dapat menyatakan sama adamana-mana individu di Malaysia telah menelefon Sirul Azhar.  

"Itu sesuatu yang saya tidak dapat sahkan atau nafikan," katanya. 

Isnin lepas, Mahfuz membuat pengesahan di hadapan para wartawan tempatan danantarabagsa bahawa beliau berjaya menghubungi seorang individu, yang mendakwadirinya sebagai Sirul Azhar, setelah mencuba sebanyak 15 kali untuk berbuatdemikian. 

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beliau tidak menolak kemungkinan Malaysia akan membuat permohonan agar Sirul Azhar dihantar pulang dari Australia atau mengatur pertukaran banduan dengan negara itu. 

Menjawab soalan pemberita sama ada Malaysia akan mengemukakan permohonanitu, beliau menjawab: "Ya. Mungkin. Kami mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Australia." 

Ahmad Zahid ditemui pemberita selepas Dutton beredar dari tempat perjumpaan mereka. Malaysia memuktamadkan perjanjian ekstradisi dengan Australia pada 2006.


http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/02/26/permohonan-ektradisi-sirul/

24 Februari 2015

Surat Kerajaan Pulau Pinang @cmlimguaneng Semalam Mansuh Diskaun 5% Lot Bumiputera - Kebetulan Pada Ulangtahun Peristiwa Bukit Kepong !!!





Harap Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi penjelasan atas pemansuhan ini dan jika benar maka ia adalah detik malang untuk Bumiputera yang mungkin telah diperdaya untuk menyokong PR pada PRU yang lalu.

Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya.


Kebetulan, semalam juga tarikh peristiwa Bukit Kepong di mana ramai anggota keselamatan ditembak mati oleh komunis. Pada 23.2.1950.

Adakah ia ada kaitan ?

Wallahu A'lam.



Selesaikan krisis dalaman MIC dengan cara politik - @Zahid_Hamidi



Astro Awani |Kemas kini:Februari 24, 2015
(Diterbitkan pada: Februari 24, 2015 13:49 MYT) 



Selesaikan krisis dalaman MIC dengan cara politik - Zahid Hamidi
ZAHID: KDN sememangnya tidak mahu campur tangan dalam kemelut dan pengurusan parti MIC. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri menasihatkan supaya krisis dalaman MIC diselesaikan dengan persefahaman politik dan bukan dengan tindakan perundangan.

Datuk Seri Zahid Hamidi mengulas tindakan pihak tertentu dalam parti itu menerusi peguam mereka yang mengemukakan satu kertas semakan kehakiman dilakukan terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Menurut Zahid, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sememangnya tidak mahu campur tangan dalam kemelut dan pengurusan parti MIC.

"Masalah politik harus diselesaikan cara politik melalui kaedah politik. Jika persetujuan telah dibuat supaya pemilihan diadakan semula maka ikutilah pemilihan itu cara demokratik dan Barisan Nasional (BN) bersedia menghantar pemerhati.

"Dengan tidak ingin campur tangan dalam urusan MIC. RoS juga akan menghantar pemerhati untuk membantu apa yang tercatat dalam perlembagaan iaitu dalam peraturan parti tidak lebih daripada itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam lawatan kerja di Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Pengarah JPAM, Datuk Zaitun Ab Samad.

Jelasnya lagi, beliau meminta masalah yang berlaku kini diselesaikan dengan kaedah politik seperti yang dipersetujui menerusi pertemuan antara pemimpin atasan parti itu sebelum ini.

Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC K.Ramalingam pada Isninmengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS)dan Ketua Pengarah RoS Mohammad Razin Abdullah.

Ramalingam yang juga Pengarah Strategik MIC memfailkan semakan tersebut secara ex-parte di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Selvam Shanmugam & Partners.

Beliau menamakan RoS dan Mohammad Razin sebagai responden dan memohon kebenaran semakan terhadap kenyataan dan tindakan yang dinyatakan menerusi empat pucuk surat bertarikh 5 Dis 2014, 31 Dis 2014, 6 Jan 2015 dan 6 Feb lalu terhadap MIC.

RoS sebelum ini mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi semua jawatan daripada presiden hingga ke peringkat cawangan, bermula April hingga Julai depan.

Pindaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 - @Zahid_Hamidi #dszh

Baiki tahap Malaysia

Pindaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007

THOMAS CHONG  |  24 Februari 2015 2:08 AM
 AHMAD ZAHID HAMIDI (tengah) menerima kunjungan  Maria Grazia Giammarinaro di Putrajaya, semalam. Tur

AHMAD ZAHID HAMIDI (tengah) menerima kunjungan Maria Grazia Giammarinaro di Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. – UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN

 

PUTRAJAYA 23 Feb. - Pindaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 pada sidang Dewan Rakyat bulan depan akan membantu menambah baik kedudukan Malaysia dalam Laporan Pemerdagangan Orang Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain mengukuhkan penguatkuasaan, pindaan itu juga memastikan Malaysia dapat mengambil tindakan berkesan selari dengan amalan-amalan terbaik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

"Pindaan yang dijadual dilakukan dalam sesi Dewan Rakyat akan datang adalah selari dengan peranan Malaysia sebagai negara anggota Konvensyen Menentang Jenayah Terancang Transnasional serta Protokol Mencegah, Menentang dan Menghukum Pemerdagangan Orang Khususnya Wanita dan Kanak-Kanak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pemerdagangan Wanita dan Kanak-Kanak, Maria Grazia Giammarinaro di sini hari ini.

Jabatan Negara AS pada tahun lalu meletakkan Malaysia di Tahap 3 dalam laporan pemerdagangan orang iaitu lebih rendah berbanding Tahap 2 pada tahun sebelumnya.

Ahmad Zahid berkata, Malaysia mempunyai komitmen yang tinggi untuk memerangi jenayah pemerdagangan manusia dengan sebanyak 1,925 mangsa telah diselamatkan sejak 2008 dan diberikan Perintah Perlindungan (PO).

Beliau berkata, sebanyak 4,788 orang mangsa pula diberi Perintah Perlindungan Interim (IPO) manakala 1,058 orang telah ditahan dalam 752 kes yang berjaya dikesan pihak berkuasa.

"Selain menguatkuasakan undang-undang, kerajaan juga bekerjasama dengan negara jiran bagi memastikan Malaysia tidak menjadi tapak untuk menyeludup manusia ke negara ini," katanya.

Ahmad Zahid berkata, empat jawatankuasa tertinggi yang dianggotai wakil daripada enam kementerian termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah ditubuhkan untuk menangani jenayah pemerdagangan manusia.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Giammarinaro telah membangkitkan isu pemutihan pelarian supaya pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dibenarkan bekerja di negara ini.

"Undang-undang kita bagaimanapun tidak mengizinkan pelarian bekerja. Kita akan terus mengadakan rundingan supaya perkara ini diperinci secara teknikal," katanya.


Datin ditangkap khalwat dalam kereta bersama lelaki 'warak' | Berita Harian


Datin ditangkap khalwat dalam kereta bersama lelaki 'warak'

bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Akibat taksub dengan fahaman songsang dipelajarinya sehingga sanggup melabelkan suami sebagai najis, seorang wanita bergelar Datin sanggup menjalinkan hubungan dengan lelaki lain yang dianggap lebih 'warak' sebelum ditangkap berkhalwat. 

Dalam serbuan jam 11.50 pagi semalam, wanita terbabit bersama pasangannya ditahan ketika sedang 'berasmara' di dalam sebuah kereta di tepi jalan di Bandar Sri Damansara oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat aduan orang ramai.

Hasil siasatan mendapati wanita terbabit sudah menjalinkan cinta terlarang dengan pasangannya hampir dua tahun kerana mendakwa suaminya bukan tidak mengikuti syariat Islam sebenarnya kerana sering melakukan perbuatan bidaah.

Difahamkan wanita sering mengikuti pengajian agama di sekitar Kayu Ara, Petaling Jaya dan di kawasan Bukit Kiara sebelum menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki yang dianggap sealiran dengannya.

Menurut sumber, wanita berusia 40-an itu sudah mempunyai tiga anak berusia 10 hingga 15 tahun, selalu bersikap dingin bersama suaminya dan sanggup menyewa rumah semata-mata untuk melempiaskan nafsu bersama pasangannya yang juga suami orang.

"Beliau anggap suaminya najis kerana mendakwa banyak melakukan perbuatan bidaah seperti tahlil, zikir, solat tidak menepati sunnah Rasulullah SAW, doa Qunut dan sebagainya.

"Wanita berkenaan sanggup menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki kononnya sealiran fikrah dengannya kerana dilihat berperwatakan warak dan alim, akhirnya dicekup berkhalwat dan cubaan melakukan persetubuhan luar nikah dengan lelaki itu di dalam sebuah kereta tengah hari semalam," katanya. 

Bukan itu saja, wanita terbabit yang terpengaruh dengan fahaman songsang itu turut mempengaruhi anaknya supaya membenci ayahnya dengan pelbagai tuduhan seperti tidak mengamalkan sunnah dan mempunyai perempuan simpanan.

Katanya, akibat cinta sudah menguasai mereka di samping ajaran yang diamalkan, wanita terbabit sengaja mencari alasan untuk memburukkan suaminya dengan menuduh lelaki itu terkeluar daripada Islam selain mengamalkan ajaran bercanggah serta sesat. 

"Hampir dua tahun wanita tersebut tidak bersekedudukan dengan suaminya, beliau juga turut memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, namun kerana sayangkan perkahwinan dan anak-anak, si suami tetap mempertahankan rumah tangganya.

"Ketika pasangan itu ditahan di dalam sebuah kereta bercermin gelap mereka sedang berpelukan dengan zip seluar lelaki terbuka sehingga menampakkan kemaluannya, manakala wanita itu dalam keadaan berseluar dalam dengan singlet.

Sementara itu Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim mengesahkan penahanan pasangan itu dan disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

http://www.bharian.com.my/node/36503?m=1


Panglima : hati-hati dengan apa jua amalan dan fahaman yang ditolak majoriti ulama...


Sent from my iPhone

Wahabi Buat Nukilan Palsu Dari Kitab اعانة الطالبين Fitnah Imam Syafei Isu Tahlil | Ashhaabur Ro'Yi

Antara strategi terbaru digunakan pihak digelar wahabi atau Salafi moden ialah menyunting perkataan asal untuk disesuaikan dengan pemahaman mereka menolak dalil talkin dan tahlil.

Perbuatan ini tidak diketahui orang awam yang tidak tinggi pemahaman agamanya.

Namun ada ahli ilmu menyedari dan membuat penjelasan seperti di bawah ini.

Pendustaan terhadap Imam Syafei rahmatullah alaih adalah satu perbuatan sangat keji dan mungkar.

Semoga penjelasan ini memberi petunjuk kepada kita semua kebenaran yang haq di sisi Allah Taala.

17 Februari 2015

Solat Istisqa (minta hujan) Syeikh Sudais di Masjidil Haram 12 Feb 2015





Khutbah Syeikh Sudais


Panassss - Siri Serangan PASMA Kepada Presiden PAS ( Sebarkan )

Dari Group lain

****

Masihkah Anda Ingat

1. Masihkah anda ingat ...
Pada 18 Jun 2009, seramai 10 orang Ahli Parlimen PAS mengadakan satu Sidang Media Khas di Parlimen kononnya untuk berdiri teguh dibelakang Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagi "memalukan" Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang difitnah kononnya mahu membawa PAS masuk Barisan Nasional.

Antara 10 Ahli Parlimen itu ialah Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Mariah, Dr Dzulkefli Ahmad, Kamarudin Jaafar, Dr Mujahid Rawa dan lain - lain. Mereka secara terbuka menolak gagasan Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan membawa fitnah kononnya Presiden PAS mahu bergabung dengan UMNO dengan gagasan yang dikemukakan iaitu Kerajaan Perpaduan (Unity Government) atau disebut sebagai Kerajaan Tanpa Pembangkang.

2. Masihkah anda ingat ...
Pada 7 Nov 2009, Mereka mengadakan Seminar Politik di Taman Melewar dengan membariskan Dr Abdul Aziz Bari dan Dr Abu Hassan Hasbullah untuk "memalukan" Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang dengan kritikan pedas secara terbuka terhadap Tuan Guru Presiden dihadapan ahli - ahli PAS. Presiden PAS seperti "dibicarakan" oleh mereka dihadapan ahli PAS sendiri. Mereka mendedahkan segala kelemahan Tuan Guru Presiden dengan menggunakan lidah ahli akademi kononnya dan ia dilakukan secara terbuka.

3. Masihkah anda Ingat ...
Sebahagian pimpinan PAS Pusat seperti Khalid Samad dan Hanipa Maidin memberi sokongan dan menerima baik Dr Abdul Aziz Bari dalam beberapa siri penulisan beliau "menghentam" Tuan Guru Presiden PAS kepada khalayak ramai, termasuk memuatkan artikel menghentam Presiden dan PAS dalam Harakah sedang Harakah adalah lidah rasmi parti telah dijadikan alat untuk menjatuhkan air muka Presiden parti sendiri.

4. Masihkah anda Ingat ...
Pada 30 Sept 2014, Seorang ahli PAS bernama Safwan Anang (AJK Jabatan Ketua Pemuda PAS Malaysia) dengan menggunakan nama Ngo LENSA menyerahkan memorundum di hadapan Pejabat Agong PAS lalu mengadakan sidang media secara terbuka mendesak supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana menganggap PAS menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat dan punca kepada perpecahan dalaman Pakatan Rakyat.

5. Masihkah anda Ingat ...
Pada 25 Jan 2015 , AJK PAS Pusat Hanipa Maidin mengeluarkan kenyataan terbuka di media menyanggahi kenyataan Tuan Guru Presiden PAS mengenai isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan menggunakan nama demokrasi untuk bebas menyanggah secara terbuka.

Nota :

Semua mereka dianggap hero. Sebahagian terus menang dan dipilih sebagai AJK PAS Pusat. Kononnya mereka penegak demokrasi. Berani dan pembawa idea bernas menuju pembentukan PAS Baru.

Malang apabila Ustaz Fadhli Ibrahim Ketua DPP Kawasan Kuantan tampil menyerahkan memorundum kepada Setiausaha Agong PAS Pusat bersama bukti yang kukuh disokong dokumen akuan bersumpah mengenai penglibatan Group Hawaii Five O yang turut dianggotai oleh Dr Hatta Ramli sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dalam melancarkan geraksaraf menjatuhkan sesama sendiri termasuklah ..

1. Dr Hatta bocorkan secara terperinci apa yang dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat.

2. Dr Hatta arahkan serang 4 exco dan bela dua ADUN yang melompat.

3. Dr Hatta arah sabotaj keputusan Presiden dan Majlis Shura.

4. Aiman Athirah minta lakukan serangan saraf kepada Istana Selangor.

5. Aiman Athirah arah buat kempen gantikan pemimpin PAS (Presiden).

6. Mazhar suruh lancarkan kempen jatuhkan Cikgu Pa.

7. Mazhar arah sebar semula video lucah yang cuba dikaitkan dengan Cikgu Pa.

Dan lain-lain lagi. Disebab ini SD, mereka yang nama didedahkan boleh saman.

Persoalan ...

Kenapa Ust Fadhli Ibrahim dianggap pesalah? dianggap memecahkan PAS sedang ia berusaha mahu menyingkirkan pengkhianatan dalam PAS. Kenapa tidak beri hak serupa kepada Ust Fadhli dalam mengemukakan memonya kepada pucuk pimpinan ?

Atau apakah kerana dakwaan Ust Fadhli itu terkena batang hidung mereka sendiri maka ia anggap salah ? Sementara tindakan dari group mereka untuk dihempaskan kepada Presiden parti dan PAS itu sendiri , maka ia adalah benar dan berlunaskan demokrasi ?

Mokhtar bin Senik
Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang.



Panglima : Mesej di 👆 disalin dari Group Telegram dan mohon pembetulan jika ada....


Sent from my iPhone

Rencana - Utusan Online : Ke Arah UMNO Bermaruah CC @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @Khairykj @Emysamsudin @ShahrizatJalil

Rencana - Utusan Online

Ke arah UMNO bermaruah!

Para perwakilan melaungkan slogan ‘Hidup Umno’ selepas ucapan

KURANG tiga tahun lagi, negara akan menghadapi satu lagi pilihan raya umum. Tiga tahun tidak lama. Kalau dikira hari, 365 didarabkan tiga atau mungkin kurang dari itu, kita akan tahu tempohnya tidak seberapa, amat singkat.

Dengan sebilangan orang Melayu sendiri tidak bersatu dalam perjuangan bangsa-agama, UMNO selaku tulang belakang Barisan Nasional (BN) sewajarnya mesti kuat dan teguh prinsip perjuangannya.

Pemikiran sempit satu dua parti yang turut disertai orang Melayu de­ngan sering membenci UMNO serta menidakkan kaum sendiri mesti diadili oleh suara bangsa dan suara agama. Perjuangan melandaskan hidup enau dalam belukar perlu diketepikan.

Di sebalik cabaran dari luar, UMNO harus juga mendepani cabaran dari dalam. Perpaduan dalam parti perlu diperkukuhkan lagi. Harus ada kepimpinan UMNO yang terus bersatu dan naik melalui hierarki.

Yang tua perlu dihormati, yang muda harus dirai. Parti perlu mengelakkan perpecahan. Jangan ada pemimpin yang gelojoh atau mengambil hak orang lain sebelum sampai masanya. Cukuplah dengan pengalaman Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu yang bagaimana rakusnya dia untuk menjadi nombor dua sehingga tidak mengikut senioriti.

Kepimpinan UMNO kena solid untuk menghadap Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), ibu segala pilihan raya yang akan menentukan hidup mati BN. Dengan tidak menafikan tanggungjawab dan pe­ranan besar UMNO sebagai tonggak BN, parti tidak mampu lagi mempunyai UMNO yang berpecah serta pemimpin yang tidak bersatu dalam menghadapi PRU-14.

Pemimpin UMNO akan datang ingatlah! Letakkan ke tepi dulu kepentingan peribadi untuk naik dalam keadaan tergesa-gesa atau membuat 'cah keting' sehingga menyebabkan ada kalangan pemimpin tertentu dipinggirkan atau berasa kecil hati disebabkan kawan sendiri.

Apa gunanya menjadi pemimpin dalam UMNO, tetapi BN kalah dalam pilihan raya umum. Jasa baik pemimpin-pemimpin UMNO mengambil berat akan hal ini ­amatlah dituntut demi memastikan parti keramat ini terus berkhidmat dan menabur jasanya untuk orang Melayu. Orang Melayu dan Islam bergantung harap kepada UMNO. Jangan kerana tindakan gelojoh segelintir pemimpin nak berkuasa cepat sehingga hilang pula penghormatan pengundi kepada UMNO.

Kalau hendak menjadi pe­mimpin masa depan, ukurlah baju di badan sendiri. Sebagai pemimpin berwibawa dan berjiwa besar, janganlah terlalu terikut cakap-cakap di kedai kopi dan kehendak pengikut ramai yang hanya mahu me­ngadu-domba sesama pemimpin.

Sejarah UMNO membuktikan ba­gaimana bekas timbalan pre­sidennya yang gelojoh - hanya ke­rana hendak menjadi orang nombor satu - telah menyebabkan parti porak-peranda. Cukup-cukuplah ke­melut ini menjadi lipatan sejarah sebagai panduan bersama ahli parti.

UMNO jangan sesekali lupa pada sejarah parti yang pernah menghadapi saat-saat genting yang mana mempunyai presiden yang keluar parti dan kemudian menubuhkan Parti Negara. Kita juga tidak lupa suatu ketika memiliki seorang bekas Perdana Menteri yang menyokong pembangkang secara terbuka.

Jangan lagi kita kembali kepada amalan berpuak-puak dan mewujudkan kem-kem. Pengalaman pada pemilihan parti lepas menceritakan segalanya. Di situ dan waktu itu ada 'team' dan pasukan tertentu diwujudkan sehingga gejala politik wang cukup berleluasa tanpa kawalan. Cukup-cukuplah dengan gejala politik wang masa lalu yang mengganggu-gugat dan mencemar imej parti.

Dalam keadaan 'pilih duit' dan habis duit, pemimpin yang disakukan itu akan terlentang dan ranap­lah nilai dan perjuangan untuk bangsa, agama dan negara. Lantaran prosesnya memilih duit dan bukannya pemimpin, maka UMNO akan turut lemah dan ranap. Dan jadilah perumpamaan 'burung terbang dari genggaman, tahinya tinggal di tangan'.

Andai kata melalui suasana politik sogok duit, ahli parti harus renung-renungkanlah dulu kemampuan, kejujuran, pengalaman­nya, rekod khidmatnya, budi bahasa­nya, pengalamannya dan sum­bangannya kepada parti.

Biarlah seseorang itu naik kerana kemampuan dan karisma dirinya. Jangan hanya kerana pengaruh keturunan, wang atau projek untuk memenangi hati ahli-ahli.

Kita tidak mahu ada pemimpin yang sibuk berpolitik dalaman untuk kepentingan individu. Pendirian dan ketegasan seorang menteri baru-baru ini yang tidak mahu sama sekali membuat permohonan maaf mahupun menarik balik kenyataannya yang telah mencetuskan kontroversi berhubung isu memboikot peniaga yang tidak menurunkan harga barang jelas memaparkan keberaniannya untuk tampil mempertahankan realiti dalam isu itu, meskipun dihentam hebat di sana sini. Tidak seperti seorang pemimpin dulu yang mengucup satu artifak dalam budaya masyarakat Melayu tetapi apabila disergah oleh kaum lain, terus meminta maaf. Orang langsung hilang hormat kerana tiada pendirian.

Orang UMNO pada masa sama jangan sesekali lupa pada realiti. Pemilihan Perdana Menteri (PM) dari kalangan UMNO lebih merupakan satu tradisi politik dan bukan peruntukan undang-undang kerana Artikel 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan bangsa, agama atau keturunan sebagai suatu ketetapan kepada pemimpin politik untuk dilantik sebagai PM atau TPM (Timbalan Perdana Menteri).

Sejak 1955, hanya bangsa Melayu dilantik sebagai PM boleh didebatkan tetapi memandangkan bangsa Melayu merangkumi lebih 61 peratus penduduk negara ini, perkara itu tidak dipersoalkan. Namun, isu kenapa hanya bangsa Melayu mendapat keistimewaan dilantik sebagai PM dapat dijelaskan melalui sejarah negara ini, terutamanya pada aspek-aspek berkaitan nasionalisme tempatan. Faktor lain, tentunya berkaitan bilangan (populasi).

Setakat ini, UMNO boleh berbangga dengan kekuatan politiknya yang hebat. Namun, politik perkauman di negara ini mungkin akan melalui proses perubahan seperti mana didorongkan oleh pengaruh global. Ketuanan parti yang bertapak kukuh tidak boleh kekal selama-lamanya. Walaupun sekarang, di mana UMNO telah kehilangan sedikit kekuasaan politiknya, sudah kedengaran suara-suara yang cuba mempersoalkan beberapa isu mengenai kepimpinan.

Politik bukan tempatnya di mana nasib memainkan peranan yang terlalu besar. Dalam politik, pilihan 'kaedah pemandu-automatik' tidak membantu untuk mencapai kejayaan. Semua perkara harus dirancang dan dilakukan dalam kaedah manual hampir setiap masa. Seseorang pemimpin bukan sahaja perlu pandai membuat percaturan politik atau percaturan siasah tetapi harus mencari dan mendapatkan formula kepim­pinan yang bersifat elok dan bijak.

Baju Melayu berbutang lima,

Ada juga berbutang tiga;

Orang Melayu dan pemimpin UMNO jangan lupa,

Hilang kuasa hilanglah semua.

PENULIS ialah penganalisis isu-isu semasa.


Panglima : demi masa depan UMNO kita perlu menghadapi kenyataan dan berlapang dada menerima sebarang nasihat.

Banyak kerosakan berlaku bila hati rosak dan pemimpin yang rosak akhlak dan moral tidak wajar diangkat.

Kepimpinan seperti juga keimanan bukanlah satu warisan yang akan diwarisi walau kita selalu mendengar 'ke manakah kuah Kalau tidak ke nasi'.

Kadangkala kuah pun boleh tumpah atas meja bukan dicurah ke nasi.

Semua pejuang dan penyokong UMNO perlu menetapkan pendirian dari sekarang untuk kekalkan pemimpin yang kekal semangat membela agama bangsa dan negara.

Mereka yang berani dan tegas adalah aset UMNO dan yang pondan dan penakut sepatutnya tidak ada tempat lagi dalam UMNO.

Jangan kerana kita berkongsi kuasa maka kepentingan kita digadai dan tergadai!

Kebijaksanaan lah yang diperlukan untuk menguasai kepentingan politik bukan melutut kepada pihak minoriti.

Sejarah patut menjadi cermin untuk melihat masa depan dan mengekal kekuasaan politik umat Melayu Islam.

Pendek kata pemimpin berani, tegas, bijaksana dan amanah adalah idaman kita untuk memimpin masa depan parti pada masa hadapan.


Sent from my iPhone

16 Februari 2015

Kenyataan Media Jabatan Penjara Malaysia Isu Layanan Kepada @Anwaribrahim CC @NajibRazak @Zahid_Hamidi @kdnputrajaya


Kenyataan Menteri Dalam Negeri DS Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 12.2.2015



Seterusnya kenyataan pihak penjara menafikan layanan istimewa kepada Anwar.

KENYATAAN MEDIA
JABATAN PENJARA MALAYSIA

LAYANAN DAN KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN KEPADA DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Sepertimana dimaklumi Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (DSAI) telah menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh mulai 10 Februari 2015 yang lalu. 

Semenjak tempoh tersebut berbagai spekulasi dan laporan yang dibuat terutamanya melalui media sosial berhubung layanan dan kemudahan yang diberikan kepada DSAI.

Sehubungan itu adalah dijelaskan layanan dan kemudahan yang telah diberikan kepada DSAI adalah selaras dengan ketetapan Akta dan Peraturan Penjara. Berasaskan kepada kenyataan yang dikeluarkan melalui blog, Facebook dan Tweeter tertentu, layanan dan kemudahan yang telah diberikan Penjara Sungai Buloh kepada DSAI dapat dijelaskan seperti berikut:

i.​Perjumpaan dengan keluarga

Perjumpaan dengan keluarga adalah antara aspek utama yang amat dipentingkan oleh Jabatan Penjara dalam pembinaan pemulihan diri banduan. Berbagai bentuk perjumpaan boleh dipertimbang atau diberikan kepada banduan, antaranya perjumpaan permulaan, perjumpaan berperingkat dan perjumpaan khas. Perjumpaan permulaan  diberikan kepada semua banduan adalah sekali sahaja dan ianya boleh dilakukan pada hari pertama seseorang dipenjarakan sehinggalah dalam tempoh empat minggu. Biasanya perjumpaan ini berlangsung pada hari kedua pemenjaraan kerana pada hari pertama banduan sampai ke penjara pada lewat petang dan beberapa tindakan dalam proses penerimaan perlu dilakukan termasuklah pemeriksaan kesihatan. Kemudahan perjumpaan ini bagi membolehkan banduan menguruskan masalah serta keperluan tertentu bersama keluarga.

Oleh itu dalam hal ini adalah tidak menyalahi peraturan dan prosedur penjara di mana keluarga DSAI telah dibenarkan berjumpa pada hari ketiga. Kemudahan perjumpaan permulaan ini sama ada pada hari kedua atau ketiga atau apa-apa hari dalam tempoh empat minggu tersebut telah diberikan kepada lain-lain banduan sebelum ini.
…/2-



[ 2 ]

Manakala perjumpaan berperingkat pula bermula sebaik sahaja seseorang banduan telah menjalani hukuman empat minggu dan ianya dilaksanakan mengikut tarikh yang diberikan dalam kad lawatan. Manakala dalam situasi tertentu keluarga juga boleh membuat permohonan kepada Pengarah sesebuah penjara untuk dipertimbangkan perjumpaan khas.

ii.​Penggunaan komputer atau internet atau telefon bimbit di dalam penjara

Penggunaan komputer atau internet atau telefon bimbit oleh banduan semasa mereka ditahan di penjara adalah dilarang. Hanya banduan yang telah diluluskan  untuk mengikuti pengajian tinggi sahaja diberikan kemudahan komputer dengan kawalan (di hadapan) pegawai penjara dan hanya bagi tujuan E-Learning sahaja. Perkara ini hanya dijalankan di Penjara Kajang, Penjara Bentong dan Penjara Kota Kinabalu.

Pemeriksaan yang dilakukan semasa kemasukan DSAI ke Penjara Sungai Buloh dan pemeriksaan dari masa ke semasa menunjukkan adalah tidak benar kemudahan komputer atau internet atau telefon bimbit telah dibenarkan kepada DSAI. Pemilikan perkara di atas di dalam penjara merupakan satu kesalahan besar dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan.

Berhubung dengan Facebook atau tweeter atau lain-lain medium sosial, mereka yang telah diberikan akses boleh menggunakannya tanpa memerlukan kehadiran DSAI. Jabatan Penjara bukan pihak yang mengawal atau mempunyai kuasa menghentikan penggunaannya kerana ia berlaku di luar penjara. Jabatan Penjara mempunyai kemudahan telefon berbayar yang boleh digunakan oleh banduan dalam kawalan pegawai penjara. Semakan dibuat setakat ini menunjukkan kemudahan tersebut tidak digunakan oleh DSAI.

iii. ​Makanan untuk DSAI

Makanan yang dibekalkan kepada semua banduan adalah berasaskan skala yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan serta terkandung Akta Penjara. Makanan tambahan atau makanan yang berbeza boleh dibenarkan diberi kepada seseorang banduan berasaskan pengesyoran oleh pegawai perubatan untuk kepentingan kesihatan banduan tersebut.

…/3-



[ 3]

Manakala semasa sesi lawatan, keluarga banduan, mereka boleh membeli makanan dari kantin penjara untuk dimakan oleh banduan pada hari lawatan tersebut.

Setakat ini pemeriksaan dan pemantauan yang dilakukan oleh Ibu Pejabat Penjara mendapati Penjara Sungai Buloh telah melaksanakan tanggungjawab secara teratur berasaskan Akta, Peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Jabatan Penjara akan terus memastikan layanan dan pemerlakuan terhadap semua banduan termasuk DSAI adalah mengikut landasan undang-undang.


Sekian, terima kasih.




(SUPRI BIN HASHIM)
Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan
Ibu Pejabat Penjara Malaysia

Tarikh​:​16 Februari 2015.

Mufti Perlis @RealDrMaza Dikritik & Doktor Pakar Mohon Maaf Kepada Keluarga TG Nik Aziz (5 Gambar) | Sebastian Phiu

09 Februari 2015

Individu terbabit kumpulan IS dipantau - @Zahid_Hamidi | Harian Metro


Individu terbabit kumpulan IS dipantau

Port Dickson: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Negara Islam (IS) dengan cuba merekrut dan mendapatkan pembiayaan melalui media sosial.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PDRM sudah memperoleh senarai syak dan pihak terbabit memantau serta mengekori pergerakan mereka.

"Kita memantau mereka bukan saja dalam soal merekrut tetapi juga soal pembiayaan dan pengumpulan dana bagi menghantar bakal pengganas ke Iraq dan Syria.

"Berikutan itu, kita melaksanakan kerjasama dengan negara jiran termasuk Indonesia, Filipina, Singapura dan Myanmar untuk memastikan rantau Asia selamat dan juga tidak menghantar bakal pengganas ke negara berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan penutupan Mesyuarat Meja Bulat Dasar Keselamatan Dalam Negeri di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM), di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Zahid berkata, kerajaan turut mengutuk tindakan kejam kumpulan militan IS membakar hingga mati Muath Kasasbeh, juruterbang tentera udara Jordan yang ditawan apabila pesawatnya terhempas di Hamra Ghannam, Syria.

Katanya, tindakan kejam itu bukan cara Islam dan ia sungguh memalukan, malah negara juga tidak merelakan mana-mana agamab dan keturunan menjadi mangsa pengganas.

Ditanya mengenai tindakan negara yang berusaha keras menghalang kewujudan individu menyertai kumpulan IS, beliau berkata, langkah itu diambil demi keselamatan negara.

Artikel ini disiarkan pada : 
Ahad, 8 Februari 2015 @ 5:29 AM 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29461?m=1#sthash.xDkzFmAk.dpuf



Sent from my iPhone

07 Februari 2015

Analisa : PAS Main Wayang Atau Memang Mahu Singkir Parasit PASMA ???

Rencana - Utusan Online


PAS MAIN WAYANG?

AHMAD FARIS
04 Februari 2015 12:45 AM

PERSATUAN Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) 'dipersila' tinggalkan Pas jika tidak lagi sehaluan dengan parti itu. Berselorohkah Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan cakapnya itu. Sinis­kah? Padahal 'pisau' di tangan Pre­siden Pas itu. Pecat sahajalah Pre­siden Pasma, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi.

MOHD. AMAR NIK ABDULLAH

Kata Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Pemang­ku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad, 'kami' ada bukti Phahrolrazi burukkan Pas. Maka, kalau serius, singkirkan sahaja Phahrolrazi.

Daripada isu Pasma, pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan hudud, Pas nampaknya seakan-akan 'main wayang'. Sudahlah dihina oleh DAP dari segenap penjuru dalam isu-isu semasa dan sebelum ini termasuklah dalam isu 'pandangan bersifat perkauman' dalam mesej WhatsApp Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki tahun lepas, namun Pas termasuk Abdul Hadi tetap diam membatu. Di mana maruah Pas setiap kali berdepan de­ngan DAP?

Kalau adat orang berumahtangga, jika isteri sudah memanggil si suami dengan gelaran macam-macam, apa status suami itu. Da­yuslah!

Orang Pas boleh susun balik komen-komen pedas dan toh­mahan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua terhadap pemimpin terhormat mereka sebelum ini. Bukan sahaja Abdul Hadi, beberapa orang kuatnya juga terpaksa menerima penangannya.

Terbaharu, pertelingkahan antara Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung DAP yang dikatakan belum di­sahkan jawatannya oleh ROS, Lim Guan Eng mengenai isu pilihan raya PBT. Perbalahan itu telah membuka pekung di mata rakyat betapa tiada kejujuran sesama pemimpin pa­katan. Bohong-membohongi sesama sendiri, bolehkah nanti meme­rintah negara? Kes ini berlarutan sehinggakan Mustafa sen­diri mahu mengeluarkan bukti bahawa Guan Eng berbohong apabila mengatakan dia telah bersetuju dengan pilihan raya itu.

"Isu sebenar adalah mudah, bahawa saya cabar Guan Eng (bersemuka) kerana dia me­nuduh saya tidak jujur dan saya katakan dia berbohong," kata Mustafa.

Namun begitu, menghairankan, atau mungkin sedikit rasa takjub, bagaimana pucuk pim­pinan Pas masih boleh menempek parti mereka bersama seluruh ahlinya pada Pakatan Rakyat setelah begitu banyak tohmahan keras dan sinis terhadap pimpinan tertinggi Pas?

Malah, kalau diperhati ucapan penggulung­an presiden pada sesi muktamar lepas, jelas sekali rasa tidak puas hati tuan presiden terhadap rakan Pakatan dan tentunya, sikap tersebut tidak habis begitu sahaja usai muktamar. Ramai dari luar sedar, Pas hakikatnya dalam keadaan gelisah berada dalam Pakatan Rakyat. Perbalahan dalaman mereka juga sampai terburai keluar ke khalayak umum.

Semakin lama Pas bersekongkol dalam Pakatan Rakyat, semakin jelas kebenaran dakwaan ramai terhadap Pas lama dahulu bahawa asbab tunggal Pas menyertai Pakatan Rakyat adalah mendapatkan kuasa memerintah Kerajaan Persekutuan. Tidak lebih daripada itu.

Tujuannya hanya kuasa, itulah yang menjadikan Pas bergelap mata sehingga sanggup membuang ahli­nya yang berpegang kepada tunjang perjuangan Pas. Andai benar Pas sebuah parti politik yang berprinsip, semalam lagi Pas sudah menarik diri daripada Pa­katan Rakyat dan tidak seperti hari ini yang hidung­nya sudahlah tak mancung, pipinya pula tersorong-sorong.

Bukan sahaja Abdul Hadi, beberapa orang kuatnya juga terpaksa menerima penangannya. Dalam musibah banjir yang me­landa Kelantan baru-baru ini, Mohd. Amar sendiri terpaksa me­nyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa jentera kerajaan Pas Kelantan gagal berfungsi dan ko­nonnya kerajaan ne­geri langsung tidak membantu mangsa.

Cuma, berbalik kepada 'permainan' Pas. Adakah parti itu mahu terus memainkan sentimen rakyat dan selama mana rakyat boleh 'diputarkan' dengan isu-isu lapuk kononnya berlaku pertelingkahan antara pemim­pin Pas dan DAP?

Kalau sudah tidur sebantal dan mimpi lain-lain atau jika arah tuju serta prinsip perjuangan sudah berbeza, apa lagi mahu ditunggu oleh Pas? Kalau ada maruah, tidak dayus, isytiharkan sahaja keluar dari pakatan pembangkang.

Dalam isu pilihan raya PBT, tiga ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat tidak ragu-ragu menghentam Abdul Hadi yang mengaitkan pilihan raya PBT yang diingini DAP dengan rusuhan berdarah 13 Mei 1969.

"Apabila disebut oleh Presiden Pas, maka ramai yang terkejut dan tertanya-tanya," kata Khalid Sa­mad. Mohamed Hanipa Maidin yang juga Ahli Parlimen Pas Sepang pula bukan sahaja tidak bersetuju de­ngan pandangan Abdul Hadi malah menyifatkan hujah yang mengaitkan dengan tragedi berdarah itu sebagai pelik. Seorang lagi, Datuk Dr. Mujahid Yusof mengatakan, isu hudud atau pilihan raya PBT tidak seharusnya ditunggangi golongan sempit yang melihat semuanya dari kaca mata perkauman.

Sebelum ini pun dalam beberapa isu, ketiga-tiga individu ini sering mempersoalkan keputusan Majlis Presiden dan Majlis Syura. Namun tidak pernah pula dikenakan tin­dakan disiplin.

Adakah ini menunjukkan kelemahan Pas di bawah Abdul Hadi yang nampaknya tiada kawalan langsung ke atas pemimpin-pe­mimpin utama partinya? Begitu selesa mereka sewenang-wenangnya menghentam dasar parti secara terbuka, tetapi terlepas begitu sahaja.

Sebab itu jangan terkejut jika Abdul Hadi kemungkinan besar dicabar pada pemilihan parti pertengahan tahun ini. Sekarang pun mesyuarat agung cawangan Pas sedang berjalan dan Mac atau April ini menyusul mesyuarat agung kawasan.

Kumpulan Anwarinas ter­utamanya dikatakan telah mempersiapkan diri untuk bertanding dalam muktamar itu nanti, dengan 'barisan ulama' mereka dikatakan diwakili bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Ahmad Awang yang juga bekas pesuruhjaya Pas Perak. Ahmad akan me­nyaingi Abdul Hadi, dengan gan­dingannya, Husam untuk timbalan presiden. Ahmad cukup dikenali sebagai pendukung kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya menyertai Pas setelah ketua pembangkang itu dipecat daripada UMNO dan kerajaan pada 1998.

Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Khalid pula dipercayai akan mewakili Anwarinas untuk tiga Naib Presiden. Cuma persoalannya, ke mana Mat Sabu?

Dalam isu pilihan raya PBT, Mat Sabu yang juga ahli lembaga air Pulau Pinang sehingga hari ini pun belum menyatakan sebarang pendirian terhadap isu itu.

Laluan penuh ranjau terpaksa ditempuh Abdul Hadi untuk mengekalkan jawatan Presidennya. Dalam keadaan kesihatan juga tidak memihak dirinya, Abdul Hadi terpaksa akur dengan kumpulan yang 'berkiblatkan' Anwar manakala satu lagi berajakan DAP. Ini rahsia umum.

Seelok-eloknya dalam usaha mengukuhkan penguasaannya, Abdul Hadi perlu segera turun padang memperjelaskan kepada ahli akar umbi.

Dengan adanya kalangan penulis Harakah pun menggunakan portal propembangkang, Malaysian Insider untuk menghentam parti sendiri sehingga terpaksa dijawab oleh Mohd. Amar dalam isu banjir di Kelantan, sekali gus menyaksikan kempen pemilihan Pas telah bermula.

Dimulakan dengan penulis ­upah­an daripada parti sendiri. Pekakah Abdul Hadi dengan bahaya ini?

DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah penganalisis isu-isu semasa.



Sent from my iPhone

06 Februari 2015

#Repost : JUST READ!: IPK Johor and PKR rusty whistle

JUST READ!: IPK Johor and PKR rusty whistle

IPK Johor and PKR rusty whistle

What's the motive of PKR issuing threatening statements to Home Minister Ahmad Zahid Hamidi, giving him an ultimatum to explain the abandoned Police HQ (IPK) building in Johor Bahru?

And what kind of brain do these people have to politicise the project without doing any homework? It seems that each time the opposition leaders come across any 'unpleasant' matter, they'll start shooting blindly.


Don't they have good lawyers, doctors, engineers and accountants among them?
PKR leaders Bukit Batu assemblyperson Jimmy Puah (below) and National Oversight and Whistleblowers (Now) director Akmal Nasir said they have paid a visit to the construction site in Johor.
"Based on our visit to the site ... in Johor Bahru that began work since 2010, it is still abandoned," said the duo in a statement today.
They said when the matter was raised at the Johor state assembly, it was informed that the construction would be completed in July 2013.
However last June, Works Minister Fadillah Yusof was reported saying the contractor has been terminated due to financial and work quality problems, but that a new contractor would take over that July.
The ministry considered the IPK, as well as a Public Order Training Centre in Bentong, Pahang and a Police Musuem in Bukit Kepong, Muar as "sick projects" that needed close monitoring for failure.
The problem, said the PKR duo, attracted Public Accounts Committee (PAC) chairperson Nur Jazlan Mohamed's attention last June and had asked the Malaysian Anti Corruption Commission to probe the matter.

Let me feed them with info on the 'BANGUNAN TAMBAHAN IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN JOHOR' if they are so lazy in seeking its details or applying their positive mind to the fact behind it.


A local company, Global Globe (M) Sdn Bhd won the open tender for the project that costs RM103,356,694.84 more than four years ago.

The construction started on December 28, 2010 and was due for completion by August 3, 2012.

However, the government had terminated its contract on February 10, 2014 for failing to complete it on time. The company was not only facing financial problems but the quality of works done did not comply to the standard set.

In order to 'salvage' the project, the Finance Ministry had chosen 9 contractors under a 'selective tender' system by conducting interviews and other formalities.

The Public Works Dept (JKR) Cawangan Kerja Keselamatan had on January 9 this year appointed QSE Construction Sdn Bhd as the 'rescue contractor' for the project with a budget of RM72,800,000.

The company was given August 3, 2016 to complete the project.

So, what's the issue here? Tell me, what kind of a 'whistle' you used to manipulate the 'sick project'? A rusty one?



Sent from my iPhone

Cari Blog Ini

Translate