Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Oktober 2014

Perhimpunan Mansuh Akta Hasutan cemar imej peguam dan tidak dapat sambutan - @ZulkifliNordin




Oleh ADLINAHANI KHALIL
dan FITRIE ZARIQ ZAINOL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Sikap degil kira-kira 1,000 peguam termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan aktivis yang menyertai perhimpunan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 (Akta Hasutan) di Padang Merbok di sini hari ini disifatkan sebagai mencemarkan imej peguam di seluruh negara.

Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, perhimpunan 'Berjalan untuk Keamanan dan Kebebasan' itu dilakukan tanpa mendapat persetujuan menyeluruh daripada badan-badan peguam.

"Saya mengutuk keras perhimpunan itu yang ternyata bersikap pentingkan diri dan memburukkan imej peguam di seluruh negara.

"Jumlah peguam yang menyertai perhimpunan tersebut adalah terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah keseluruhan peguam berdaftar di negara ini iaitu lebih 14,000, sekali gus menunjukkan ia tidak mewakili suara majoriti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Zulkifli menegaskan bahawa Akta Hasutan perlu dikekalkan malah perlu ditambah baik bagi memastikan institusi Islam, Melayu dan raja-raja terus dipertahankan.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan untuk menambah beberapa lagi badan guaman bagi mewakili peguam yang tidak mahu diperalatkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan tertentu.

"Kita boleh mengambil contoh seperti di Singapura, Australia, Amerika Syarikat yang mempunyai pelbagai badan guaman bagi mengelakkan amalan monopoli dalam sektor tersebut.

"Ini akan memberi peguam pilihan dan alternatif untuk menjadi ahli mana-mana badan guaman tanpa terikat dengan kuasa monopoli sebuah badan sahaja seperti yang berlaku kini," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141017/dn_05/Perhimpunan-cemar-imej-peguam#ixzz3GOXcQyCs
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate