Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 September 2014

Kenapa Pasukan Peronda Sukarela Haram | MYKMU.NET

Kenapa Pasukan Peronda Sukarela Haram

Oleh Salleh Buang

SEPERTI dijangka dari awal lagi, isu penahanan 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) pada 31 Ogos lalu terus hangat diperkatakan, terutama sekali setelah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar untuk berdebat secara terbuka dengannya mengenai penubuhan PPS itu.

Guan Eng secara terbuka mengecam tindakan polis menahan anggota PPS itu, sambil menyifatkan tindakan Khalid itu sebagai menyalahgunakan kuasa. Beliau turut bertanya apakah pihak polis akan turut menahannya sama seperti polis menahan Exco yang menjaga hal ehwal PPS, iaitu Phee Boon Poh?

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, memberitahu bahawa polis sedang memburu saki baki anggota PPS yang dianggarkan berjumlah lebih 9,000 orang.

Rahim mendedahkan bahawa 11 anggota PPS dari 156 orang yang ditahan polis pada 31 Ogos itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau – antaranya melibatkan jenayah cubaan membunuh, ahli kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, kesalahan di bawah Akta Kastam dan kesalahan di bawah Ordinan Darurat 1969.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut menasihatkan kerajaan Pulau Pinang membubarkan PPS kerana badan itu merupakan satu pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Satu entiti haram

Justeru pada sambutan Hari Kemerdekaan lalu, Polis menahan 156 anggota PPS semasa mereka mengambil bahagian dalam perayaan Merdeka di peringkat negeri Pulau Pinang. Menjelaskan rasional tindakan polis itu, Khalid menyatakan bahawa PPS dianggap satu entiti haram di bawah Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana ia tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.

Guan Eng sebaliknya mempertahankan bahawa PPS adalah satu organisasi yang sah kerana ia ditubuhkan oleh kerajaan negeri. Selama empat tahun PPS tidak berdepan dengan apa-apa masalah dari pihak polis kecuali satu dua insiden, di mana tindakan tatatertib telah pun diambil oleh kerajaan negeri dan mereka yang bersalah telah pun dihukum.

Sehari sebelumnya, pada 30 Ogos, Guan Eng menegaskan bahawa anggota PPS akan tetap mengambil bahagian dalam perayaan sambutan Merdeka itu, walaupun telah diberi amaran oleh polis bahawa sesiapa sahaja dalam kalangan anggota PPS yang menyertai perarakan itu akan ditangkap.

Di bawah Seksyen 41 Akta Pertubuhan, satu pertubuhan itu menjadi pertubuhan haram (unlawful society) sekiranya ia tidak didaftarkan di bawah Seksyen 7.

Mengikut Seksyen 2, istilah "pertubuhan" diberi takrif yang luas, meliputi antara lain "kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan tujuh orang ahli atau lebih, tidak kira apa pun sifat atau matlamatnya, sama ada sementara atau berkekalan", tetapi tidak termasuk beberapa entiti yang disebutkan secara nyata dalam seksyen itu.

Menjadi pegawai satu pertubuhan haram adalah salah di bawah Seksyen 42 – boleh dihukum penjara selama 5 tahun, denda RM15,00 atau kedua-duanya sekali. Menjadi ahli pertubuhan haram juga satu kesalahan di bawah Seksyen 43 – boleh dihukum penjara 3 tahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Perbuatan mendorong, menggalakkan atau mempelawa orang lain untuk menjadi ahli atau menyertai satu pertubuhan haram juga satu kesalahan di bawah Seksyen 45 – boleh dihukum penjara 4 tahun, denda RM15,000 atau kedua-duanya sekali.

Ini bermakna bukan hanya pegawai dan ahli PPS yang boleh ditangkap, ditahan dan didakwa di mahkamah di bawah Akta Pertubuhan. Mana-mana orang (termasuk ahli Exco kerajaan atau Ketua Menteri sekali) yang sengaja mendorong, menggalakkan atau mempelawa (incite, induce or invite") orang awam lain menyertai PPS juga boleh dikenakan prosiding jenayah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman.

Baca seterusnya :




Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate