Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 September 2014

Hadi Dedah Kuasa Presiden Diguna Semasa Lantik Nik Aziz Jadi MB Kelantan - Tamparan Kepada Pakatan !!!


Post Pic

 
KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta ahli PAS supaya terus menyokong dan setia kepada parti dalam menghadapi krisis perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru.
 
Presiden PAS itu berkata, ahli  perlu mengutamakan kepentingan parti berbanding Pakatan Rakyat (Pakatan).
 
Menurutnya, PAS adalah teras dan Pakatan adalah pihak lain yang kita buat yang tahaluf siyasi iaitu kerjasama politik dalam komponen Pakatan.
 
"Dalam hal ini PAS adalah teras dan bukan pihak lain…kita mesti setia kepada PAS, bukan kepada Pakatan Rakyat.
 
Beliau menambah, PAS akan merujuk perkembangan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat dari masa ke semasa.
 
Adakah mereka ikut syarat, kalau tidak ikut kita mesti mengutamakan PAS, tambahnya.
 
Abdul Hadi berkata demikian dalam majlis dialog dan penerangan isu semasa di Terengganu kelmarin.
 
"Kita jangan takut kepada perjuangan kerana orang yang bersungguh-sungguh akan terus berada dalam perjuangan ini (PAS)," katanya.
 
 Menurut Abdul Hadi, dalam perlembagaan PAS, Presiden  mempunyai hak untuk membuat keputusan tanpa merujuk kepada jawatankuasa parti.
 
Sebaliknya Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan yang lain mesti menyokong keputusan yang dibuat oleh Presiden PAS.
 
Pelantikan Datuk Nik Azik (NIk Mat) sebagai Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990 tidak dirujuk kepada jawatankuasa PAS kerana ia perlu dilakukan segera.
 
"Presiden yang buat keputusan, Datuk Fadzil (Noor) telefon saya setuju lantik Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan," katanya.
 
Abdul Hadi juga mempertahankan tindakan menghantar nama wakil rakyat PAS sebagai Menteri Besar kepada Istana Selangor.
 
Katanya, ini kerana adalah hak PAS untuk menghantar senarai nama dan pihak lain tidak boleh menghalang.
 
PKR dan DAP memilih Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat.
 
Bagaimanapun, Istana Selangor meminta parti Pakatan Rakyat menghantar lebih dua nama untuk dipilih.
 
Oleh kerana itu PAS telah menghantar nama wakil mereka untuk dipilih, bagaimanapun Abdul Hadi enggan mendedahkan nama mereka.




Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate