Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 September 2014

EXCO Selangor : PKR Hina PAS Kaw-Kaw !!! Sedih Tengok Ahli PAS Dihina Begitu Rupa


ZURAIDA Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR membuat kenyataan panas hari ini apabila mendesak Menteri Besar yang baru, Azmin Ali supaya tidak memberi sebarang jawatan exco kepada Adun Pas Selangor kerana tidak pernah menyokong cadangan PKR dalam perlantikan Wan Azizah atau Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Katanya ketika ditemui oleh wartawan, Zuraida berkata Pas belot dan khianat terhadap PKR dan sudah semestinya tidak layak langsung berada dalam barisan kepimpinan MB yang baru yang juga dari PKR.

Walaupun Pas mempunyai 15 kerusi Dun lebih banyak daripada PKR, ini tidak menjanjikan jawatan exco kepada mana-mana Adun mereka kerana sikap tikam belakang terhadap kepimpinan PKR di Selangor yang sedia maklum PKR adalah parti yang memerintah negeri Selangor.

"PKR melalui MB baru Azmin Ali hanya akan mempertimbangkan exco saguhati sama ada satu atau dua sahaja exco daripada Pas," katanya.

"PKR juga mungkin akan melantik Adun Pas yang menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai MB iaitu Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin sebagai exco bagi menggantikan 4 exco Pas sebelum ini yang menyokong Khalid supaya kekal MB."

Untuk rekod pada PRU-13 yang lalu, Pakatan Pembangkang mendapat kepercayaan rakyat Selangor sekali lagi apabila parti daripada PKR, DAP dan Pas memperoleh majoriti Dewan Negeri iaitu PKR - 14 kerusi, DAP - 15 kerusi dan Pas - 15 kerusi.



http://jawaber6.blogspot.com/2014/09/pas-tak-layak-dapat-kerusi-exco.html?m=1


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate