Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Ogos 2014

Gambar Mesyuarat Wakil Malaysia Menteri @Zahid_Hamidi IGP @KBAB51 dengan Ertugrul Apakan di OSCE Ukraine #MH17





Perjumpaan khas di antara Ambassador Ertugrul Apakan, Head of Special Monitoring Mission of Ukraine

KIEV, UKRAINE. 31 Julai - Satu perjumpaan khas telah berlangsung di antara Ambassador Ertugrul Apakan, Head of Special Monitoring Mission of Ukraine bersama Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri dan Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara di Ibu Pejabat Organization of Security Corperation Europe (OSCE).

Perjumpaan tersebut membincangkan mengenai isu-isu keselamatan di mana OSCE turut menyatakan hasratnya untuk membantu pihak PDRM menjalankan siasatan di lokasi pesawat MH 17 terhempas.

Dato’ Dr. Seri Ahmad Zahid dalam perjumpaan itu berkata, kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia menzahirkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Ukraine yang sudi menyelaras serta mengadakan dialog bersama kumpulan penyiasat dari Malaysia, Belanda dan Australia.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara berkata, seramai 68 pegawai dan anggota PDRM yang baru tiba di Kiev hari ini akan ditugaskan bersama 12 petugas Disaster Victim Identification PDRM di lokasi pesawat MH 17 terhempas.

‘’Kami telah bersedia untuk pergi ke lokasi kejadian dan menjalankan siasatan secepat mungkin’’, katanya.














Gambar dari Page PDRM https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia?fref=ts

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate