Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Ogos 2014

Antara MacDonald dan Starbucks - Mana satu patut dan utama diboikot #SaveGaza ???



Walau agak kurang setuju Boikot Macdonald kerana elok Starbuck diutama, namun saya sudah lama tak singgah di Macdonald atau Starbucks. lagipun kewangan sendiri tidak membenarkan kaki ini untuk menapak menikmati makanan di sana berbanding rakan lain yang style hidup dengan makanan hebat di restoran antarabangsa tersebut. 

Silakan jika anda mampu dan mahu makan. Namun untuk boikot Macdonald rasanya kita kena melihat apakah benar mereka salur duit kepada Yahudi Zionis atau tidak.

Jika mereka sudah nafikan apakah kita mahu dakwa lagi ?

Lebih 12 ribu pekerja majoriti Melayu akan kehilangan kerja bila jualan Macdonald merosot atau langsung tidak ada. Sila baca di sini http://www.astroawani.com/news/show/mcdonalds-malaysia-nafi-salur-keuntungan-sokong-kempen-penindasan-39643

Pembekal juga sama akan mengalami keperitan. 


Jika kerana ada Yahudi dalam Macdonald sudahkah anda tahu bahawa beliau sudah 10 tahun meninggalkan Macdonald ???


Artikel http://www.inminds.com/boycott-mcdonalds.html yang tidak bertarikh mungkin boleh mengemaskini status terkini Jack Greenberg yang sudah tidak lagi menjawat jawatan dalam MacDonald. Beliau mungkin ketika dulu pernah menyumbang kerana faktor ada kaitan darah dengan Israel. Namun beliau sudah tidak lagi ada dalam syarikat sejak Januari 2003.

Rasanya Starbuck lebih kuat untuk diboikot kerana dikaitkan dengan tokoh pro zionis seperti info di sini http://nawza89.blogspot.com/2011/10/starbuck-dan-zionis.html dan sini https://now.mmedia.me/lb/en/reportsfeatures/how_zionist_is_starbucks 

Kenapa tidak dipilih boikot Starbuck ??? Persoalan ini mungkin anda ada jawapannya.

KFC ? boleh dimakan. Pandangan Ust Azhar Idrus mungkin boleh dijadikan rujukan http://youtu.be/lXFE6Txb-Kg 

Sekali lagi diulangi hanya 5% dihantar ke MacDonald Amerika sebagai bayaran francais. Bukan dihantar ke Israel. Dan faktor Greenberg sudah bersara dari MacDonald juga perlu diketahui agar tidak ada pihak teraniaya dengan boikot tidak kena dengan sasaran sebenar.

AKhir sekali baca artikel menarik ini tentang isu boikot barang Israel dan Amerika Syarikat. http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=1511 

Saya tidak menolak boikot tetapi mahu barang yang jelas kaitan dengan Zionis Israel bukan yang hanya dikaitkan tanpa bukti terkini atau sahih.



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate