Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Julai 2014

Bangkai Pesawat Air Algerie Ditemui

12343pru14 (4)

OUAGADOUGOU – BURKINA FASO. Pesawat Air Algerie yang hilang awal semalam dengan 116 orang di dalamnya ditemui terhempas di Mali, berhampiran sempadan Burkina Faso.

Perkara itu dilaporkan penyelaras unit krisis di Ouagadougou.

"Kami sudah menemui pesawat Algeria. Bangkainya sudah di kenal pasti lokasinya… 50 kilometer di utara sempadan Burkina Faso di Wilayah Gossi, Mali," kata Jeneral Gilbert Diendiere dari Tentera Burkina Faso, lapor AFP.

Semalam pesawat penumpang itu dilaporkan terputus hubungan dengan syarikat penerbangan 50 minit selepas ia berlepas.

Seorang pegawai syarikat penerbangan itu berkata, separuh daripada jumlah penumpang merupakan warga Perancis.

Seorang wakil Air Algerie di Burkina Faso, Kara Terki pada sidang media berkata, kesemua penumpang yang menaiki pesawat itu dalam penerbangan transit sama ada ke Eropah, Timur Tengah atau Kanada.

Beliau berkata, senarai penumpang termasuk 50 warga Perancis, Burkinabe (24), Lebanon (8), Algeria (4), Luxembourg (2), Belgium (1), Nigeria (1), Ukraine (1) dan Romania (1).





Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate