Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Jun 2014

@Youtube : Ketakutan Masyarakat Menurun 19 Peratus Mengikut Kajian Frost & Sullivan Tahun 2013 - Menteri @Zahid_Hamidi di Dewan Rakyat




KUALA LUMPUR: Sebanyak 79,414 individu yang terlibat dalam pelbagai jenayah ditahan sejak Ops Cantas Khas dilaksanakan pada 17 Ogos tahun lalu, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam tempoh sama juga sebanyak 37,507 kertas siasatan dibuka.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 7,256 kes dituduh di mahkamah, 28,486 kes masih lagi dalam siasatan dan 1,948 kes tiada tindakan diambil," katanya ketika menjawab soalan Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-Pulai) mengenai keberkesanan Ops Cantas Khas dalam mengurangkan jenayah terancang di dalam negara.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, pihak polis turut merampas 9,659 pelbagai jenis senjata api, peluru, bahan letupan dan senjata berjadual yang dipercayai digunakan oleh kumpulan tertentu untuk melakukan jenayah.

Beliau berkata, sebanyak 2,379 jenis kenderaan yang digunakan untuk melakukan jenayah serta kenderaan yang dicuri turut dirampas.

Ahmad Zahid menegaskan pelaksanaan Ops Cantas Khas telah berjaya mengurangkan kes jenayah berprofil tinggi seperti kes bunuh dan samun bersenjata api.

"Kes bunuh menurun daripada 504 kes kepada 433 kes iaitu penurunan sebanyak 14 peratus, kes samun berkawan bersenjata api daripada 83 kes kepada 54 kes dengan penurunan sebanyak 34 peratus.

"Kes samun berkawan tanpa senjata api daripada 13,533 kepada 12,048, penurunan sebanyak sembilan peratus dan kes samun bersenjata api daripada 20 kes kepada 14 kes, penurunan sebanyak 13 peratus," jelas Ahmad Zahid.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kajian persepsi masyarakat mengenai indeks keselamatan dan kepuasan terhadap perkhidmatan Polis Diraja Malaysia oleh Frost & Sullivan yang dijalankan pada Julai, September dan Oktober tahun lepas telah menunjukkan impak yang positif.

"Kajian persepsi masyarakat terhadap indeks keselamatan penilaian rasa takut menjadi mangsa jenayah pada Oktober 2012 menunjukkan bahawa daripada 100 orang, 57 orang merasa takut menjadi mangsa jenayah, dan pada Oktober 2013 telah menurun kepada 37 orang iaitu penurunan sebanyak 19 peratus," katanya.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate