Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Jun 2014

Pandangan Mufti-Mufti Malaysia Hukum Jihad Di Syria





ARKIB : 06/06/2014

Jihad: Utamakan negara dahulu


Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Jun - Ahli agama berpendapat umat Islam di Malaysia harus mengutamakan jihad dan menyelesaikan masalah di dalam negara terlebih dahulu berbanding mencampuri urusan pemerintahan di negara lain yang bergolak.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, jihad yang lebih utama untuk rakyat negara ini adalah dengan membasmi segala kejahilan dan kebatilan serta meningkatkan ekonomi umat Islam yang jauh ketinggalan.

Jihad dalam pengertian yang lebih luas, tegas beliau, tidak semestinya menghunuskan senjata untuk berperang apatah lagi umat Islam di negara ini, tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku di Syria.

"Janganlah kerana mendapat maklumat di akhbarakhbar tentang kezaliman di Syria, kita terus ke sana, sebaliknya selidik dahulu, tanya ahli ulama... Apakah betul tindakan kita mahu berjuang di sana," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nooh menarik perhatian dengan mengemukakan satu hadis Rasulullah yang menyebut bahawa barang siapa menyertai perbalahan dua kumpulan Islam, keduadua pihak yang membunuh dan dibunuh akan memasuki neraka.

Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman pula berkata, mereka yang mahu menyertai kancah peperangan dengan tujuan berjihad harus tahu tentang keutamaan mereka kepada negara.

"Kenapa sebelum ke negara orang, kita tidak memikirkan tentang ekonomi umat Islam di sini? Anakanak yang masih memerlukan bantuan dan mereka yang tinggal berdekatan dengan kita. Adakah mereka telah cukup segalagalanya?

"Rasulullah sendiri pernah bersabda, penuhi dahulu tanggungjawab kepada ibu dan orangorang di sekeliling kita sebelum mahu berjihad," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rahman seterusnya meminta umat Islam di negara ini tidak terbawabawa dengan fahaman Salafiah Jihadiah yang tidak bersesuaian untuk diamalkan di negara ini.

"Ambil pemikiran dari ulama-ulama muktabar dan pendapat dari fatwa-fatwa yang dibenarkan," katanya yang merasakan perlunya wujud fatwa kebangsaan berhubung konsep jihad.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberitahu, walaupun banyak fakta dalam alQuran dan hadis sahih menyebut tentang jihad, namun setiap umat Islam harus mendalami maksudnya yang sebenar.

"Ramai sekarang berjihad mengikut hawa nafsu sahaja, namun mereka tidak sedar, berjihad di dalam negara adalah wajib diutamakan terlebih dahulu. Berdakwah di sini juga adalah jihad yang amat dituntut.

"Oleh demikian, saya seru mereka yang berniat begitu supaya kembalilah kepada ajaran alQuran," katanya.

Harussani turut menjelaskan bagaimana di dalam sejarah Islam, perang Badar yang dikategorikan sebagai sengit, tetapi Rasulullah bersabda ia sekadar jihad kecil kerana yang lebih besar adalah memerangi hawa nafsu.

"Sedarlah bahawa jika kita mampu memerangi nafsu, bangsa akan menjadi lebih maju, lebih elok dan kedudukan lebih tinggi berbanding bangsa lain," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140606/dn_20/Jihad-Utamakan-negara-dahulu#ixzz354AqDDBF
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate