Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Jun 2014

Kenyataan Media ASWAJA isu Halal DNA Babi oleh Yusuf Al Qaradawi Disokong @RealDrAsri

KENYATAAN MEDIA

1) ASWAJA melahirkan rasa kesal dan marah dengan penyebaran fatwa songsang dari agamawan yang mendakwa gelatin babi atau unsur babi adalah halal utk org Islam.

2) Fatwa ini bertentangan dengan dalil Al-Quran, al-Sunnah, majoriti Ulamak dan aqal yg sahih. Justeru ia tidak patut disebar dan diketengahkan kpd masyarakat Islam dengan pelbagai tipu helah ilmiah. Usaha ini dilihat cuba meliberalisasi pemakanan halal dengan unsur yang jelas haram.

3) Al-Quran al-Karim menyebutkan pengharaman daging babi disebabkan kelaziman manusia mengambil manfaat dari daging berkenaan. Oleh kerana komponen daging babi sinonim dengan kulit, tulang,urat, lemak, minyak dan lain-lain, maka pengharaman menjadi umum merangkumi keseluruhan babi dan seisinya.

4) Dalam mazhab Syafie, Imam Syafie di dalam kitab Al-Um berkata : Jika anjing atau babi meminum air dalam sebuah bekas maka tidak bersih bekas berkenaan kecuali ia dibasuh dengan tujuh kali basuhan. - Al-Umm, jlid 1, halaman 6.

5) Imam Nawawi menyebutkan : Najis itu ialah sekalian cecair yang memabukkan, anjing, babi, anak yang terbit dari keduanya, bangkai, darah, nanah, muntah, tahi, kencing, mazi, wadi, mani haiwan yang tidak boleh dimakan.- Minhaj al-Tolibin.

6) Imam al-Qurtubi dalam Tafsirnya mengatakan haram memakan Babi dan makna "Rijs" itu ialah laknat maka maksud ayat menghendaki Allah melaknat orang yang memakan Babi dan lainnya.

7) Imam al-Baghawi mengatakan dalam tafsirnya bahawa makna "Rijs" iaitu haram. Yakni perbuatan memakan makanan mengandungi unsur Babi adalah haram di makan. Imam Al-Qurtubi dan Imam al-Baghawi mengulas perkataan 'Rijs' menerusi surah al-An'am ayat 145.

8) Isu istahalah najis sepatutnya tidak berbangkit. Ini kerana ia istilah feqah yg hanya dgunakan dalam mazhab Hanafi sahaja. Walaupun Imam Abu Hanifah setuju unsur babi menjadi istihalah (transformasi) pada ain, warna, bau dan rasa..tetapi ia hanya melibatkan unsur yg kecil atau sedikit atau seperti molekul yang sukar diasingkan dari unsur yang halal dan dengan peratusan terlalu kecil. Sungguhpun begitu ia dibantah oleh Imam Abu Yusuf yang menyetujui pendapat jumhur Ulamak bahawa unsur babi dlm semua keadaan pun tetap dikira haram kecuali dlm kes darurat.

9. Justeru, dalam mazhab Jumhur Ulamak ada kaedah lain dinamakan Istihlak (kebinasaan unsur). Mazhab jumhur mengatakan ianya hanya berlaku bagi arak yang bertukar menjadi cuka secara semula jadi. Jumhur juga mensyaratkan terhapusnya unsur najis yang mungkin tercampur unsur halal yg yang banyak lagi suci. Ia seperti kes air yg melebihi dua butir kolah. Menurut saintis, unsur babi tidak akan berubah walaupun dibersihkan dgan asid, hydrolisis atau penstrilan dgn suhu yg tinggi. Jika berubah sekalipun..ia tetap kekal berstatus najis mughallazah (najis berat) sampai kiamat.

10. Oleh itu Aswaja berharap agamawan di negara ini tidak lagi memandai2 dalam urusan agama serta tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam. Benda yang sudah jelas haram disisi agama jangan sesekali cuba dihalalkan dengan pelbagai dalih yang boleh menyesatkan ummah. Cukuplah bagi kita untuk sentiasa bersifat warak dlm isu kepenggunaan Islam. Bahkan sentiasa meyakini JAKIM sebagai badan tunggal pengurusan halal Malaysia.
11) Akhirnya, Aswaja menyeru supaya pihak autoriti agama menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas mana2 individu yg sering mencetus kontroversi dan mengeluarkan fatwa agama yg songsang. Ini kerana fatwa berkenaan boleh mendatangkan keresahan dan menjejaskan keharmonian umat Islam d negara ini.
Us Hj Zamihan Mat Zin al-Ghari
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA)

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate