Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Jun 2014

ADUN DAP Bukit Assek Sarawak meninggal dunia





Oleh FARHANA JONI

KUCHING 22 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Sibu dekat sini, Wong Ho Leng dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam tadi kerana penyakit barah otak.

Mendiang, yang berusia 54 tahun merupakan bekas Pengerusi DAP negeri, sebelum ini menerima rawatan di Pusat Perubatan Rejang, Sibu dengan bergantung sepenuhnya kepada sistem sokongan hayat.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jien ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini mengesahkan mengenai kematian tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan meminta supaya pihak media mendapatkan pengesahan daripada ahli keluarga mendiang.

“Ya, beliau telah meninggal dunia pukul 11 malam tadi. Awak (media) perlu mendapatkan pengesahan daripada ahli keluarganya untuk maklumat lanjut," katanya di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140622/dn_01/ADUN-Bukit-Assek-meninggal-dunia#ixzz35JrSWjVN
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate