Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Jun 2014

95 % Tahanan Meninggal Dalam Lokap @PDRMsia Kerana Masalah Kesihatan - Menteri Dalam Negeri @Zahid_Hamidi @KdnPutrajaya


Gambar dari FB KDN 

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam proses memasang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di semua lokap tahanan seluruh Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya memandangkan serius kes yang melibatkan kematian dalam tahanan dengan mengarahkan pegawai penyiasat mengikut sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Saya ingin nyatakan kita mempunyai piawaian yang ditentukan bagi menjaga tahanan termasuk tahanan reman dibawah lokap polis mahupun di pusat tahanan polis di Jinjang.

"Kita menguatkuasakan supaya SOP ini dipatuhi sepenuhnya," katanya pada sidang media selepas Majlis Luncheon Talk bersama Ulama terkenal dari Jordan Sheikh Solah Khalifah Mohammad Khalifah.

Menurut beliau, pemasangan CCTV itu bagi mengelak tuduhan berlaku kekerasan oleh pihak penyiasat.

Ahmad Zahid berkata, setakat ini sebanyak tiga kes kematian melibatkan rekod bukan disebabkan faktor kesihatan.

"Sementara 95 peratus kes kematian dalam tahanan adalah disebabkan faktor penyakit," katanya.

Katanya lagi,  pegawai penyiasat yang didapati melanggar SOP dan menjadi penyebab kematian tiga tahanan itu telah dibawa ke muka pengadilan melalui pendakwaan di mahkamah.

Terbaru, satu lagi kes kematian dalam tahanan dilaporkan membabitkan seorang pemandu lori, Agin Raj Sunmarkkan Naidu, 29.

Hasil bedah siasat menurut Ahmad Zahid berpunca daripada penyakit yang dihadapi oleh tahanan.  

"Hasil siasatan penyakit dia di sudah ditahap keempat dan sangat serius, bagaimanapun kita tidak berkompromi kalau ada unsur-unsur diluar daripada itu," katanya.

Kes itu diketengahkan oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy kepada pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Seberang Jaya, tempat bedah siasat dijalankan.

Menurut laporan, individu tersebut direman empat hari di lokap polis Bandar Perda sebelum dimasukkan ke hospital pada 5 Jun kerana sawan.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/pemasangan-cctv-di-lokap-dalam-proses-1.288842

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate