Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Jun 2014

8 Perkara Untuk Menyegarkan Umno semula @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi


Pandangan saya untuk menghidupkan semangat perjuangan Umno 


1.pemimpin perlu meningkatkan aspek kerohanian dalam diri, keluarga dan negara dan mampu menjadi contoh. Barulah parti dikagumi semua.


2.pejuang yang ikhlas perlu dipilih dan mampu menaikkan semangat pejuang yang lain dan diberi penghargaan sewajarnya.rasa kecewa wujud bila mereka hanya dijadikan alat bukan sebagai SAHABAT.


3.pemimpin perlu turun kawasan dengan lebih kerap dengan jadual ditentukan ibu pejabat Umno untuk menyentuh hati membakar semangat jentera parti setiap masa.

Bukan ketika pemilihan atau PRU semata-mata.


4.pemimpin Umno hebat berceramah perlu diusung setiaponggi jelajah ke kawasan hitam pro pembangkang untuk ceramah dan juga sesi rumah ke rumah diiringi media massa / sosial. Sentuhan terus ke hati rakyat perlu dilipat ganda.


5. Berikan barang yang mengingatkan rakyat kepada Umno setiap kali pertemuan diadakan. Walau kecil namun ia besar di mata rakyat khususnya yang menyokong pembangkang.


6.memastikan setiap pemimpin aktif di laman sosial dan rajin menjawab setiap komen yang ditulis rakyat. Baru rakyat merasa kewujudan pemimpin dan menyayanginya.


7.membuat debat dengan pemimpin pembangkang isu isu yang menjadi senjata utama kempen Pembangkang.keberanian berdebat adalah separuh dari kemenangan psikologi bagi rakyat.

 

8.cepat menjawab setiap isu khususnya dalam ceramah bersama rakyat agar mereka tidak keliru dengan fitnah pembangkang.

Kelembapan menjawab walau dengan sepatah perkataan akan membuat rakyat keliru dan akan mengelirukan orang di sekeliling mereka.



Sekadar pandangan untuk difikirkan.


penembak-tepat.blogspot.com



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate