YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
29 Jun 2014
Analisa : Insiden Kepala Lembu Depan Rumah RSN Rayer Yang Gelar 'Umno Celaka' Untuk 'Beri Nyawa' Kepada PKR @Anwaribrahim ???
DAP Kritik Menteri @Zahid_Hamidi 'acting like taiko, not Home Minister' - Kes Rayer 'Celaka'
http://www.therakyatpost.com/news/2014/06/29/zahid-hamidi-acting-like-taiko-home-minister/
Intipatinya kerana tidak simpati kepada Rayer yang membuat provokasi 'Umno Celaka' sebelum dilapor menemui kepala lembu di hadapan rumahnya. Yang dirakam cctv dan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Banyak kali pemimpin DAP sering membuat tindakan mengguris hati umat Islam dan biasanya mereka akan mendapati ada cat merah disimbah di rumah, menerima peluru atau dilempar bom petrol di akhir 'drama' mereka persembahan.
Setakat ini tiada yang mati kerana keceluparan seperti Teresa Kok atau Rayer kerana umat Islam di Malaysia bukan mudah terperangkap dengan provokasi murahan mereka lakukan.
Yang mati hanya Karpal Singh yang bukan dibunuh tetapi mati akibat kemalangan kerana dipandu laju oleh pemandunya warga India yang menyebabkan pembantunya juga turut meninggal.
DAP sering membela penjenayah selama ini seperti kes Kugan namun apabila polis dilanggar dengan kejam oleh penjenayah mereka tidak pula berani mempertahan hak asasi polis yang diperlakukan sedemikian.
Maka apabila Rayer disebut oleh Zahid Hamidi patut menerima kerana perbuatannya sendiri kerana celupar menghina Umno Celaka, DAP sepatutnya tidak perlu menghentam Menteri kerana perbuatan jenayah tersebut sememangnya tidak akan berlaku jika tidak dimulakan oleh beliau.
Sesiapa pun tidak akan mengutuk Rayer jika beliau tidak menghina Umno dengan mencelakannya!
Sesiapa pun tidak akan ambil peduli siapakah Rayer ini kerana tidak ada sebarang masalah dengannya.
Namun apabila Rayer cuba menarik perhatian secara tidak bijak dengan menggelar 'Umno Celaka' maka kemarahan oleh penyokong Umno patut diterima oleh beliau.
Hingga kini tiada sebarang bukti Umno yang terlibat dengan kes tersebut dan DAP sepatutnya meminta maaf kerana membiarkan pemimpinnya begitu biadap dengan membuat kenyataan 'celaka' tersebut.
Bukan dengan mengkritik Menteri dalam Negeri yang menyifatkannya Rayer memang patut menerima kesan akibat keceluparannya sendiri.
Jangan baling batu sembunyi tangan kerana akhirnya anda juga akan menyesal hari kemudian.
Pas bakal tuntut jawatan MB Selangor?
Oleh ABDUL YAZID ALIAS
utusanpengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 28 Jun - Hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa mahu menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor menerusi Langkah Kajang dijangka gagal apabila jawatan tersebut dikatakan akan dituntut oleh Pas.
Menurut sumber dalaman kerajaan negeri, keadaan itu mungkin berlaku apabila Pas di negeri ini dikatakan mahu meletakkan wakil rakyat mereka untuk mengisi jawatan Menteri Besar berdasarkan kedudukan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu berbanding PKR yang hanya menang 14 kerusi DUN.
Malah, sumber terbabit turut difahamkan Abdul Khalid tidak mempunyai sebarang masalah untuk berundur daripada jawatan yang disandangnya sejak 2008 bagi memberi laluan kepada Pas.
"PKR difahamkan mahu menggantikan Abdul Khalid dengan Presiden PKR (Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) yang juga ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Kajang sebagai Menteri Besar. Namun, hasrat PKR itu mungkin sukar untuk diterima oleh Pas.
"Malah, ada desas-desus kuat bahawa Pas kali ini akan mengambil alih jawatan Menteri Besar dan melantik seorang calon yang berkelayakan daripada ADUN mereka di negeri ini," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.
Isu pertukaran Menteri Besar Selangor sekali lagi dibangkitkan apabila wujud dakwaan bahawa Pas Selangor sebulat suara menolak Abdul Khalid untuk terus kekal sebagai Menteri Besar kerana kononnya ADUN Pelabuhan Klang itu sering membuat keputusan secara bersendirian tanpa merujuk parti dalam pakatan pembangkang.
Dakwaan itu turut disiarkan menerusi sebuah portal berita www.themalaysianinsider.com pada 20 Jun lalu yang memetik kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman.
Dalam laporan itu, Jaafar menyatakan keputusan itu buat dalam satu mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor dengan kesemua 22 Yang Dipertua Pas kawasan negeri ini bersetuju agar Abdul Khalid ditukar kerana dianggap membawa masalah.
Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan turut menerima kecaman daripada pemimpin PKR sendiri apabila didesak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor sehingga wujudnya Langkah Kajang yang menyaksikan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diadakan pada 23 Mac lalu.
Sementara itu, sumber berkenaan melihat ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi calon yang sesuai mengisi jawatan Menteri Besar memandangkan kedudukannya ketika ini sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri.
Mingguan Malaysia difahamkan, ADUN Tanjung Sepat, Ir. Mohd. Haslin Hassan turut disebut-sebut sebagai antara pemimpin Pas yang dipertimbangkan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140629/po_01/Pas-bakal-tuntut-jawatan-MB-Selangor#ixzz360QFmNfG
© Utusan Melayu (M) Bhd
8 Syarikat Dibatal Lesen dan 659 Pengawal Keselamatan Warga Asing Ditahan Dalam Ops Bersepadu Sejak September Tahun Lalu - @Zahid_Hamidi
28 Jun 2014
Memahami Artikel 11 Kebebasan Beragama di Malaysia Yang Tertakluk Dengan Sekatan Penyebaran Selain Agama Islam dalam Fasal 4 Perlembagaan
Artikel 11 & Islam Di Negeri Selangor : Bila Ulama’ Menjual Agama…
26 Jun 2014
2 Gambar Asrama Lelaki UIA PJ Terbakar
Siapa ada info ?
Blog REZQEEN HILL Bidas @realDrMAZA Menipu, Fitnah Sultan Johor #KembaraMakhotaJohor2014 #kmj2014 #1Malaysia
Daripada posting tersebut, ramai yang boleh meneka bahawa apa yang dimaksudkan oleh Dr Asri adalah Kembara Mahkota Johor 2014. Gambar yang diupload tersebut telah menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan persepi kurang selesa di kalangan rakyat jelata terutama di Johor.
Berikut saya tunjukkan beberapa dalil bagi memperbetulkan dakwaan tersebut.
Cuba kita lihat gambar² di bawah ini.
Sent from my iPhone
25 Jun 2014
Senarai ahli kabinet baru diumum YAB PM @NajibRazak
Tiada perubahan kementerian kecuali pengguguran Pemangku Menteri Pengangkutan memandangkan MCA sudah setuju menerima jawatan dalam Kabinet.
1. Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan
2. Mah Sew Kong - JPM
3. Wee Ka Siong - JPM
4. Lee Che Leong - Timbalan Menteri, MITI
5. Chua Che Yong - Timbalan Menteri Kewangan
6. Senator Chu Mei Fun - Timbalan Menteri Wanita
Adakah Cina berpuas hati atau masih mahu undi DAP ? Kita tunggu PRU 14 kesannya.
Selamat bertugas kepada semua.
Sent from my iPhone
24 Jun 2014
Artikel Menarik Blog Cucu Tok Selampit : Kes Penculikan Di Puchong Hari Ini - Salah Penculik Atau Ibu Bapa Yang Cuai?
Sent from my iPhone
Berita Harian | @PDRMsia juara Liga Perdana Dan Malam Ini Upacara Penyampaian di Stadium Selayang
Naib juara Piala FA, FELDA United FC pula memastikan satu lagi slot ke Liga Super 2015 menjadi milik mereka selepas bergaya membelasah UiTM FC 8-0 sambil dibantu pasukan tangga ketiga, Pulau Pinangyang sekadar seri 1-1 dengan Kedah.
Sebelum perlawanan,PDRM hanya memerlukan seri untuk mengesahkan kejuaraan tetapi kemenangan itu membolehkan mereka mengumpul 52 mata hasil 16 menang, empat seri dan sekali tewas untuk bersiap menjulang trofi selepas aksi terakhir bertemu Kedah di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Selasa ini.
Sent from my iPhone
Pertahan 6 faktor kekuatan UMNO - Presiden @NajibRazak
Pertahan 6 faktor kekuatan UMNO
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KUALA LUMPUR 23 Jun - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan enam faktor yang perlu menjadi pegangan setiap ahli UMNO untuk memastikan parti itu dan orang Melayu kekal kuat serta berkuasa di negara ini.
Beliau berkata, faktor pertama adalah ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul serta mematuhi arahan pemerintah dalam apa sahaja keputusan demi kebaikan setiap lapisan rakyat Malaysia.
Menurut beliau, faktor kedua adalah kesetiaan kepada negara dan parti yang perlu diterjemahkan pada setiap pilihan raya dengan memberi kemenangan kepada calon yang telah dipilih.
''Perkara ketiga adalah keberanian dalam perjuangan iaitu kita tanamkan sifat berani semasa berjuang kerana lawan akan takut pada orang yang berani dan itulah sebenarnya karakter orang Melayu.
''Yang keempat adalah kesetiakawanan sama ada susah atau senang. Bila ada pilihan raya pastikan parti kita berjaya tapi kalau tahu kalah, kita bantu rakan lain untuk memastikan mereka menang,'' kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-20 UMNO Bahagian Cheras di sini malam ini.
Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO, pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Cheras.
Menurut Najib, dua faktor seterusnya adalah kebijaksanaan dan keikhlasan yang mana bagi orang Melayu, sifat ikhlas itu telah dipupuk melalui amal ibadat kepada Allah SWT yang menjanjikan ganjaran pahala.
"Kita kena bijak sebab kalau hentam semberono sahaja tidak akan menang. Saya mahu sebut teknologi, kalau orang lain guna Facebook, Twitter atau internet kita lawan balik dengan cara sama.
"Strategi juga mesti ada. Pepatah mengatakan orang yang tidak betul pun tapi kalau ada strategi boleh kalahkan orang yang betul tapi gagal merancang," kata beliau.
Najib berkata, penubuhan UMNO pada tahun 1946 merupakan titik permulaan kepada penyatuan orang Melayu di negara ini justeru parti itu perlu sentiasa dipertahankan.
Ini kerana katanya, sejarah membuktikan punca utama orang Melayu dijajah selama 500 tahun adalah kerana mereka berpecah mengikut negeri dan puak masing-masing sehingga menjadi terlalu lemah apabila diserang musuh.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sent from my iPhone
@PDRMsia Beri Amaran Jangan Sebar Berita Tak Sahih Isu Jenayah Culik Yang Dinafi KPN @KBAB51 cc @Zahid_Hamidi
Sent from my iPhone
23 Jun 2014
Tiada PRK Di DUN Bukit Assek Sarawak, Kata Pengerusi SPR
Tiada PRK Di DUN Bukit Assek Sarawak, Kata Pengerusi SPR
Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Gereja - Putuskan Kalimah Allah Milik Umat Islam - Takbir !!!
RM0.UM.23/06: MAHKAMAH Persekutuan tolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk dapat kebenaran merayu penggunaan kalimah Allah dalam The Herald.
Sumber Utusan Malaysia.
Kemenangan ini memberi semangat kepada umat Islam untuk terus mempertahan kalimah Allah dari diguna agama lain yang bertentangan dengan Perlembagaan.
Kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan larangan yang termaktub memastikan nama Allah tidak digunakan dengan maksud yang boleh mengelirukan umat Islam oleh agama lain.
Perkara ini yang cuba dibawa ke mahkamah sekaligus memberi ancaman kepada maksud sebenar nama Allah yang berbeza antara agama Islam dan agama Kristian. Yang boleh menimbulkan keresahan kita jika ia digunakan dalam penerbitan untuk tujuan penyebaran agama Kristian.
Kalau mahu diucap sebanyak mana pun oleh penganut Kristian kita sendiri tidak menghalangnya kerana ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan.
Gambar suasana di Mahkamah Persekutuan pagi tadi :
AJK PAS Pusat Ustaz Abu Bakar Chik meninggal dunia kemalangan pagi tadi - Al fatihah
KUALA TERENGGANU: AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan pembantunya, Hasmizi Hasan terlibat dalam kemalangan di KM 390 laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi.
Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu sementara pembantunya cedera.
Kereta yang dinaiki Ustaz Abu Bakar melanggar sebuah van Vannete yang dinaiki enam penumpang.
Sebaik sahaja beliau dan Hasmizi dibawa keluar, kereta yang dinaiki itu terbakar.
Jenazah akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke MTT Tok Jiring untuk disolat dan dikebumikan.
Sumber :
http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/29123-ustaz-abu-bakar-chik-meninggal-duniaGambar lain :
Sebagai saudara seagama didoakan beliau diampuni Allah Taala dan ditempatkan bersama orang beriman Insya Allah.
Sent from my iPhone