Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 April 2014

Makluman Terkini Blog Panglima ( Penembak-Tepat )

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Selepas domain bermasalah yang mungkin berpunca dari siaran artikel berkenaan isu panas MH 370 beberapa hari lalu maka masa sekarang ditumpukan untuk menggunakan platform asal di Blogspot.

Meskipun ia menjadikan aplikasi ALEXA gagal merekodkan ranking kerana menggunakan domain penembak-tepat.com selama ini namun sedikit masa lagi ia akan kembali normal berdasarkan pengalaman dari 2008 hingga ke hari ini menggunakannya.

Sejak beberapa hari usaha untuk menjadikan artikel blog Penembak-Tepat dwi bahasa juga sedang dilakukan. Jika diizinkan Allah bahasa Arab juga akan dijadikan bahasa ketiga untuk siaran berita berkaitan isu negara kita.
Bahkan bahasa lain juga pernah digunakan dengan bantuan Google Translator termasuk bahasa Hebrew.

terkini Panglima sedang mengemaskini senarai rakan blog yang buat pautan. Yang tak ada pautan mungkin dibuang. Jika ada tercicir sila maklumkan kepada Panglima.

Pop Up Page Blogger Pembela Negara juga sudah dimasukkan dalam blog dan harapan Panglima semakin ramai akan dapat info berterusan dan terkini dengan hanya klik like page tersebut.

Terima kasih kepada anda yang mungkin turut autofeed blog panglima atau facebook.

Terima kasih juga kepada yang kadang-kadang atau selalu promosi / share bahan menarik.

Mari kita berganding bahu di alam maya kerana dunia sedang memerhatikan negara kita dan tugas setiap warganegara untuk menyebar bahan benar dan sahih tentang isu terkini agar tidak ada agenda jahat Barat akan berjaya terhadap negara kita.

Inilah jihad siber dan mari kita mulakannya.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate