Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Mac 2014

Pakar bimbang insiden MH370 ada kaitan dengan ancaman bom kasut

Pakar bimbang insiden MH370 ada kaitan dengan ancaman bom kasut

WASHINGTON 9 Mac - Bekas pakar keselamatan pengangkutan Amerika Syarikat (AS), Kip Hawley menyuarakan kebimbangan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 mungkin ada kaitan dengan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa AS tentang ancaman bom kasut pada bulan lalu.

Meskipun tiada bukti menunjukkan unsur keganasan dalam kes terbabit, Hawley berkata, identiti dua penumpang yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat tersebut menimbulkan syak bahawa insiden tersebut mungkin ada kaitan dengan pengganas.

Beliau turut berharap pihak berkuasa AS akan bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan China bagi meneliti proses imbasan di pusat pemeriksaan bagi mengesan bahan letupan yang disembunyikan di dalam kasut.

Bulan lalu, pihak keselamatan AS memberi amaran kepada syarikat penerbangan di seluruh dunia tentang ancaman bom kasut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140309/lu_11/Pakar-bimbang-insiden-MH370-ada-kaitan-dengan-ancaman-bom-kasut#ixzz2vSKgBSJm 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate